JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2643
View
55
Reply

Pengalaman seram family aku yang tak berapa nak seram

[Copy link]

Author: Omyclay       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 30-1-2019 02:28 PM | Show all posts
Cerita 5

Kisah ni pun jadi masa ayah aku pergi menyuluh sorang2. Jalan nak ke kebun ni ada 2 jenis. Satu jalan dalam, tanah merah. Satu lagi jalan luar, jalan berturap. Satu hari ni ayah aku pergi kebun ikut jalan luar, sebab malam tu hujan lebat, kompem jalan tanah merah tu lecak teruk. Dah la ayah naik motor scrambler, memang naik lumpur sampai atas kepala nanti. Jalan luar ni jauh sikit dari jalan dalam. Keluar dari kawasan Felda, ikut jalan Bahau-Muadzam. Ada jalan masuk ke kebun tepi jalan sebelum sampai ke Ladang Geddes. Siapa biasa ikut jalan tu tau la memang tak wujud lampu jalan, sampai sekarang ni pun.

So pagi tu dengan tenang ayah aku gerak pergi kebun. Tiba2 dah nak sampai simpang kebun dia nampak ada orang lambai2 tahan motor dia. Bila dekat tengok orang tu polis rupanya.
Ayah: ada apa cik?
Polis: bang, boleh temankan saya tak?
Ayah: aik, kenapa pulak?
Polis: ada eksiden depan ni bang. kawan saya patah balik pergi panggil bantuan. Saya kena tunggu sini sorang2. Tolong la bang temankan saya.


....jap lagi aku sambung. panggilan tugas jap.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 03:35 PM | Show all posts
Sambung Cerita 5

Sebab kesian tengok muka polis tu macam nak menangis, ayah aku pun setuju la temankan dia. Off enjin motor, sorong letak tepi jalan.
"Mana eksidennya?" tanya ayah aku..
"Tu kat depan sikit bang. saya tak berani nak tunggu kat sana" kata polis tu.

Ayah pun jalan la pergi ke depan sikit. Polis tu jalan sebelah sambil suluh dengan torchligt. Bila sampai tempat eksiden tu terkejut ayah aku. Rupanya eksiden motor dengan lori tanker. Tanker tu rosak tgh jalan. Driver tak tau kemana. Lampu pulak tak on langsung. Yang motor ni budak bujang nak balik kampung, arah ke muadzam. Naik rxz, tengah laju la kot, tak perasan ada lori tengah jalan, tak sempat nak brek rasanya terus sodok masuk bawah lori tanker tu. Belakang tanker tu, ada besi yang mcm slot, badan dia tersagat kat situ, bersepai isi tengah jalan.

Dah nak sampai ke tanker tu ayah aku nampak otak budak tu atas jalan, berdenyut2 lagi. Dia rasa nak blah je dari situ. Tak sanggup tengok lagi dah. Tapi kesian pulak dengan polis ni. Tunggu la situ sampai kawan polis tu datang dengan bantuan. Dalam pukul 5 lbh kurang diorang pun sampai. Ayah aku pun terus cabut, patah balik rumah. Hilang semangat nak menoreh dah, jantung rasa berdebar2 je.

On the way nak balik, dekat2 nak masuk ke kawasan felda, ayah aku perasan ada orang jalan kaki kat bahu jalan. Arah menyongsang dari dia. Bila dah dekat dia tengok, eh ni Si Mubin ni. Mana pulak nak pergi pagi2 buta ni jalan kaki jauh2.
Mubin ni jiran kitorang, tapi tak dekat sangat la, selang 3 baris rumah jugak.
Ayah aku pun tegur "Bin! Nak poie mano?!"
Tapi Cik Mubin ni senyap je, pandang pun tak. Ayah aku dah rasa lain macam, terus jalan. Dalam hati dia kata sah2 aku dah terkena ni. Takkan la si Mubin ni nak jalan kaki masa macam tu. Jauh pulak tu.

Sebelum nak masuk simpang rumah, ayah aku kena lalu depan rumah Cik Ayob ni dulu. Tengah lalu tu dia nampak budak 3,4 orang main2 kat bawah lampu jalan depan rumah Cik Ayob ni. Eh, apa Ayob ni biar je anak dia main kat luar pagi2 macam ni. Tapi dia tengok je la. Dah sampai rumah baru terpikir takkan la Cik Ayob ni nak biar anak2 dia main kat luar pukul 5 pagi macam tu.

Balik tu memang ayah aku demam 3 hari. Demam terkejut kot. Tapi lama dia tak makan daging. Dia kata terbayang2 je yang bersepai atas jalan tu especially otak berdenyut2.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 08:19 AM | Show all posts
Good TT!! lagi dan lagi..Tak sanggup nak bayangkan keadaan accident tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt...sambunggggg lagiiii. Seronok ceritanya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 10:52 AM | Show all posts
addina3606 replied at 31-1-2019 08:19 AM
Good TT!! lagi dan lagi..Tak sanggup nak bayangkan keadaan accident tu..

