CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11752|Reply: 33

[Pelbagai] [BROCA'S AREA]: PERTUTURAN, PERCAKAPAN, VOCABULARY, AKSI BAHASA DAN PEMAHAMANNYA

[Copy link]
Post time 28-1-2019 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Di atas permukaan otak, ada suatu area yang agak convoluted dan berlekuk-lekuk di bahagian bawah Frontal Lobe otak kita; ini adalah di Inferior Frontal Lobe dan kawasan ini dinamakan Convolution of Broca atau lebih mudah, Broca's Area. Ini bersamaan dengan Brodmann Area 44 dan 45. Pada 95% orang yang right-hand dominant, Broca's Area mereka adalah di sebelah hemisphere otak kiri.

Dalam Tahun  1861, Professor Pierre Broca yang merawat seorang pesakit bernama ''Tan'' mendapati bahawa Tan hanya mampu bertutur 'Tan-Tan' sahaja selepas terkena stroke. Walaubagaimanpun,  Tan mampu memahami semua percakapan orang lain, cuma beliau tidak mampu menuturkan apa yang dia sendiri ingin percakapkan. Bila Tan meninggal, Broca membedah dan memeriksa otak Tan dan mendapati kerosakan pada bahagian Brodmann Area 44 dan 45 ini. Selepas ini, setiap pesakitnya yang menunjukkan status yang sama dengan Tan, akan dibedah otaknya oleh Broca apabila mereka meninggal. Didapati, jika orang itu kidal, maka Brodmann Area 44 dan 45 yang rosak adalah disebelah kanan. Broca merumuskan, ini lah kawasan permukaan otak yang menentukan aksi pembentukan pertuturan.

Kini, telah diketahui bahawa Broca's Area ini mempunyai neuron-neuron yang kontrol pergerakan otot-otot yang terlibat dalam pertuturan dan pengintegrasian konsep percakapan dan bahasa. Broca's Area tidak terlibat dalam pemehaman bahasa atau bunyi percakapan yang didengar. Ia hanya terlibat dalam mengeluarkan apa yang hendak cakapkan sebagai pertuturan melalui mulut, dan dalam beberapa konsep perbahasaan tinggi yang lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 03:56 PM | Show all posts
ooo...saya belajar dulu ni...linguistiks...



ps. tengah tunggu auditor...ada yang dah dipanggil... doakan...


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:51 PM | Show all posts
baru tau. tq TT for the info
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:23 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 28-1-2019 05:28 PM

Area Wernicke adalah bagian kecil dari otak yang membantu kita untuk memahami bahasa. Biasanya ditemukan di bagian belakang lobus temporal kiri. Daerah yang sama ini ditemukan dalam otak orang-orang tuli yang menggunakan bahasa isyarat .


https://tatangsma.com/2015/03/fungsi-area-wernicke-otak-manusia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:25 PM | Show all posts
Area Broca berkaitan erat dengan area Wernicke. Ia juga bekerja dengan bahasa lisan dan benar-benar ditemukan sebelum area Wernicke. Kedua daerah ini ditemukan di sisi yang sama dari otak, biasanya kiri. Area Broca ditemukan di bagian depan lebih rendah atau lobus temporal. Hal ini terhubung ke area Wernicke oleh bundel serabut saraf yang disebut fasikulus melengkung. Kedua daerah bekerja sama sehingga kita dapat memahami dan menghasilkan ucapan atau kata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/152246/amp

Payahlah nak cakap!



TERAPI pertuturan dan bahasa bantu pesakit afasia berkomunikasi.

Sukar untuk mengungkapkan sesuatu perkataan, lain yang ingin diucap lain pula yang keluar dari mulut. Apa yang orang lain ucapkan disalahfahamkan pula, selain susah untuk membaca, bermasalah mengeja dan membentuk perkataan untuk melengkapkan ayat adalah antara masalah dialami individu dengan afasia.

Afasia ialah masalah komunikasi disebabkan oleh kecederaan pada bahagian otak yang menempatkan pusat bahasa yang terjadi pada individu lepas peringkat pemerolehan bahasa.

Akibat gangguan pada bahagian otak, afasia memberi kesan terutama kepada kemahiran memahami bahasa, bahasa sebutan, membaca dan menulis pada tahap yang berbeza.

Menurut Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Nurul Hidayah Dean Kamarudin, ada dua jenis afasia yang utama iaitu afasia lancar dan afasia tidak lancar.

Pesakit yang mengalami afasia lancar mempunyai kemahiran memahami bahasa yang teruk. Mereka boleh bercakap dengan lancar dan menggunakan ayat yang panjang tetapi tiada makna atau tidak tepat pada konteks. Kemahiran mengulang sebutan juga kebiasaannya teruk.

