JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
2920
View
61
Reply

Kisah leftenan muda RAMD terjumpa langsuir di hutan ketika operasi

[Copy link]

Author: wnwa05       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-2-2019 11:38 AM | Show all posts |Read mode





LANGSUIR

Langsuir ni orang kata, macam pontianak, satu jenis setan yg amat hodoh, mukanya kulit kusam dan macam daging hanyir. Tak pakai kain putih macam dalam tv, tapi kainnya warna kotor koyak2. Langsuir ni tak ada tuan, duduk tepi hutan. Kalau dia terbang dia mengilai bunyi ieee ieeeek iekkkk... Suka bertenggek bercangkung di dahan pokok, jarang turun ke tanah. Dia suka ikut orang berjalan di belakang.

Kawasan dia selalunya di alor anak sungai kecil di kepala bukit. Kalau kita berani jerkah dia tengah bertenggek, dia akan terbang sampai terkencing. Air kencingnya amat busuk! Kalau kena baju kita, memang kena bakar je baju tu sebab baunya tak hilang. Dia panggil nama kita dengan suara seram dia. Itu orang yg kata.. saya bukan pakar hantu ye! 😅

ini pengalaman saya, baca perlahan-lahan=

Tahun 1999, waktu itu saya baru pangkat Leftenan Muda berumur 22 tahun, didalam batalion ke 16 RAMD diarahkan bertugas operasi keselamatan di sempadan. Kami masuk Op Pagar. Namanya Op Pagar kerana kami betul-betul ditempatkan di tepi pagar sempadan Malaysia Thailand.

Selari dengan pagar itu, ada 1 jalan mini tar yg menyambungkan pos-pos kawalan tentera. Dulu ada 13 pos penempatan tentera yg ada ketika itu (sekarang saya tak tahu berapa yg ada). Ketua kompeni saya ditempatkan di pos no 10, betul-betul di hujung ladang Mardi Bukit Tangga, belakang UUM.

Saya pula diletakkan di pos no 11 (sekarang pos itu dah ditutup, gambar ada dibawah) . Jadi kedudukan kami betul-betul di tepi hutan di sempadan negara. Pos 11 ini unik, ada 6 buah pondok penginapan dibuat dari kayu beratapkan zink, yg muat hanya 2 orang saja tiap pondok. Kiranya macam pondok tunggu durian, cuma berdinding dan ada katil kayu kecil.

Tak ada paip air, hanya guna air hujan dan perigi kecil. Kalau tak hujan, kami minum dan mandi guna perigi yg keruh itu. Eletrik pun tak ada, hanya ada generator kecil, itupun dipasang hanya 3 jam setiap malam untuk jimat bekalan minyak. Jadi siang malam pos kami ini hanya kedengaran bunyi2 hutan saja sebagai hiburan. Kami duduk situ selama 2 bulan. Itulah namanya pengorbanan.

(Tentang tugas-tugas dalam operasi, saya tak perlulah cerita. Kita tumpu pada kisah langsuir saja ye?)

Selepas seminggu duduk disitu, langsung tak hujan, masalah air sudah kritikal. Jadi saya pun cari punca air di keliling pos. Kebetulan, ada satu alor anak sungai yg jaraknya 150m dari pos tapi dalam hutan. Air di alor itu amat kecil, hanya meleleh sebesar ibu jari saja. Saya pun arahkan semua platun saya buat gotong royong bina empangan air kecil dengan pokok-pokok untuk takung air itu. Selepas 3 hari, siaplah empangan kecil kami, sedalam 1 meter. Besarnya pun hanya dua depa. Bolehlah buat mandi dan air nak memasak.

Satu malam, lebih kurang jam 8 malam, selepas generator sudah on, dua orang anak buah saya dalam gelap pergi ke tadahan air itu nak ambil air untuk masak. Sampai di situ, mereka suluh dengan lampu, nampak satu lembaga perempuan rambut panjang, tengah mencangkung dan macam kunyah bangkai katak! Dengan darah penuh di mulut dan badannya. Apalagi, terkejut dan larilah anak buah saya. Mereka beritahu saya hal itu, saya hanya diam saja tak kata apa-apa.

Selepas generator ditutup pukul 9 malam, pos jadi gelap gelita... Saya cuba tidur tapi tak boleh kerana hati rasa tak tenang. Tiba-tiba... ada suara lembut tapi seram, saya dengar di balik dinding kayu pondok saya... Fitriiiiiii.... fitriiiiii... mariiiii... fitriiii...

Terus saya bangun dan capai senjata M16 carbine saya dalam gelap. Saya jerkah, Hoiiiii!!! Terus benda tu pergi jauh sambil mengilai eiiiii eiiiik eikkkkkk eeiiiii.. jantung saya berdebar, apa pula dugaan aku kena ni! 😰

Saya jerit panggil pengawal yg bertugas menjaga pos waktu malam, Guard! Siapa yg bertugas sekarang? Senyap, tak ada balasan. Saya panggil lagi... senyap lagi. Ishhh, mana pergi askar aku ni. Mati dah ke? Detik hati saya. Saya ambil lampu suluh, berjalan ke tempat pos pengawal. Laa, tertidur rupanya dia. Keletihan tugas meronda waktu siang tadilah tu.. Hmmmm.. 🤔

