JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
2189
View
55
Reply

Pengalaman seram family aku yang tak berapa nak seram

[Copy link]

Author: Omyclay       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-1-2019 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Saja nak kongsi cerita yang light2 dari family aku. Soheh ke tak aku tak jamin, baca buat hiburan je sambil acah2 buat keje

Cerita aku pun tak ikut timeline. mana yg ingat aku cerita la ye. Mahap kalau gaya penulisan x berkenan di hati. Aku x ambik kelas penulisan kreatif.



Cerita 1


Cerita ni aku dengar dari ayah aku. Ayah aku ni membesar kat Melaka. Tapi loghat, adat, suku masih ikut macam Negeri Sembilan. Sebab sempadan kot.


Korang pernah dengar perkataan bandang? Dari kecik lg ayah aku kalau nampak anak2 dia rambut x reti nak sikat, ikat elok2, mesti dia kata "apo kau ni dah macam bandang ghoman(rupa) kau"

Perkataan tu lekat jugak kat anak2 dia smpaikan kitorang kalau nmpak org rambut serabai mesti kitorang kata macam bandang. Padahal masa tu tak tau pun bandang tu apa. Sampaikan mak aku marah, "panggil2 la bandang tu, datang btl2 tau la korang"


Dah besar sikit aku pun ambik la inisiatif nak tau apa benda bandang ni. Aku pun tanya la ayah. Kata ayah, bandang ni sejenis hantu (?) yg feymes kat kampung dia dulu. Dia pernah jumpa skali.


Masa tu dia kecik2, sekolah rendah la kiranya. Bangun pagi nak mandi & pg sekolah. Zaman tu takde air paip. Kena la mandi kat perigi. Perigi tu pulak jauh dari rumah. So jalan la dia sorang2 pergi ke perigi tu. Time tu gelap lg, dalam pukul 6 lebih kot, ntah, dia takde jam. Lampu jalan pun takde. Tapi still boleh nampak jalan, pokok semua la, samar2.


Bila dah sampai kat perigi, bukak seluar baju nak mandi, dia dengar bunyi bbrrr, bbrrr.....ala macam orang kesejukan tu. Tengok kat tepi takde orang pun. Tapi bunyi tu macam dekat. Dia pun tinjau kat sebelah depan (balik perigi). Haaa nampak la satu makhluk ni tengah duduk mencangkung elok je. Badan besar dari manusia biasa. Muka tak nampak sebab rambut penuh kat depan cover muka. Rambut dia mengerbang panjang, kasar2 macam penyapu kata ayah aku. Sambil tu dia tak brenti buat bunyi bbrrr bbrrr...  


Ayah aku dah ketar lutut, nak lari dah, tapi dia ingat pesan orang2 tua (ntah org tua mana la pesan kat dia). Orang kata kalau nampak bandang ni kita lari, nanti kita kena demam panas, sambil bunyi bbrr bbrrr macam yang bandang tu dok bunyi la. Dia kata mmg biasa dah org kampung jumpa bandang ni. Tu ayah aku ingat petua ni.


So ayah aku pun kenselkan niat nak lari. Buat2 rilek je cedok2 air sikit simbah badan, pastu ambik kain baju, pelan2 undur sampai jauh sikit dari perigi tu baru dia lari. Bandang tu pun tak kacau apa. Duduk je situ sampai ayah aku blah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 03:32 PM | Show all posts

Cerita 2

Cerita ni pun jadi kat ayah aku jugak. Masa ni dia baru masuk Felda. Aku pun baru umur 3 tahun.

Mula2 masuk rumah Felda, mak aku kata mmg sedih tengok condition rumah. Macam rumah tinggal, lalang tinggi berdiri. Sebab tu ada yang tak tahan, nampak je rumah macam tu, terus blah, lari dari Felda. Jenis yang tak sanggup nak hidup susah.
So aktiviti utama masa tu memang mengemas kawasan rumah la. Lalang memang naik sampai ke lantai rumah. Kena la tebas semua, pastu cuci atas rumah, gosok bagi lantai licin, almaklumla, rumah lantai kayu & x pernah duduk, penuh dengan selumbar.