Afasia tidak lancar membabitkan pesakit menghadapi masalah untuk bercakap. Pesakit akan menghadapi kesukaran untuk menggunakan ayat dengan baik. Bahasa sebutan akan kedengaran seperti tersekat dan terhenti-henti.

Lazimnya, pesakit yang mengalami afasia tidak lancar mempunyai kefahaman bahasa yang baik atau hanya terganggu sedikit. Kemahiran mengulang sebutan pula ada yang baik dan ada yang teruk.

“Afasia boleh berlaku disebabkan kecederaan otak akibat strok, kecederaan otak trauma kerana kemalangan, kanser otak dan masalah neurologi progresif. Setakat ini, tiada statistik kes afasia di Malaysia.

“Bagaimanapun, berdasarkan statistik dari United Kingdom, bilangan kes afasia bertambah sebanyak 20,000 kes setiap tahun,” katanya.

Nurul Hidayah berkata, tiada individu atau kumpulan tertentu yang menjadi sasaran afasia berikutan ia melanda mereka yang mengalami kerosakan pada otak yang mengawal bahasa akibat pelbagai punca.

“Afasia kerap berlaku biasanya disebabkan serangan strok, namun kerosakan otak akibat kecederaan otak trauma, kanser otak dan masalah neurologi progresif terutama di bahagian sebelah kiri otak juga boleh menyebabkan pesakit mengalami afasia.

“Walaupun tidak dinafikan kebanyakan pesakit yang mengalami afasia golongan dewasa, tidak pula bermaksud kanak-kanak tidak mungkin mendapat penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa SunMed, Cecilia Santiago berkata, masalah afasia adalah sepanjang hayat kerana apabila bahagian otak yang menempatkan bahagian bahasa cedera, tisu-tisu otak itu langsung mati.

Bagaimanapun, otak memiliki kebolehan yang dipanggil neuroplasticity. Melalui neuroplasticity, tisu-tisu otak yang masih baik akan cuba mengambil alih tugas tisu yang mati.

“Tugas pakar terapi pertuturan dan bahasa adalah membantu tisu-tisu otak yang masih baik untuk mempelajari kemahiran tisu-tisu mati. Prognosis setiap pesakit berbeza dan bergantung pada beberapa faktor seperti tahap keterukan kecederaan otak dan usia pesakit sewaktu mengalami kecederaan otak.

“Kecederaan otak pada tahap ringan dan pesakit yang lebih muda berpotensi untuk memperoleh kemahiran bahasa dengan lebih cepat,” katanya.

Faktor lain yang turut mempengaruhi rehabilitasi termasuk sokongan keluarga, inisiatif pesakit untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, masa yang digunakan untuk berkomunikasi, persekitaran pesakit yang menggalakkan komunikasi atau tidak dan emosi pesakit.

Cecilia berkata, dalam berkomunikasi dengan orang yang mengalami afasia, perlu kenal pasti lokasi kecederaan otak dan jenis afasia pesakit kerana setiap pesakit afasia mempunyai kemahiran bahasa yang berbeza.

“Mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza, maka cara berkomunikasi dengan setiap pesakit juga berbeza. Komunikasi antara individu juga tidak semestinya secara verbal.

“Komunikasi adalah kebolehan individu menerima, memproses, memahami dan menghantar bahasa. Komunikasi boleh berlaku secara verbal (percakapan) atau tidak verbal (tulisan, bahasa isyarat, visual atau grafik dan simbol).

“Jika individu yang mengalami afasia tidak berupaya kembali kepada komunikasi verbal, ada juga cara berkomunikasi alternatif yang menggunakan alat-alat elektronik bagi membantu mereka berkomunikasi dengan lebih cekap,” katanya.

Katanya, afasia tidak menjejaskan kecerdasan otak seseorang kerana penyakit ini hanya masalah bahasa. Afasia cuma menyebabkan individu mengalami masalah bahasa, pertuturan, membaca dan menulis pada tahap tertentu tanpa mengganggu kecerdasan akal.

“Afasia itu sendiri tiada apa-apa kesan pada kemahiran kognitif atau kebolehan berfikir individu. Namun, afasia boleh wujud bersama masalah kognitif.

“Kebanyakan pesakit afasia juga mengalami masalah fizikal atau lumpuh yang berlaku apabila bahagian otak yang mengawal saraf badan cedera lalu mengakibatkan lumpuh di bahagian muka, tangan, badan atau kaki.