Hihi..Ayah aku kata ni la antara kejadian yg paling trauma dia rasa. Dah la dia ni penggeli. Sejak dapat anak, sampai ni dia tak makan paru sebab katanya macam rupa uri
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 10:54 AM | Show all posts
MissVixen replied at 31-1-2019 10:35 AM
Tt...sambunggggg lagiiii. Seronok ceritanya

Tengahari sikit aku sambung ek. Tengah syok baca tred Sarawak kat sebelah

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:18 PM | Show all posts
Omyclay replied at 31-1-2019 10:54 AM
Tengahari sikit aku sambung ek. Tengah syok baca tred Sarawak kat sebelah

Good job TT. Best baca cerita dulu-dulu ni......
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 01:08 PM | Show all posts
Mokcu replied at 31-1-2019 12:18 PM
Good job TT. Best baca cerita dulu-dulu ni......

Tq selera nak baca. Almaklumla cerita boleh tahan tipikalnye
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:15 PM | Show all posts
best cite TT.
mengimbau kenangan dulu2.
mak dengan makcik2 aku dulu pun kebanyakan keje kebun.
getah la kelapa sawit la.
sebelum subuh dah ade kt kebun.
macam2 cerita diorang.
mak kata pagi2 selalu nampak mcm bola api area kebun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:21 PM | Show all posts
Omyclay replied at 31-1-2019 10:52 AM
Hihi..Ayah aku kata ni la antara kejadian yg paling trauma dia rasa. Dah la dia ni penggeli. Sejak ...

boleh "hi five" ngan ayah TT.  i pun x selera mkn paru lepas tgk uri...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 01:45 PM | Show all posts
Cerita 6

Cerita kat kebun lagi. Kali ni ayah aku pergi menyuluh bertiga. Tapi bertiga tu bukan 3 orang 1 kebun. Masing2 menoreh kat kebun sendiri la kiranya. Cuma pergi sama-sama 3 bijik motor. Masa ni mak aku tak ikut. Yang ada cuma ayah aku, jiran sebelah rumah aku Cik Amid, dan sorang lagi kawan ayah yang aku panggil abang Icam. Abang Icam ni bukan baya2 ayah aku, dia anak peneroka, tapi ayah dia dah tua sangat tak larat nak menoreh dah. Jadi dia ni la pengganti.

Pagi tu bertolak la diorang ni ke kebun ikut jalan dalam. Mula2 sampai kat kebun Abang Icam dulu. Lepas tu selang 3 lot, kebun Cik Amid, sebelah kebun Cik Amid baru la kebun ayah aku. Bila ayah aku sampai kebun,dah letak motor, dia pun setting lampu karbaid. Lampu karbaid ni bukan jenis macam kat rumah yang muncung panjang menegak tu. Yang orang guna untuk menoreh body dia dengan corong tempat api keluar dipisahkan oleh tiub lebih kurang setengah depa panjang. Body ni nanti sangkut dekat tali pinggang, corong tu selit kat topi. Jadi tangan takde la occupied dengan lampu.
Okeh nak setting lampu ni pulak, kena bukak body dia, sebelah bawah ada tank untuk kita isi karbaid. Karbaid ni rupa dia macam batu, jadi ayah aku isi karbaid, lepas tu tuang air, nanti dia macam menggelegak. Lepas tu tutup tank tu, cucuh pulak api kat corong. Nanti dia menyambar & kita boleh adjust api tu nak kecik ke besar. Ok habis tutorial lampu karbaid.

Ok masalahnya dengan lampu karbaid ayah aku ni, bila dia cucuh je api, menyambar bukan main besar lagi, bunyi dia mcm srooootttt. Lepas tu makin pendek, makin pendek, padam terus. Puas ayah aku adjust, tapi tetap macam tu. Bila dah berkali-kali jadi mcm tu ayah aku pun tensen la. Dah dekat sejam ni setting lampu tak siap2 lagi. Biasa tak pulak mcm tu. Jadi dia pun lepak dulu dalam gelap tu sambil isap rokok. Sekejap tu dengar bunyi motor Abang Icam masuk kebun ayah aku. Bila dia sampai je ayah aku pun tanya la.

Ayah: Ha apo kono Cam? Tak motong ko?
Abg Icam: Tak buleh motong la bang. Angin kemain kuek lagi dalam kobun den. Macam nak tumbang pokok. Takut pulak dahan jatuh ateh kepalo den kang.
Ayah:Angin apo? Den takdo raso angin pun kek sini.
Abg Icam: Boto bang, kek kobun den yo angin kuek tu. Lain macam den ghaso. Tu yang den datang sini tu. Tengok2 keluar yo pado kobun den takdo pulak angin eh.
Ayah: Den pun ghaso lain macam gak ni. Pado tadi nak idup an lampu ni tak dapek2. Jom la kito beransur poie kobun Amid.