Mak aku kata 2, 3 mggu lepas tu baru start gangguan kat ayah aku. Dia asyik mengadu sakit bahu. Mula2 mak aku buat biasa je la, agaknya penat menebas, cuci rumah semua kan. Lepas tu makin lama makin teruk pulak. Sampai tahap ayah aku tak boleh nak berdiri. Katanya bahu rasa berat sangat. Mak aku pulak selalu rasa mcm ada orang jalan2 dalam rumah, bila tengok tak ada. Tapi dia tak heran la yang tu. Sebab kata dia, masa tu gangguan macam tu biasa je. Tiap2 malam dengar orang terjerit, kejap rumah ni, kejap rumah tu. Yela, kawasan baru duduk kan.

Bila dah teruk sangat, sampai ayah aku tak boleh nak pergi menoreh, mak aku pun mintak tolong kat jiran kalau tau siapa yg boleh mengubat ni. So jiran ni la tolong bawak pergi berubat sana sini. Masa ni jiran tu sorang je ada kereta, org lain semua miskin.  Kalau sapa2 sakit ke, nak pg pekan ke, jiran ni la yg tolong bawakkan. Last2 lantik dia jadi ketua kampung
Mak aku kata dia tak ingat berapa ramai yg dia pergi berubat ni. Tapi masalahnya, tiap kali nak pg berubat ayah aku elok. Kat rumah punya la melepek tak boleh bangun, muka tak berdaya betul, sampai kena papah masuk dalam kereta. Bila keluar je dari kawasan Felda tu, segar bugar. Siap lepak minum kat pekan Bahau lagi, langsung tak sakit. Bila tengok dah sihat macam tu, diorg pun bawak la ayah aku balik. Sampai je kat rumah, naik rumah terus melepek balik. tak boleh bangun.

Sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:49 PM | Show all posts
alaaa iklan la pulak



cepat la tgh syok ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:57 PM | Show all posts
Omyclay replied at 29-1-2019 03:32 PM
Cerita 2

Cerita ni pun jadi kat ayah aku jugak. Masa ni dia baru masuk Felda. Aku pun baru umur ...

menarik ni sambung cepat

felda memang byk cite seram kot

pakcik aku dok felda palong. macam2 cerita

so aku memang tak pernah bermalam kat rumah dia

sebab takut haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:00 PM | Show all posts
menarikk. lepak sini lah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 04:15 PM | Show all posts


Sambung Cerita 2

Bila dah banyak kali jadi mcm tu, mak aku pun cuba cara lain. Mintak perawat datang rumah pulak. Dah gangguannye kat rumah je kan. Mak aku kata perawat yang last skali datang tu bukan setakat ubatkan ayah aku,  tapi diorg mintak pagarkan sekali kawasan rumah area2 tu. Alhamdulillah dah xde gangguan teruk2 sejak tu.

So bila perawat ni naik atas rumah, dah tengok ayah aku, dah check bilik2, dia pun duduk depan ayah aku & tanya " Kau ada alih katil dalam bilik tu ke aritu?"
"Ada" kata ayah aku
" Haa tu la dia marah. Dia kata kau alih katil tu dah menghalang laluan dia"
"Mana la aku tau. Bukan aku nampak" jawab ayah aku.
" Sekarang ni dia duduk bertenggek atas bahu kau. Tu yang bahu kau sakit je ni. Tapi dia  tak boleh keluar dari rumah ni. Tu sebab bila kau dalam rumah ni je rasa sakit"

Long story short, perawat tu pun diskas dengan makhluk tu mintak dia pindah. Aku tak tau la detailnya. Kata mak aku proses merawat ni makan masa berhari2 jugak la. Dalam masa tu ayah aku & anak2 dimintak duduk menumpang dulu kat rumah jiran. Tapi perawat tu bagitau benda alah tu setuju nak keluar. Cuma syarat dia, dia nak tunjuk muka sebelum keluar nanti.

