CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3638|Reply: 10

AKU TAK KIRA! Aku Nak Move On. Ini Tips Ekslusif.

[Copy link]
Post time 30-1-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tips Nak Move On Dengan Crush Korang!Try Je La Ye.
Hai korang,bersua lagi dengan cik Q.Kalini kan cik Q nak sangat share ngan korang cara-cara utk move on dengan crush.Macam yg kita tau,crush ialah seseorang kawan lelaki atau kawan perempuan yang kita harapkan dia utk jadi lebih daripada kawan kita.Kiranya,ada perasaan syok suka la kan kat seseorang tu.Cik Q ada crush!Tapi tu la,cik Q ni malu nak confess dan takut kena reject,so cik Q amik keputusan utk berdiam diri.

Dulu cik Q rajin chat dengan dia.Sebab kami sama kelas dan kelab di sekolah.Tapi,semua tu x lama,sejak cik Q berpindah ke asrama penuh.Sejak tu kitaorang macam dah lost contact.Tapi,kitaorang saling follow di Instagram x lama lepastu!Seronoknya dapat chat dengan dia balik.Dia ajak hangout sama-sama.Tapi bila dah plan2,satu hari tu,dia x reply mesej cik Q.Tapi,dia update je post dia kat Ig.Takkan cik Q nak spam dia?Awkward duh.Cik Q tunggu je lah reply dia..Sampai harini,dia seen je.Hati ni Allah je lah yg tahu.Bercinta ke aku ni?So,dah 2 tahun berlalu,tiada khabar,jadi cik Q nak move on!So,take note guys!Tak kisah perempuan ke lelaki hokeyh!

Apa yang cik Q buat pertama sekali ialah,#ubah mindset.Bagi cik Q,cik Q muhasabah diri bahawa crush cik Q tu bukanlah yg terbaik buat cik Q.I deserve better.Bukan nak cakap cik Q ni berlagak sampai deserve better,bukan..Cik Q ubah mindset agar alangkah ruginya kalai cik Q sayang dekat orang yang tak pernah ambil tahu pasal kehadiran cik Q di sisinya.Betul tak?Lagi satu,orang kata bunga bukan sekuntum,byk lagi perempuan diluar sana.Sama juga dengan kumbang.Kumbang bukan seekor.So,ramai lagi lelaki yang cik Q boleh berkenalan hati budinya.Jodoh tu,Wallahualam.

Dah ubah mindset?Okay,lepastu cik Q #cari masa lapang dan relax myself. Macam mana? Korang cari masa lapang contohnya pada hari minggu korang buat lah activity yang korang suka dan santai je spt travelling, shopping,karaoke,memasak,dan macam-macam lagi.Kadang-kadang perkara yang santai ni,bukan sahaja dapat membantu cik Q move on dgn si crush,malah cik Q dapat release stress lagi.So,carilah peluang freetime dan buat benda yang korang suka.Kalau suka tidur,tidurlah!Ikut korang!

Dah relax belum?Bila cik Q dah relax,cik Q rasa tenang je.Tak fikir byk pasal si crush.Niat di hati nak scroll feed dekat Ig,tetibe ada post baru dari crush pulakkkkkkk.Gambar dia.Lihat je dah menawan di hati.Tak hensem,cuma dah jatuh hati.Nak buat mcm mana ye dok?Haduh,misi move on jadi ape?Cik Q perkuatkan diri.Kalau dia post ke ape ke,Cik Q nak buat apa?Dia bluetick je mesej cik Q selama ni.Pi lantaklah.

Jadi Cik Q #perluaskan kenalan baru.Ya,cik Q mula berkenalan dengan ramai orang supaya lebih ramai kawan yang menghargai cik Q hadir dlm hidup cik Q.Kawan biar ramai,jangan kawan biar satu.Cinta biar satu,jangan cinta biar ramai.Faham?InshaAllah,bila korang jumpa kenalan baru,korang akan jumpa lebih ramai kawan yg korang selesa untuk bergaul macam korang bergaul dgn crush korang dulu.Lama-kelamaan,rasa special feeling kat crush tu akn hilang dgn sendirinya.Tapi it takes time.

