CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43496|Reply: 289

Raja Permaisuri Agong Baharu, Ini 7 Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 31-1-2019 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini, rakyat Malaysia merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Ini sekaligus menyaksikan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Raja Permaisuri Agong yang baharu.



Sebelumnya, Tunku Azizah Aminah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baru, 31 tahun sejak pertama kali gelaran ini dikurniakan.





Kredit foto: Instagram







Pemasyhuran telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu majlis penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar. Tunku Azizah adalah Tengku Ampuan Pahang yang kelima dalam sejarah Kesultanan Pahang.





Kredit foto: Instagram







Upacara pemasyhuran bermula dengan peristyiharan pertabalan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang oleh Tengku Muda  Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.





Kredit foto: Instagram







Berikut adalah informasi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mungkin anda belum tahu;


1.Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.





Kredit foto: Instagram



Kredit foto: Instagram







2.Tunku Azizah menerima pendidikan awal rendah dan menengah di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.


3.Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.


4.Dikurniakan 9 orang Putera dan Puteri.



Kredit foto: Instagram



Kredit foto: Instagram







5.Menyandang pelbagai jawatan rasmi antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang, Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991) ,Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011), Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang dan  Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).







Kredit foto: Instagram



Kredit foto: Instagram







6.Seorang yang minat memasak sehingga menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018. Selain itu minat menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja.





Kredit foto: Instagram







7. Dikhabarkan seorang forumner CARI yang aktif, sudah semestinya Baginda ada thread yang khas di sini untuk para forumner mengucapkan tahniah




Semoga keluarga Diraja dikurniakan kesihatan dan dapat memerintah dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku! - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 05:15 PM | Show all posts
No 4 salah fakta.....bukan semua  9 anak dia laaa....ada anak julia rais
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ID permaisuri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 05:39 PM | Show all posts

Patik pun tertanya tanya

Tak pernah berforum dgn dia sekali

Permaisuri bahasakan diri dia apa dlm forum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang forumer Cari. Ini fakta
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 31-1-2019 05:38 PM
Apa ID permaisuri?


Tak salah iols...azmee or azmee06
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah bahasa permaisuri dekat Cari ni seperti kerabat atau marhaen jua? Atau guna sikit bahasa kefonenan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
x kena lah pakai mahkota atas tudung...

buruk...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Brroch bahu baju hijau tu bentuk rama-rama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:01 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 31-1-2019 05:46 PM
Seorang forumer Cari. Ini fakta

betul ... rajin membalas komen ..

dari forum yg dah telah berkubur & skrg di cari ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 06:01 PM | Show all posts
Fesyen Permaisuri ada identiti sendiri

Tapi macam sarat dan semak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:06 PM | Show all posts
ai suka tgk dia memasak
tapi mcm dah xde ig dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
3 perempuan tu anak queen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 31-1-2019 06:17 PM
3 perempuan tu anak queen ke?


yg perempuan cuma afzan dan jehan jer yg anak kndung dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
anak2 JR sume anggun dan lawa2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Perati jer TA salam lelaki bukan muhrim,tak ya..bangga meols ada jgk yg menjaga betul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
CKNine replied at 31-1-2019 09:15 AM
No 4 salah fakta.....bukan semua  9 anak dia laaa....ada anak julia rais

Sauk semua la sis. Kan JR kena dok diam diam. Anak JR yang baru kawin ritu pun kemain buat post ig saying thanks to permaisuri. Untuk mak sendiri maybe cakap f2f kottt. Sis husnuzon.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 31-1-2019 05:55 PM
Adakah bahasa permaisuri dekat Cari ni seperti kerabat atau marhaen jua? Atau guna sikit bahasa kefo ...

Bahasa marhaen biasa je tp sopan la even though byk org kutuk n marah  kerabat kelantan pasal bauksit time tu. Dia reply sikit2 juga elok2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah yg last tu {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen baju dia agak pelik. Especially the broad shoulder pad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.319359 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list