Lebih kurang hari ke-3 cenggitu, mak aku pun balik rumah sorang2 pagi tu. Nak kemas rumah katanya. Dah bukak pintu, tingkap semua, dia pun start la menyapu. Tengah menyapu area tengah rumah dia perasan macam ada orang ikut kat belakang. bila dia melangkah setapak, bunyi kat belakang pun mcm melangkah setapak. Bila langkah 2 tapak, yg belakang pun macam melangkah 2 tapak jugak. Mak aku nak lari, tapi takut benda tu kejar. So dia pun sambung menyapu sambil menyusur kat dinding rumah nak turun ke pintu dapur. Mak aku langsung tak pandang atas, takut katanya. Dia memang tunduk je la pandang lantai sambil menyapu tu.

Rumah Felda ni, dari ruang tengah nak turun ke dapur ada 3 anak tangga. Mak aku nak lari ikut pintu belakang ni kena la turun ke dapur dulu. Sampai area dapur ni pun mak aku tak terus lari, acah2 menyapu lagi, tapi bunyi yang ikut tu dah stop. Sambil tunduk tu dia jeling kat tangga turun tadi, nampak la kaki beso kemain tegak je atas tangga tu. Macam kaki beruk berbulu2. Memang dia tak ikut dah. Tapi dia macam perhati je mak aku ni menyapu. Mak aku pun bila dah sampai je kat pintu nak ke bawah, slow2 turun, jejak je tanah tak sempat sarung selipar terus lari pergi rumah jiran.

Bila bgtau ngan perawat tu dia kata "Benda tu la yang duduk atas bahu si Amin (ayah aku) ni. Kan dia nak tunjuk diri sebelum keluar"


Tamat



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
TT macam dah biasa acah-acah buat keje je
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu dengar badang je, bandang tak pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklong32 replied at 29-1-2019 03:57 PM
menarik ni sambung cepat

felda memang byk cite seram kot

Mungkin sebab Felda tu kebanyakannya asal kawasan hutan banat lepas tu diteroka, ramailah penghuni asal yang hilang port lepak. Tu yang selalu bergentayangan merata rumah orang Felda kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:37 PM | Show all posts
Omyclay replied at 29-1-2019 04:15 PM
Sambung Cerita 2

Bila dah banyak kali jadi mcm tu, mak aku pun cuba cara lain. Mintak perawat ...

boleh plak dia nk tunjuk muka eh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:39 PM | Show all posts
moonbug replied at 29-1-2019 04:36 PM
Mungkin sebab Felda tu kebanyakannya asal kawasan hutan banat lepas tu diteroka, ramailah penghuni ...

tu la bekas kawasan hutan kan
mcm2 cerita la langsuir la ponti la adoiii
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 04:43 PM | Show all posts
Ya betul. Biasa diorg duduk aman2, skali kita datang kacau, marah la diorg kot Diorg pun nak rumah felda jugak.

Actually yang pindah pun bukan semua. Masih ada yg sayang nak tinggalkan tempat tu. Asalkan tak kacau suda
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:01 PM | Show all posts
klu asal tempat tu hutan banat then ko teroka..mmglah mcm2 ko jumpa..bukan binatang buas je..makhluk yg tak nampak pun ada.. dah dia dulu yg duduk situ..lepas tu ada lak org lain dtg buat rumah..

menarik citer TT ni.. tapi mmg aku pun tak pernah dengar nama bandang tu..bajang pernah la..hantu bajang..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 05:04 PM | Show all posts
myakayina replied at 29-1-2019 05:01 PM
klu asal tempat tu hutan banat then ko teroka..mmglah mcm2 ko jumpa..bukan binatang buas je..makhluk ...