“Tahap keseriusan masalah fizikal bagi setiap individu berbeza. Bagi yang tidak teruk, anggota fizikal mereka mungkin hanya sedikit lemah pada peringkat awal, tetapi berupaya untuk kembali kepada kebolehan fizikal yang asal selepas menjalani fisioterapi,” katanya.

Menurut Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa SunMed, Shalini Anne Rajasegaran, kesan afasia bagi setiap individu adalah berbeza kerana tidak ada pesakit yang mempunyai tahap kemahiran bahasa yang sama selepas mengalami afasia.

Disebabkan kebanyakan pesakit afasia juga mengalami masalah fizikal pada tahap yang tertentu, mereka memerlukan penjaga untuk membantu dalam kehidupan dan komunikasi harian.

Tetapi tidak bermaksud mereka tidak perlu berkomunikasi dan hanya bergantung kepada penjaga. Sebenarnya pesakit afasia amat digalakkan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling dengan apa jua teknik yang sesuai dengan kebolehannya bagi meningkatkan kemahiran bahasa.

“Bagi kes membabitkan pesakit tidak berupaya untuk berkomunikasi secara verbal dengan efektif, mereka memerlukan penjaga untuk membantu mereka memenuhi keperluan harian. Peluang untuk pesakit afasia kembali bekerja turut bergantung kepada tahap serius afasianya dan perkembangan pesakit dalam sesi terapi.

“Kebanyakan pesakit yang mengalami afasia tahap ringan ke sederhana yang mempunyai prognosis baik dan menghadiri terapi pertuturan dan bahasa yang intensif, mereka berupaya meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa ke tahap yang optimum membolehkan mereka mampu untuk kembali bekerja.

“Bagi pesakit yang mengalami afasia tahap teruk biasanya mempunyai prognosis yang kurang baik. Mereka mungkin memerlukan teknik berkomunikasi yang lain dan bergantung kepada kemahiran komunikasi mereka. Oleh itu, amat penting bagi pesakit afasia untuk mendapatkan terapi pertuturan dan bahasa dari peringkat awal,” katanya.

Shalini Anne berkata, kebanyakan hospital awam dan swasta ada menawarkan khidmat terapi pertuturan dan bahasa untuk pesakit yang mengalami afasia. Bagi yang mengalami afasia disebabkan strok, Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM) menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan dan bahasa di pusat tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 5:01 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
interesting.. tq TT and SM Sri. Excellent info.  kena baca 2 x to faham d terms.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah pertuturan ada kaitan dengan sedikit gangguan pada otak.....

Ada pengalaman anak bermasalah dalam pertuturan. Lambat bercakap walaupun dah berumur 4 tahun.Anak dilahirkan pra matang (27 minggu 4 hari ). Lope paru- paru belah kanan tidak matang lagi. Pada umur 16 hari menjalani operation untuk buang lope yang tidak memjadi tu. Berlaku pendarahan masa pembedahan. Dan , keadaan ni yang menyebabkan sedikit gangguan pada saraf otak ( ini yang diberitahu oleh doktor....sis terjemahkan dalam bahasa percakapan biasa ye....kalau salah istilah , maaf ye ).

Dan bermulalah sessi speech therapy......

Dan ianya memang berkesan. Setahun dalam progress tu, anak dapat bertutur dengan baik. Bermula dengan sessi phisioterapy untuk perjalanan otak-otak berhubung, activities dijalankan didepan cermin untuk refleksi kawal dan permainan untuk mengerakkan daya dan imaginasi fikiran...

Bentuk permainan botol dan manik adalah paling berkesan untuk merangsang otak mereka. Makin lama, botol yang diberi makin kecil keluasan permukaan bukaannya dan manik pun begitu juga. Makin lama ,makin kecil manik itu. Secara tidak langsung, mekanikal fungsi tangan dan jari juga dapat dirangsang dengan baik. Anak- anak akan dapat menulis dengan baik.

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang agak lambat pertuturan .....kaedah ini sangat berkesan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kaitan ini dengan cerebellar fx dr @ipes2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 29-1-2019 10:42 AM

Anak saya ada premature...2 tahun tak pandai ckp..mmg kena refer ke speech terapi..tp takpi pun   sbb elok usia 2 tahun dia mula bertutur..dan motor skills dia lagi elok dr ank sulung saya..tp dia kidal, dah byk kali betulkan utk tulis kanan..dia tetap guna tgn kiri..

Anak sulung saya selalu ckp terbalik..smpai ada yg kata dia disleksia..mcm ishan skit2 mcm dlm film taree zameen par..tp dah mai umoq 5 tahun dia ok


Ok..doc @ipes2 ipes..mcmna dgn TIA?
Adik saya penah kena TIA...dia ckp bgun pg dia takleh gerak sbhgian bdn n muka

Dia mula brckp bhsa yg dia dan kwn tak fhm..

