CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Pelbagai] KALAU DAH AJAL

  [Copy link]
Post time 30-1-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raihaneem at 31-1-2019 03:59 PM

Ajal tidak lambat walau sesaat..tidak cepat walau sesaat..

Kullu nafsin zaa iqotulmaut...setiap yg mati akn merasai mati..

Mcm kes meninggal terlekat onde2... dah ajal..
Ada film tamil ka hindi..yg ank dia nak operate apendiks rasanya..kena posa. Tp dlm diam ank dia p mkn coklat.

Masa yg sama doktor yg lead operation tu mengabaikan kata2 sorg doktor ka nurse yg bgtau..budak tu ada mkn coklat sbb ada kesan ka apa ntah.

Tp doktor ni proceed jugak pembedahan
Lepas operation dia meninggal...
Budak tu mkn sikiiit ja...to kesan tu bw kematian

Lupa dah film tu tajuk apa. Mmg parents dia fight justice utk anak dia.mmg jahat la doktor tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq,tt...suka,info2 mcmni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada seorang ahli gusti Greek yang dilahirkan pada tahun 600 SM bernama Milo berasal dari Croton. Dikatakan dia sangat kuat apabila mampu menggendong anak lembu yang dibesarkan bersamanya ketika dia masih kecil. Apabila dia meningkat dewasa, Milo mampu mengangkat dengan mudah seekor lembu yang besar dan berotot.

Suatu hari dia berjalan di hutan dan melihat sebuah pohon dengan lubang di dalamnya dan memutuskan ia adalah masa yang baik untuk melatih dan menunjukkan kekuatannya. Dia meletakkan tangannya di atas pokok itu dan mula merobek da menghancurkan pokok tersebut sehingga tangannya terlula dan berdarah. Selepas beberapa ketika, 14 serigala keluar dari hutan (bau darah pada tangannya) menyerang Milo dan memakannya.

Apa yang menarik, ketika mayat Milo dijumpai, dia di kelilingi bangkai serigala. Dikatakan bahawa dia bergelut dengan serigala-serigala itu dengan mengepitnya di celah peha dan bawah lengan.

holisett.bet ess.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kesian

Presiden Harrison meninggal dunia pada bulan Mac 1841 iaitu sebulan selepas mengambil alih tugas ketika memberi ucapan sulungnya selama dua jam dalam keadaan sejuk dan hujan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
yang ni nak kesian ke camne

Kurt Gdel adalah seorang ahli matematik yang sangat cemerlang. Dia sangat memilih dalam pemakanan kerana takut termakan racun. Kurt hanya makan makanan yang disediakan oleh isterinya sahaja. Suatu hari, dia dimasukkan ke hospital kerana demam .... hmm .... dia mati kelaparan. Meninggal dunia pada Januari 14, 1978.


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ni pulak tragis sikit..niat yang baik membawa musibah

Henry II (June 1270 – 31 August 1324), Raja Jerusalem semasa Perang Salib, baginda terjatuh daripada tingkap di istananya di Acre. Seorang individu kerdil bernama Scarlet cuba menyelamatkannya dengan menarik belakang Raja itu.



Tidak disangka-sangka apabila kedua-duanya kehilangan keseimbangan lalu kedua-duanya jatuh sehingga menyebabkan kematian mereka berdua. Dikatakan juga, kemungkinan besar Raja tersebut berpeluang untuk hidup jika Scarlet tidak mendarat di atasnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 30-1-2019 06:39 PM
Beberapa orang meninggal dunia pada tahun 1518 di Strasbourg akibat penyakit menari. 400 orang menar ...

Fakta menarik. Suka baca cerita2 pelik macam ni, meninggal sebab menari pun ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 30-1-2019 03:38 PM

Louis XIV, raja Perancis dari tahun 1643 sehingga kematian baginda yang bermula dengan tragik pada 1715. Baginda meninggal 4 hari sebelum hari keputeraannya yang ke-77, 1 September 1715.



Semua ini berlaku pada tahun 1715, mengikut kronologi

15 Ogos, keadaan kaki kiri Louis XIV membuatkannya menderita dengan teruk. Doktor diraja telah mengesahkan Raja menghidap sciatica dan memberikannya ubat. Walau bagaimanapun, hari berlalu dan Raja masih lagi menderita. Raja hampir tidak dapat tidur dan hilang selera makan.

21 Ogos, empat orang doktor bertemu dengannya. Mereka semua mengatakan bahawa Raja mempunyai sciatica walaupun Louis XIV turut mendapat demam yang teruk. Anehnya, bintik-bintik gelap muncul di kakinya, menjadi buruk dan busuk (ugh). Mereka memberinya brandy kapur barus (camphor brandy) dan memandikan Raja dalam susu keldai.

24 Ogos, pakar bedah berjumpa Raja dan memberitahunya berita buruk. Raja tidak mempunyai sciatica. Kakinya sebenarnya membusuk disebabkan gangren. Dan sudah terlambat untuk  mengamputasi kaki Raja sebab Raja sudah tua dan gangren itu terlalu teruk.