Aku pun ada risik2 kalau tempat lain wujud hantu bandang ni. Tapi semua kata tak pernah dengar. Hantu tak keluar kampung  kot.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2019 05:06 PM | Show all posts
Esok pulak sambung ye. Esok aku cerita pasal ayah aku dan kawan2 kena kacau manja kat kebun getah dia.

Balik jom.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 10:28 AM | Show all posts
Cerita 3

Dulu masa muda2, mak ayah aku selalu pergi menyuluh. Menyuluh ni aktiviti menoreh awal pagi, biasa pukul 3,4 pagi diorang gerak dari rumah. Time macam ni cuaca sejuk, so getah pun menitik lama la sikit ke dalam mangkuk. Kalau pergi lambat, nanti matahari dah naik, getah cepat kering & berhenti menitik. Biasanya bukan mak ayah aku je yang menyuluh ni, jiran2 lain pun buat jugak. So takde la takut sangat duduk dalam kebun tu.
Mak aku biasa communicate dengan jiran2 ni dengan cara ketuk mangkuk kosong kat pokok. Nak tau jiran mana yang dah sampai. Dengar dari arah mana ketukan tu dibalas. Nak panggil2 biasa ni bukan dengar pun sebab setiap satu kebun tu luas lebih kurang 10 ekar.

Satu hari ni diorg sampai kat kebun, siap2 pasang lampu karbaid (carbide), pastu start la menoreh. Ayah aku ambik sebaris, mak aku ambik baris sebelah dia. Kebun ayah aku ni dua side ada parit. Sebelah belakang dengan kiri. Sebelah depan ada jalan. Sebelah kanan sempadan dengan kebun jiran. Haritu mak ayah aku menoreh dekat2 dengan parit belakang. Sebelah parit tu kebun Cik Sahar dgn Cik Midah. Dah menoreh 5,6 baris tu mak aku pun tergerak nak 'calling2' Cik Midah ni, dah sampai ke belum agaknya.
Mak aku pun ketuk2 la mangkuk, pastu tggu ada balas ke tak.
Senyap je. ketuk lagi 2,3 kali.
Senyap jugak. Belum sampai kot.

Mak aku pun teruskan menoreh balik. Masa ni kedududkan mak aku membelakangkan parit tu, ayah aku dah ke depan sikit sebab dia fokus menoreh je.
Tiba2 mak aku dengar orang panggil, "Mas"
"Ye" jawab mak aku.
Serentak tu jugak dia dengar bunyi mengilai bersahut2 kat belakang dia. Sekejap dari arah kiri, sekejap dari arah kanan. Sekejap macam jauh, sekejap macam dekat. Macam banyak sangat bunyi yang mengilai tu. Mak aku memang tak berani nak pandang belakang la. Nak jalan pun dah lembik lutut. Berdiri je pegang pokok getah. Tengok ayah aku kat depan rilek je menoreh macam tak dengar apa2. Padahal jarak tu dalam 10 langkah je. Nak tak nak mak aku kena jalan jugak slow2 pergi kat ayah aku.
"Abang! Jom rehat jap pergi sarapan"
Ayah aku tengok mak aku lain macam je, dia pun berhenti, bawak mak aku pekena roti canai kat Ladang Geddes. Dah terang sikit baru balik kebun sambung menoreh.

Bila mak aku cerita kat ayah,  ayah kata " tu la, aku malas nak cakap, dalam hutan pun sibuk nak ketuk2, memang ada la benda lain yang menyahut"
Sejak tu mak aku tak berani dah dah ketuk2. Kalau ada jiran yang ketuk2 pun dia diam2 je malas nak balas



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 11:14 AM | Show all posts
teringat lak Sudin ngan Jeton main ketuk2 botol...

TT, sambung story...

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 11:27 AM | Show all posts
Lynn9 replied at 30-1-2019 11:14 AM
teringat lak Sudin ngan Jeton main ketuk2 botol...

TT, sambung story...