Last sekali utk harini,cik Q #luahkan perasaan cik Q di tempat yang sesuai.Hah yang ni ikut koranglah nak luahkn macam mana sekali pun sebab perasaan ni kene all out,baru boleh move on ma!Tapi,BUKAN DEKAT MEDIA SOSIAL.Sekali lagi,BUKAN MEDIA SOSIAL.Sebab cik Q risau awak type bukan2,tak pasal2 jadi viral dan dikecam kerana cinta tak berbalas dan kecewa tahap gaban macam bercerai laki bini.No!Be rasional.Matang.Kalau cik Q,cik Q akan luahkan di Wattpad.Sebuah aplikasi yg membenarkan korang mengarang cerita novel online korang sendiri.Disebabkan cik Q suka mengarang dan menulis,cik Q buat cerita novel di Wattpad yang mengisahkan hidup sebenar cik Q.Dengan cara ni,cik Q dapat luahkan perasaan tanpa diketahui crush dan cerita cik Q itu dapat dihayati oleh pembaca yg mungkin pernah alami apa yang cik Q alami.We stand out together,betul tak? Ada cara lain,maybe korang boleh luahkan perasaan dekat sahabat karib korang.Sebab a friend in need is a a friend indeed.Sahabat baiklah yg memahami korang sehati sejiwa sekepala ye dok?Bukan yg backstabber hokey!

Tpi kan,kalau ada yg berani,korang luahkan lah perasaan korang dekat CRUSH KORANG SENDIRI!Yes,kalau rasa nak confess,confess je lah.Takut kena reject?Alah,,,at least korang ada effort bgitau btul tak?Cik Q tak kisah.Tu pilihan korang.

Kalau bernasib baik,kebetulan pula bila korang confess,rupanya crush korang pun dah syok kat korang sebenarnya!Bahagianya weh!


So tu je lah ye coretan cik Q kalini.Ingat,move on ni susah.It takes time.Tapi,percayalah,Allah knows the best for you.
Sebarkan yang positif.Kerana negatif membawa bahana.Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite pasal crush, i have tons..


Tapi just crush je la, u know suka2 gitu je. Xde la feeling lebih2 sampai nak kawen. For me, suka dengan sayang tu lain. So, any crush that i have just a crush..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa serumit itu moveon daripada seorang crush cuma
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ioll berminat pulak nk tao apa u buat dlm 2thn sblm move on tu...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:02 PM | Show all posts
doa kat Allah dek. dalam 2-3 hari settle n ko move on dah. doanya lebih kurang begini.. ya Allah sang pemilik hati.. seperti mana kau hadirkan perasaan sayang/cinta/kasih ini, maka kau hapuskanlah perasaan ini dari hatiku, sekiranya dia bukan jodoh pilihanmu untukku..

p/s: bukan dari pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi dik. Sebenarnya, lebih mudah untuk move on dengan crush berbanding dengan orang yang kita pernah ada mutual feelings together. It could be your ex boipren/ gelpren, ex tunang mahupun ex wife/ husband.

Dengan mereka ni, kita bukan je develop feelings yang sama - rasa sayang, rindu, geram, marah, cemburu, ragu-ragu, etc, kita juga sama-sama pasang angan-angan untuk pastikan hubungan berterusan sampai ke peringkat seterusnya. You go through a lot with your partner. Kehilangan pasangan bukan biasa-biasa sakitnya. Tak sama dengan apa yang u rasa bila kehilangan orang yang you ada crush.

Explore dunia luar, buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan luaskan pergaulan. Akak doakan adik bertemu dengan orang yang terbaik tak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
My experience bila nak move on dgn crush, senang je. Cuba kau ingat perangai tak semenggah crush tu, confirm move on. Rasa jahat juga diri ni. Tp tu lah. Crush ni tak kekal. Kalau ada perasaan sayang tu, susah sikit nak move on. Time will heal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:52 PM | Show all posts
mesmerize replied at 30-1-2019 09:02 PM
doa kat Allah dek. dalam 2-3 hari settle n ko move on dah. doanya lebih kurang begini.. ya Allah san ...

wow..bestnya ayat ni....terkesima gitu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 02:41 PM | Show all posts
onexox97 replied at 30-1-2019 06:33 PM
Kenapa serumit itu moveon daripada seorang crush cuma

dia x pernah merasa move on dgn benda yg lagi berat dr tu...



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kiyudi replied at 31-1-2019 02:41 PM
dia x pernah merasa move on dgn benda yg lagi berat dr tu...

Moveon daripada yang tidur setilam sebantal lapan tahun lagi susah gamaknya kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:57 PM | Show all posts
onexox97 replied at 31-1-2019 02:52 PM
Moveon daripada yang tidur setilam sebantal lapan tahun lagi susah gamaknya kan.....

kan...kalu dah di nama kan tiada jodoh

tu x heran nk crush2 kan...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059055 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list