Bermula dari sinilah, ia menjadi menarik. Louis XIV yang dikenali ramai ialah seorang raja yang hebat, pastinya baginda tidak akan menunggu untuk mati begitu saja, sebaliknya Raja memulakan pentas persembahan untuk kematiannya.

Peringkat 1: kematian secara Kristian
- pada 24 Ogos, Raja membuat pengakuan yang baginda akan mati. Pada 25 Ogos, Raja mendapat sokongan ekstrim yang diberikan oleh Armand Gaston Maximilien de Rohan, Grand Almoner dari Perancis (setaraf dengan paderi, Pope)

Peringkat 2: kematian secara sosial
- Juga pada 25 Ogos, seluruh mahkamah diraja melawat Raja semasa baginda baring di atas katilnya untuk melihatnya mati.

Peringkat 3: kematian secara politik
- Pada 26 Ogos, Louis XIV bertemu dengan orang yang akan menjadi raja seterusnya, Louis XV, yang berumur 5 tahun pada masa itu. Dia memberi nasihat kepada Louis XV untuk tidak terlalu bongkak sepertinya, sentiasa menolong rakyat yang memerlukan, bukannya berhabis duit untuk membina istana yang lebih gah. Louis XIV turut meninggalkan amanat supaya raja muda menjadi pemerintah yang aman dan tidak melakukan terlalu banyak perang seperti yang dilakukannya.

31 Ogos, Raja tidak sedarkan diri dan koma. Gangren pada masa itu sudah sampai ke paha.

1 September, Louis XIV akhirnya meninggal dunia

Louis XIV meninggal disebabkan gangrene, bukan sciatica!

Apa itu sciatica?
Rasa sakit, lemah, lali, rasa tegang/cekang atau berdenyut-denyut di bahagian belakang kaki, termasuk di belakang peha dan betis. Ia disebabkan oleh kecederaan atau saraf sciatica yang tertekan atau rosak. Saraf ini memanjang bermula dari korda spina (terbit dari tulang vertebra lumbar) turun hingga ke bahagian belakang betis. Saraf ini mengawal otot-otot di bahagian belakang lutut dan betis, dan kesan sakitnya dapat dirasai sehingga ke bahagian belakang peha, bawah betis sehingga ke tapak kaki.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt..best baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank u TT..info menarik!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 30-1-2019 07:51 AM
Penyebab pada kematian yang amat pelik dan tak disangka

Tu hari ada kes kat Perak. Dua orang perempuan keluar makan rasanya terbabas tepi jalan. kereta rosak dioramg pun turun la. kemudian ada satu kereta hyundai berenti tepi offer pertolongan. hyundai.ni baru je accident 10 minit yang lepas tapi small matter la. tetiba datang satu kereta honda sapu terus dua kereta dan 3 org tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja Adolf Fredrik dari Sweden

Raja Sweden ini (14 May 1710– 12 February 1771) memakan pencuci mulut tradisional Sweden yang bernama "Semla" iaitu sekeping roti yang dimasak bersama krim.



Suatu hari Raja itu sedang berpesta hingga ke pagi semasa isterinya atau Ratu tidak berada di dalam istana. Sang Raja duduk dan dihidangkan Semla kepadanya. Raja itu makan seolah-olah tiada hari esok sehinggalah tidak lama selepas itu .... dia menjerit dan jeritannya didengari pembantu istana. Raja Adolf Fredrik menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas ketika makan Semla.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian Submarine Sokcho 1998 berlaku di luar pantai Korea Selatan, berhampiran bandar Sokcho pada 22 Jun 1998 ketika sebuah kapal selam Yugo milik Korea Utara terperangkap dalam jaring ikan. Krew nelayan Korea Selatan menyaksikan permukaan kapal selam tersebut timbul di gigi air dalam percubaan untuk mengurangkan sub. Ekoran kejadian itu, anak kapal nelayan telah menghantar isyarat kepada tentera laut Korea Selatan untuk memberitahu mereka apa yang sedang berlaku dan corvette dihantar untuk menjejaki kapal selam itu.

Corvette


Apabila corvette itu dilihat oleh anak kapal selam, mereka cepat-cepat masuk ke dalam kapal mereka dan anak-anak kapal corvette terpaksa menyambungkan kabel tunda ke kapal selam tersebut bagi memulakan penundaan kapal ke pelabuhan, di mana di sana masalah ini akan diselesaikan.

Pada suatu ketika, kapal selam tersebut ditarik menuju ke pelabuhan, kru corvette menyedari bahawa mereka telah kehilangan jarak dengan kapal selam itu : kapal selam Yugo telah tenggelam lebih rendah dan tersasar ke dasar laut. Tidak jelas jika Korea Utara melakukan ini dengan sengaja, atau mungkin juga disebabkan kapal selam tersebut pecah subnya akibat proses pembersihan di permukaan air. Mereka memerlukan corvette dengan kapasiti yang besar dalam proses menyelamat itu.