Kejap lagi aku sambung ye. Keluar tapau nasik jap.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 12:54 PM | Show all posts
Cerita 4

Kadang2 ayah aku pergi menyuluh sorang2. Sebab mak aku tak sihat @ ada hal kat rumah. Cerita ni jadi masa ayah aku meyuluh sorang2. Sebab kebun ni luas, memang biasanya orang akan bahagi 2 atau 3 kawasan kebun untuk gilir2 menoreh. Tak larat nak habiskan 10 ekar sehari. So kali ni baris yang ayah menoreh ni, sebelah kiri jalan (jalan tanah merah untuk orang keluar masuk kebun), dan kalau dia terus menoreh sampai hujung baris, akan jumpa dengan parit. Dia start dengan baris paling tepi jalan, terus sampai hujung, lepas tu patah balik ikut baris sebelah. Ulang2 la macam tu.


Tengah2 baris ketiga ayah aku dengar bunyi air keceburr keceburrr camtu. Pelik la dia, tadi lalu kat parit tu takde. Tapi dia buat biasa je la menoreh sampai hujung baris. Bila dah sampai hujung tu, makin kuat bunyi kecebur tu. Orangnya tak nampak. Pukul 3 pagi kan, gelap gelita. Ayah aku pun pakai lampu karbaid, samar2 je la bila jauh sikit.
Ayah aku pun tegur " Banyak dapek ikan wak?"
"Hmm" Suara dari dalam parit tu jawab.
Dah dia jawab macam tu, ayah aku pun sambung la menoreh, masuk baris sebelah (membelakangkan parit pulak).

Masa ayah aku cerita ni, aku pun pelik, ape motif ayah cerita ni? Aku pun tanya la "Ayah kenal ko sapo yang carik ikan tu?"
"Kenal apo long. Gilo orang carik ikan pukul 3 pagi. Golap pulak tu langsung tak bawak lampu"
"Yo la. Tah2 indon yang duduk dalam kobun tu yah" Aku saje nak counter.

Ayah pun sambung cerita. Lepas ayah aku patah balik tu, dalam 5,6 batang pokok dah menoreh, ayah aku dengar bunyi orang jalan pulak. Kira 'orang' tadi tu dah naik dari parit, susur jalan tanah merah tu nak balik mana ntah. Direction dia jalan ni sama la mcm ayah aku, cuma jarak ayah dengan dia ni dipisahkan oleh 3 baris pokok getah. Macam mana ayah aku tau itu 'orang' tadi, sebab bunyi dia jalan tu macam orang berjalan guna kasut but phua chu kang tu, tapi but tu penuh air. Paham tak? Bunyi ceplosh ceplosh gitu. Bila bunyi tu dah dekat, ayah aku suluh la dengan lampu karbaid dia, tapi langsung tak nampak pun sapa2. Bunyi tu still ada berjalan sampai la hujung baris, pastu hilang. Ayah aku pun sambung la menoreh macam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 01:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 02:28 PM | Show all posts
Cerita 5

Kisah ni pun jadi masa ayah aku pergi menyuluh sorang2. Jalan nak ke kebun ni ada 2 jenis. Satu jalan dalam, tanah merah. Satu lagi jalan luar, jalan berturap. Satu hari ni ayah aku pergi kebun ikut jalan luar, sebab malam tu hujan lebat, kompem jalan tanah merah tu lecak teruk. Dah la ayah naik motor scrambler, memang naik lumpur sampai atas kepala nanti. Jalan luar ni jauh sikit dari jalan dalam. Keluar dari kawasan Felda, ikut jalan Bahau-Muadzam. Ada jalan masuk ke kebun tepi jalan sebelum sampai ke Ladang Geddes. Siapa biasa ikut jalan tu tau la memang tak wujud lampu jalan, sampai sekarang ni pun.

So pagi tu dengan tenang ayah aku gerak pergi kebun. Tiba2 dah nak sampai simpang kebun dia nampak ada orang lambai2 tahan motor dia. Bila dekat tengok orang tu polis rupanya.
Ayah: ada apa cik?
Polis: bang, boleh temankan saya tak?
Ayah: aik, kenapa pulak?
Polis: ada eksiden depan ni bang. kawan saya patah balik pergi panggil bantuan. Saya kena tunggu sini sorang2. Tolong la bang temankan saya.