Sambung....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 02:22 PM | Show all posts
Sambung Cerita 6

Jadi bergerak la ayah aku dengan abang Icam pergi kebun Cik Amid kat sebelah. Sampai situ, Ayah dengan Abang Icam pun parking motor sebelah motor Cik Amid. Tengok2 Cik Amid boleh pulak menoreh. Ada la dalam 4 batang pokok kalau dikira dari tempat parking tu. Jadi tak jauh la jarak Cik Amid ni dengan diorang. Diorang tengok je la Cik Amid dari tempat parking tu. Bila Cik Amid perasan diorang sampai, dia pun tegur.

Cik Amid: Min, kau buleh tolong den tak?
Ayah: Tolong apo Mid?
Cik Amid: Dari tadi den carik moto den tak jumpo2 la. Den dah motong banyak baris dah ni, tapi tak nampak2 moto den laie.

FYI, motor dekat parking ni biasanya jadi penanda untuk penoreh. Tau tau nak cakap macam mana, tapi line yang parallel dengan kedudukan motor ni la diorang akan guna untuk tau yang diorang kena stop menoreh kat baris tu dan masuk ke baris sebelah pulak.

Ayah: Moto kau ado sebolah den ni ha Mid. Apo tak nampak pulak.
Cik Amid: Mano? Den boto2 tak nampak la Min.
Ayah: Laa hai. Sebolah ni yo haa.
Ayah aku pun turun motor, tepuk2 seat motor Cik Amid nak tunjuk kat dia.
Cik Amid: Takdo la Min. Den dah jauh dah dari moto den tu. Banyak dah den motong tadi.
Ayah: Banyak apo eh Mid. Kau baru motong 4 pokok yo. Itu la yang kau dok ulang2 tarah.

Rupa-rupanya Cik Amid ni pun terkena jugak. Dia rasa dah menoreh banyak. Dah jauh dari motor dia. Tapi sebenarnya 4 pokok tu la dia dok toreh berkali2 sampai luka kulit pokok.
Ayah aku pun muak tunjuk banyak kali tapi Cik Amid tak nampak jugak motor dia. Last2 dia pergi kat Cik Amid, Tarik tangan sampai kat motor. Baru la Cik Amid ni boleh nampak motor dia. Diorang pun terus kensel menoreh hari tu. Start motor, pergi mengeteh kat Ladang Geddes, lepas tu terus balik rumah.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 02:37 PM | Show all posts
Noyen replied at 31-1-2019 01:15 PM
best cite TT.
mengimbau kenangan dulu2.
mak dengan makcik2 aku dulu pun kebanyakan keje kebun.

Betul. Macam2 ayah aku cerita dulu, tapi banyak yang aku tak ingat dah

Sebut pasal bola api ni, ayah aku biasa jugak sebut. Tapi bukan bentuk bola api la. Benda ni kira yang paling common jadi, sampai orang malas nak pedulik dah.
Kitorang panggil hantu suluh. Sebabnya bentuk dia macam api lampu karbaid tu jugak. Mak aku first time nampak ni, dia kata tengah menoreh, dia nampak ada lampu selang sebaris dari dia. Dia ingatkan ayah aku so dia buat tak tau la. Bila dah lama2 baru dia perasan yang lampu ni bergerak sama seiring macam dia. Kalau dia bergerak kedepan selangkah, lampu tu pun bergerak sama. kalau dia patah balik, lampu tu pun patah balik. Kalau dia pergi ke arah lampu tu, lampu tu pun bergerak arah sama, so jarak tu kekal sama je la. Tak jauh, Tak dekat. Tapi setakat tu je la, takde la benda tu kacau lain. Jadi mak aku pun teruskan la menoreh.

Lepas tu memang banyak kali diorang jumpa, sembang2 dengan jiran pun diorang biasa jumpa jugak. Lama2 biasa dah. Buat tak pedulik je.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2019 02:38 PM | Show all posts
Lynn9 replied at 31-1-2019 01:21 PM
boleh "hi five" ngan ayah TT.  i pun x selera mkn paru lepas tgk uri...