Keesokan harinya, Korea Utara mengakui bahawa mereka telah kehilangan kapal selam semasa latihan dan beberapa hari selepas itu, usaha Korea Selatan untuk menyelamatkan kapal selam Yugo berjaya. Pihak ketenteraan Korea Selatan telah menarik kapal selam yang tenggelam pada kedalaman 30 meter bawah air. Usai kapal selam tersebut berjaya dinaikkan, mereka dapati ada 9 mayat anak kapal meninggal dunia. Lima di antara mereka dibunuh dan empat lagi bunuh diri!!!

Kelakuan tipikal atau mungkin juga tradisi bagi tentera-tentera Korea Utara selepas gagal dalam mentadbir misi-misi seperti ini, pegawai mereka akan bertindak membunuh semua orang bawahannya dan kemudian mereka akan bunuh diri untuk mencegah penangkapan dan soal siasat. Tiada apa yang tersisa. Kayu log kapal selam Yugo yang ditandakan dijumpai sekaligus membawa petunjuk iaitu kapal selam tersebut telah berada di perairan Korea Selatan beberapa kali. Mereka juga menjumpai kotak-kotak minuman yang dijual di Korea Selatan di dalam ruang kapal selam itu membawa petunjuk di mana mereka mungkin dalam operasi risikan, mengumpul maklumat dan data-data di bandar berdekatan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jack Daniel

"Daniel meninggal dunia akibat keracunan darah di Lynchburg pada 10 Oktober 1911. Satu kisah yang menceritakan bahawa jangkitan itu bermula di salah satu jari kakinya, yang mana Daniel tercedera apabila di suatu pagi dia telah menendang peti simpanannya kerana marah apabila peti tersebut tidak dapat dibuka.(dia dikatakan selalu mengalami masalah mengingati kombinasi nombor peti itu). "



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kill...awak baca semua ni ya... extreme... but excitingly triger mind.

tq for sharing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts


Draco, bangsawan dan penggubal undang-undang Athens yang hidup pada abad ke-7. Dia adalah ahli perundangan pertama di Athens.

Beliau terkenal kerana menubuhkan undang-undang keras. Undang-undangnya sangat kejam sehingga hukuman mati diberikan kepada kesalahan kecil seperti kemalasan atau mencuri kubis. Undang-undangnya dipanggil Draconian Laws, sinonim dengan undang-undang yang keras, kejam atau keras itu.

Kematian Draco sendiri tidak begitu membanggakan. Menurut cerita rakyat, dia meneroka pulau Aegina, (di mana dia sangat disayangi oleh rakyatnya) untuk menghadiri majlis pementasan teater sebagai penghormatan untuknya. Orang-orang Aeginian sangat menyayanginya sehingga mereka melemparkan topi dan baju dan jubah mereka ke kepalanya (yang merupakan kebiasaan pada waktu itu, sebagai tanda untuk menghormati seseorang) sehingga dia mati sesak nafas. Selepas jubah dan topi tersebut dialihkan, dia dikebumikan di teater yang sama.

Too much love can suffocate you

Source

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 31-1-2019 12:41 AM
Raja Adolf Fredrik dari Sweden

Raja Sweden ini (14 May 1710– 12 February 1771) memakan pencuci m ...

Sebab dia makan banyak. Raja ni pemalas, nak makan jer

Adolf Frederick died in Stockholm on 12 February 1771 after having consumed a meal consisting of lobster, caviar, sauerkraut, kippers and champagne, which was topped off with 14 servings of his favourite dessert: semla stuffed with almond paste and served in a bowl of hot cream.


Lazatnyaa tapi mati...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts


Philitas of Cos, seorang genius Greek. Membaca dan mencari pengetahuan adalah satu tabiat yang baik, tetapi beliau terlalu obses membaca jurnal. Obsesinya menyebabkan kematian yang sedih dan sia-sia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts


Contoh terjemahan poem Li Bai

Bed before bright moon shine
Think be ground on frost
Raise head view bright moon
Lower head think home       

Before my bed, the moon is shining bright,
I think that it is frost upon the ground.
I raise my head and look at the bright moon,
I lower my head and think of home.




Penyair Li Bai terjatuh dari perahu ketika cuba mencium refleksi bulan di sebelah botnya dan mati lemas.

Cara yang romantis untuk mati, kannn? Buatlahhh, atas nama cinta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts


Basil Brown, seorang pakar pemakanan. Kematiannya agak ironis kerana profesionnya dan berdasarkan hakikat bahawa dia terlalu mengambil berat akan cara pemakanannya. Dia meninggal akibat mengambil dos Vitamin A yang berlebihan, kerana dia minum lebih kurang satu liter jus lobak sehari, memikirkan ia akan memberikan dia kesihatan yang baik. Sigh!

Makan laa berpada-pada

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.200077 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list