View: 3007|Reply: 30
|
[Tempatan]
Ramai tak tahu Tanjung Atiam titik paling timur Malaysia
[Copy link]
|
|
Titik paling timur Malaysia dibangun
TITIK paling timur di Malaysia yang terletak di Tanjung Atiam, Tambisan, dekat Tunku di Lahad Datu, Sabah bakal dibangunkan sebagai destinasi tarikan pelancongan baharu di kawasan pantai timur Sabah.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Assafal Alian berkata, kedudukannya sebagai lokasi paling awal menerima cahaya matahari di negara ini sangat berpotensi untuk menarik pelancong.
Katanya, Tanjung Atiam yang terletak kira-kira 150 kilometer dari bandar Lahad Datu masih kurang dikenali kerana belum dibangunkan berbanding titik paling hujung pulau Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.
“Ketika ini belum ada prasarana untuk kemudahan pelancongan dibina di Tanjung Atiam dan mungkin atas sebab itu, ia tidak dikenali, walaupun lokasinya sebagai titik daratan paling timur Malaysia sangat strategik untuk tujuan pelancongan.
“Sehubungan itu, kita merancang untuk membangunkan kawasan berkenaan dengan menyediakan tempat untuk rekreasi dan penginapan serta mempromosikannya sebagai lokasi menarik untuk melihat cahaya matahari terbit.
“Selain itu, ada juga cadangan membina balai cerap di kawasan itu sebagai lokasi melihat anak bulan dan menggalakkan peminat aktiviti memerhati bintang datang ke sana kerana lokasinya sangat sesuai untuk mencerap bintang pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, hari ini.
Assafal berkata, usaha membangunkan Tanjung Atiam turut disenaraikan dalam agenda pembangunan di kawasan Tunku, sejajar usaha mengembangkan aktiviti pelancongan kawasan itu.
Menurutnya, kawasan Tunku mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan sebagai lokasi pelancongan, namun kekurangan prasarana dan ketiadaan syarikat pelancongan membawa pelancong ke kawasan itu melambatkan pembangunan sektor berkenaan.
“Kita sebenarnya ketiadaan syarikat tempatan yang berpusat di Lahad Datu mengendalikan aktiviti pelancongan seperti membawa pelancong melawat ke tempat menarik yang ada di sini.
“Jadi, usaha kita sekarang ialah mahu menggalakkan anak tempatan di Lahad Datu menceburi bidang pelancongan dan saya yakin ia boleh membawa pulangan baik bukan saja kepada pengusahanya, malah rakyat di kawasan Tunku dan Lahad Datu,” katanya.
Selain Tanjung Atiam, Lahad Datu turut memiliki beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi pelancong seperti Menara Kayangan di Gunung Silam, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin dan Lembah Danum. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
titik paling selatan tanah besar asia terletak di JDT. yg ni ramai tau tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2019 11:55 PM
titik paling selatan tanah besar asia terletak di JDT. yg ni ramai tau tak?
Tanjung Piai ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2019 11:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
dua_chzy replied at 4-2-2019 11:56 PM
Tanjung Piai ka?
ya betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 4-2-2019 11:56 PM
Tanjung Piai ka?
cikgu x aci jwb
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah wt tmpt perlancongan..kang Kene culik lagi
Wat pengkalan tentera kt situ bagus |
|
|
|
|
|
|
|
menurut kajian tempatan kaka titik paling tengah kt malaysia terletak di sebelah pelamin pian |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk peta mcm titik paling timur borneo gak kawasan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Batu tanda menunjukkan titik paling timur di Malaysia terletak di Tanjung Atiam, Tambisan. (Gambar kanan) Pemandangan menarik pantai di sekitar Tambisan hingga ke Tunku. FOTO Ihsan Pembaca |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2019 11:55 PM
titik paling selatan tanah besar asia terletak di JDT. yg ni ramai tau tak?
Tau. Titik tengah semenanjung tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 5-2-2019 08:31 AM
Tau. Titik tengah semenanjung tahu?
Kuala lipis kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 5-2-2019 08:31 AM
Tau. Titik tengah semenanjung tahu?
ada jugak ka... mcm mana ukur?
bg aku mcm x best la titik tengah ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti cantik sunrise kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-2-2019 09:41 AM
ada jugak ka... mcm mana ukur?
bg aku mcm x best la titik tengah ni....
Pakai arah utara selatan timur barat kot. Ni jupem yg sahkan |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 5-2-2019 09:29 AM
Kuala lipis kan..
Idok. Kat kg paya apa nth kat lanchang. |
|
|
|
|
|
|
|
klu kilometer zero lak kat mna d msia ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 5-2-2019 10:13 AM
Pakai arah utara selatan timur barat kot. Ni jupem yg sahkan
perlu define lg utara sltn tu wajib vertical n timur barat horizontal... or take northernmost and southernmost point then connect with a straight line ka mcm mana...
anyway titik tengah ni mcm xde geographical significance la bg aku |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni aku stuju...nak p perkampungan air semporna pun i takut sbb kat sana byk nelayan2 bebas memukat jauh2 kot2 yg naik ke darat org abu sayap ke kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-2-2019 12:16 PM
perlu define lg utara sltn tu wajib vertical n timur barat horizontal... or take northernmost and ...
Kena cari huraian jupem plak nih. Signifikan tarak apa sgt la kot utk pelancongan tp mungkin scientifically ada alat yg perlu letak kt titik tengah ni nk measure apa2? Haha. Ok dh melalut. Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
anastasia7 replied at 5-2-2019 10:14 AM
Idok. Kat kg paya apa nth kat lanchang.
Oo ya ka...br iols tau
Sebab iols oenah snap pic 0km kat pejabat pos lipis tu..hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|