Yg kes budak boleh ckp bhsa perancis tiba2 lepas,sakit ka apa ntah ka apa aritu..adkah ada kaitan dgn broca area ni
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya selalu nak sebut perkataan lain tapi lain yang saya sebut...cth..saya bg arahan pada anak:

Adik. ..tolong masukkan baju dalam.PETI SEJUK!

sebenarnya saya nk sebut MESIN BASUH. !
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lagi yang saya silap. ..cth..saya nak tulis perkataan lain...tapi lain yg saya tulis pada kertas. ...

Apa kah maksudnya tu?...

Adakah masalah otak ni sb faktor usia atau apa? ..

TT tolong bg pandangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya Neurologi..sygnya tak minat..paling takut kalau dpt kes stroke atau pun brain injury time study dulu mmg common sgt la soalan pasal brain anatomy physiology ni huhuhuhu now tersadai dekat medical buat respiratory sajo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:53 PM | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2019 03:56 PM
ooo...saya belajar dulu ni...linguistiks...

ye dlm linguistics, ini sgt penting
apahsia, dysphasia etc

dalam neurology, stroke medicine dan neurosurgery juga, ini amat integral

audit ok tak?

Comments

Ok :)  Post time 4-2-2019 04:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:54 PM | Show all posts
kucingitam replied at 28-1-2019 04:51 PM
baru tau. tq TT for the info

no problemo
next, kita bincang pasal Wernicke's pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:57 PM | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2019 06:25 PM
Area Broca berkaitan erat dengan area Wernicke. Ia juga bekerja dengan bahasa lisan dan benar-benar  ...

ye
ni lagi susah kot
dan combiantion of both pon lagi complicated areanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2019 11:58 PM | Show all posts
adila39 replied at 28-1-2019 10:28 PM
interesting.. tq TT and SM Sri. Excellent info.  kena baca 2 x to faham d terms.

nnt next topics sy kurangkan terminology nyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2019 11:59 PM | Show all posts
Syajati replied at 28-1-2019 11:46 PM
Masalah pertuturan ada kaitan dengan sedikit gangguan pada otak.....

Ada pengalaman anak bermasal ...

terimakasih for sharing these info
sgt elok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:03 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 4-2-2019 12:05 AM
chesfa replied at 29-1-2019 06:36 AM
Ada kaitan ini dengan cerebellar fx dr @ipes2 ?

terimakasih for the tag
cerebellum lain sikit chesfa
cerebellar areas are for motor execution mainly
juga fine tuning motor functions tu
tetapi ada jugak motor memory
eg, kita berjln tu kita tak lah fikirkan setiap tapak, ada motor memory nya
juga bila ada tangga takde lah kita kena fikir teruk2 utk buat kaki kita ''naik'' tangga tu.. ie ada motor memory dan reasoning nya

tapi fine tuning memang disitu ie cerebellum. deep nuclei dia mmg very well connected to everywhere eg dentate, globose, fastigii dan emboliofm tu mmg menerewang dia nye network dgn systems lain. connect to eye neuronal networks etc

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 12:10 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 4-2-2019 12:11 AM
raihaneem replied at 29-1-2019 10:27 AM
Anak saya ada premature...2 tahun tak pandai ckp..mmg kena refer ke speech terapi..tp takpi pun    ...

alhamdulillah kids awak dah ok
yg kidal tu, theres nothing u can do about it
biar je, Islam tak larang kita kidal
cuma islam galakkan mkn tgn kanan
dan mulakan good activities dgn belah kanan, itu aje
====
TIA tu mini stroke
dah ada dlm medicine thread rasanya
sgt bahaya kerana ianya akan membawa pada stroke nnt
====
Foreign Accent Syndrome tuh
sy dah jumpa 2 org kat dublin ni
dua dua lepas stroke
sorang tu makcik yg agak tak puas hati dgn accent baru dia
jenuh dia explain kat semua org that dia kena stroke
accent baru dia French, mmg sebijik... dan dia tka pernah pon tahu ckp french

sorang lagi lelaki late 30s kena stroke lepas kena attack org pukul kepala
ada pendarahan otak, koma
bila bangun, cakap accent polish
marah dia

ini sy tak sure byk mana expressionnya thru Brocas.. aopa2pun, nak motorly express speech, mmg kena area Broca yg processkan. penyebab bunyi bahasa itu berbeza, i taklak tahu if its Borca's neurons yg buatkan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.690873 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list