Sedap ooo paru goreng berlada
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:41 PM | Show all posts
Omyclay replied at 29-1-2019 04:15 PM
Sambung Cerita 2

Bila dah banyak kali jadi mcm tu, mak aku pun cuba cara lain. Mintak perawat ...

mengadenyerr cik hantu ni..sebelum chow..nak tunjuk rupe plak..kalu plak hensem..hantu betoii
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 04:10 PM | Show all posts
best betul cerita TT, aku mmg kagum dgn hidup peneroka.
keluar kerja awal2 pagi..kerjakan hutan sampai jadi kebun.
tak semua org sanggup.

teruskan cerita ya
seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:19 PM | Show all posts
Omyclay replied at 31-1-2019 02:37 PM
Betul. Macam2 ayah aku cerita dulu, tapi banyak yang aku tak ingat dah

Sebut pasal bol ...

ha kannn..
mak aku kata tu yg memang selalu sangat nampak.
sampai dah lali tak takut dah.
tapi kebun mak aku keje tu takde la gangguan sangat.
cuma biasa nampak bola api tu je,
ade time je kengkadang dia main tumpang2 basikal nak pegi kebun tu.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-2-2019 01:56 PM | Show all posts
Edited by Omyclay at 1-2-2019 02:08 PM

Cerita 7

Cerita kali ni background kat kampung aku di Melaka. Macam aku kata sebelum ni, nama je Melaka, tapi feeling Negeri Sembilan lagi sebab dekat. Jadi ayah memang selalu la bawak kitorang balik kampung ni.

Rumah nenek aku area bukit, tapi tak tinggi sangat. Belakang rumah ada kawasan perkuburan, jarak dalam 100 meter camtu. Tapi nak pergi ke tanah perkuburan kena mendaki sikit la. Dulu aku dengan sepupu kalau main game apa2 malam2, sapa kalah kena jalan kaki pergi kubur lepas tu patah balik Depan rumah nenek aku ada rumah makcik aku, lepas tu turun bawah lagi ada kawasan sawah yang dah dijadikan kebun sayur. Masa aku kecik arwah atuk selalu kata sebelah rumah ni memang 'laluan'. Biasa benda tu turun dari kawasan kubur, lalu tepi rumah, dan terus ke sawah depan tu.

Pakteh aku jenis yang senang nampak. Kadang2 masa lepak kat beranda rumah nenek nampak dia leka tengok tepi rumah, bila tanya dia kata ada benda lalu. Biasa kitorang dengar bunyi macam ada orang jalan je. Mak aku pernah bangun nak solat subuh, terbau macam bau taik ayam cair yang busuk tu, tapi bau dia pekat gila sampai sesak nafas. Bilik yang mak ayah aku tidur ni tepi rumah, ada tingkap nako, jadi bau ni slipped masuk bilik tidur. Tapi bau tu datang dari luar sebab bila mak aku keluar nak pergi bilik air, bau tu lagi kuat, lepas tu meremang semacam rasa. Ada sekali mak aku bangun nak solat subuh jugak, tapi terbau hanyir darah macam ada darah tumpah. Bila cari tak ada pun.

Satu malam ni kitorang tengah tengok tv. Ruang tengok tv ni kat bahagian belakang rumah, kat sebelah dapur. Kalau bukak pintu nampak la kawasan kubur atas tu. Tengah tengok tv dengar bunyi motor ateh aku baru balik dari main badminton. Nenek pun keluar pergi dapur bukak pintu & hidang nasik untuk ateh. Masa ateh makan, nenek pun masuk balik kat kitorang sambung tengok tv. Tiba-tiba dengar bunyi sayup2 je macam ranting di patah, macam benda berlaga, tak tau nak cakap exactly mcm mana, tapi lbh kurang mcm tu la, krakkkk krakkk... Makin lama bunyi tu makin kuat. Muka nenek dah berubah dah. Nenek kata kat kitorang duduk diam2. Dia bangun pergi dapur kat ateh.

"Apo tu Man" tanya nenek aku kat ateh.
"Tah apo bondo tulang2 dari ateh (atas) bukit tu tadi" kata ateh.
Rupanya ateh dengar lagi awal dari kitorang sebab dia duduk kat dapur. Dapur nenek pulak separuh bawah simen, separuh lagi jaring besi je. Ateh aku pusing belakang je nampak la tulang tu tengah berjalan ke bawah. Sebab dia dah biasa nampak, dia pun tengok sekejap lepas tu sambung makan balik. Nenek aku pulak penakut, masuk dalam, duduk dengan kitorang sampai la bunyi tu hilang macam tu je.




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-2-2019 01:58 PM | Show all posts
puteribaya replied at 31-1-2019 02:41 PM
mengadenyerr cik hantu ni..sebelum chow..nak tunjuk rupe plak..kalu plak hensem..hantu betoii

Dia kurang kasih sayang kot. Nak perhatian. Dah orang tak nampak kan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-2-2019 02:02 PM | Show all posts
Noyen replied at 1-2-2019 01:19 PM
ha kannn..
mak aku kata tu yg memang selalu sangat nampak.
sampai dah lali tak takut dah.

Hihi dah bosan terbang, sekali sekala naik basikal syok jugak agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045196s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list