....jap lagi aku sambung. panggilan tugas jap.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 03:35 PM | Show all posts
Sambung Cerita 5

Sebab kesian tengok muka polis tu macam nak menangis, ayah aku pun setuju la temankan dia. Off enjin motor, sorong letak tepi jalan.
"Mana eksidennya?" tanya ayah aku..
"Tu kat depan sikit bang. saya tak berani nak tunggu kat sana" kata polis tu.

Ayah pun jalan la pergi ke depan sikit. Polis tu jalan sebelah sambil suluh dengan torchligt. Bila sampai tempat eksiden tu terkejut ayah aku. Rupanya eksiden motor dengan lori tanker. Tanker tu rosak tgh jalan. Driver tak tau kemana. Lampu pulak tak on langsung. Yang motor ni budak bujang nak balik kampung, arah ke muadzam. Naik rxz, tengah laju la kot, tak perasan ada lori tengah jalan, tak sempat nak brek rasanya terus sodok masuk bawah lori tanker tu. Belakang tanker tu, ada besi yang mcm slot, badan dia tersagat kat situ, bersepai isi tengah jalan.

Dah nak sampai ke tanker tu ayah aku nampak otak budak tu atas jalan, berdenyut2 lagi. Dia rasa nak blah je dari situ. Tak sanggup tengok lagi dah. Tapi kesian pulak dengan polis ni. Tunggu la situ sampai kawan polis tu datang dengan bantuan. Dalam pukul 5 lbh kurang diorang pun sampai. Ayah aku pun terus cabut, patah balik rumah. Hilang semangat nak menoreh dah, jantung rasa berdebar2 je.

On the way nak balik, dekat2 nak masuk ke kawasan felda, ayah aku perasan ada orang jalan kaki kat bahu jalan. Arah menyongsang dari dia. Bila dah dekat dia tengok, eh ni Si Mubin ni. Mana pulak nak pergi pagi2 buta ni jalan kaki jauh2.
Mubin ni jiran kitorang, tapi tak dekat sangat la, selang 3 baris rumah jugak.
Ayah aku pun tegur "Bin! Nak poie mano?!"
Tapi Cik Mubin ni senyap je, pandang pun tak. Ayah aku dah rasa lain macam, terus jalan. Dalam hati dia kata sah2 aku dah terkena ni. Takkan la si Mubin ni nak jalan kaki masa macam tu. Jauh pulak tu.

Sebelum nak masuk simpang rumah, ayah aku kena lalu depan rumah Cik Ayob ni dulu. Tengah lalu tu dia nampak budak 3,4 orang main2 kat bawah lampu jalan depan rumah Cik Ayob ni. Eh, apa Ayob ni biar je anak dia main kat luar pagi2 macam ni. Tapi dia tengok je la. Dah sampai rumah baru terpikir takkan la Cik Ayob ni nak biar anak2 dia main kat luar pukul 5 pagi macam tu.

Balik tu memang ayah aku demam 3 hari. Demam terkejut kot. Tapi lama dia tak makan daging. Dia kata terbayang2 je yang bersepai atas jalan tu especially otak berdenyut2.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 08:19 AM | Show all posts
Good TT!! lagi dan lagi..Tak sanggup nak bayangkan keadaan accident tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt...sambunggggg lagiiii. Seronok ceritanya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 10:52 AM | Show all posts
addina3606 replied at 31-1-2019 08:19 AM
Good TT!! lagi dan lagi..Tak sanggup nak bayangkan keadaan accident tu..

Hihi..Ayah aku kata ni la antara kejadian yg paling trauma dia rasa. Dah la dia ni penggeli. Sejak dapat anak, sampai ni dia tak makan paru sebab katanya macam rupa uri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053767s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list