Esoknya, waktu nak mandi pagi, saya turun ke tempat itu. Betul, ada beberapa bangkai katak yg sudah digigit dan dihancurkan. Saya pandang ke atas lihat keadaan pokok dikeliling situ sambil dengar suasana yg sunyi... oh, rupanya aku dah salah tempat buat tempat empangan ni. Patutlah, aku terlupa. Kelam kabut waktu cari punca air, sampai lupa nak ikut petua. Aduhhhh.. dah nasib. Hadap sajalah

Malam itu, OC saya, Mejar Rosli bin Hassan, yg berada di pos no 10 panggil saya ke pos dia untuk mesyuarat. Alamak, dah la jauh dari saya, waktu malam pulak tu. Tak kan saya nak kena jalan kaki di mini tar tengah hutan yg gelap seorang diri? Aduhhhhh...

Mejar Rosli panggil saya dengan radio tentera, suruh saya ke tempat dia untuk mesyuarat. Saya pun mahu tak mahu, kena pergi walau terpaksa jalan kaki seorang diri. Taat Setia saya sebagai askar melayu, perintah boss saya patuhi. Pukul 8.30 malam, saya bawa senjata M16 saya, saya mula jalan kaki di jalan tar mini itu sejauh 2 km menuju pos no 10.

Saya bawa lampu suluh, tapi saya tak guna pun, kerana saya tak mahu tarik perhatian binatang liar. Jadi saya berjalan dalam gelap, hanya guna cahaya bulan sabit saja. Sedang berjalan di jalan mini tar yg dikiri kanan hanyalah hutan, tiba tiba berbunyi... prakkkk prakk, bunyi ranting dipatahkan. Saya berhenti. Pandang kiri kanan, saya risau kalau-kalau binatang liar. Saya cekah senjata dan bersedia, saya tidak bergerak. Saya perhati betul-betul dikiri dan kanan.

Tiba-tiba.. didepan saya, lebih kurang 50meter di atas jalan tar itu, saya nampak susuk macam perempuan sedang berdiri. Allahhhhhuakbar! Saya cepat-cepat buka lampu dan suluh. Ya Allah... langsuir! Sedang berdiri tegak dengan rambut panjang di tengah jalan menghalang jalan saya nak ke pos Mejar Rosli. Dalam hati, aaahh kena dah aku kali ni. Saya mula rasa takut.

Saya terus teringat ilmu guru saya beri. Saya melutut di tanah, dua-dua jari manis saya pula tikam ke tanah. Saya tarik nafas dan baca auzubi kalimatillahi ttammatimin syarri ma kholaq 3kali, al fatihah 1 kali, baca 3 qul, dan baca innajaalna fianaqihim ...sampai habis.. (ayat 8-9 surah yasin). Lepas itu saya tarik nafas, tahan, saya sapu kening-kening saya dengan jari manis, sapu muka dengan tapak tangan dan sampai ke dada.

Saya tepuk dua-dua tangan saya ke tanah dan jerit Allahuakbar!! Terus saya bangun berdiri tegak. Hilang rasa takut, terus jadi garang seperti harimau. Nafas saya di hidung jadi panas dan mata saya jadi tajam. Saya lihat langsuir itu masih berdiri. Saya jadi marah terus berlari kejar kearah dia. Langsuir itu terus terbang ke arah hutan.

Saya berhenti kejar dia, dada saya naik turun. Saya terus berzikir nafas para wali.. Ya Rahman waktu tarik nafas, dan Ya Rahim ketika lepas nafas. Tenangkan degupan jantung. Saya teruskan berjalan ke depan sambil jari genggam senjata saya dengan kuat. Mulut dan nafas terus berzikir.. ya rahman.. ya rohim..

Setelah sampai di tempat Mejar Rosli, beliau ajak saya minum teh dan makan kueh. Laaa.. saya ingatkan dia panggil ada mesyuarat, rupanya dia tengah bosan dan saja nak ajak saya layan cerita hindustan dengan dia. Waktu itu baru keluar VCD cerita Kuch Kuch Hota Hei.. aduhai, saya tepuk dahi, layan je lah, dia kan boss saya. 😅

Maka saya pun layanlah cerita hindustan dengan dia. Habis saja, dia sambung pula dengan Dil To Pagal Hei. Tempat dia tak apa, generator ada dua, stok minyak pun banyak, jadi boleh on generator sampai lewat malam.

Pukul 2 pagi, tamat dah semua cerita hindustan itu. Saya minta tolong dari Mejar Rosli untuk hantar saya pulang ke tempat saya. Nasib baik dia bagi kereta land rover dia. Kalau tidak, terpaksalah saya jalan kaki semula ke tempat saya. Pemandu Mejar Rosli dan seorang lagi anggota tentera, hantar saya pulang pukul 2.30 pagi. Selamat saya... 😅

Beberapa malam tiada gangguan.. tapi, di satu malam selepas itu, dalam gelap gelita, sedang saya nyenyak tidur di pondok saya, tiba-tiba ada benda jatuh atas atap zink saya. Gedegummm bunyinya. Saya terjaga. Kemudian bunyi di atap zink anak buah saya pula, gedegum! Berdentum pula ke pondok-pondok lain. Bunyi mengilai mula kuat eeeiiikk eeiii eeeeiikkk. Saya capai senjata M16 dan terus keluar dari pondok. Saya tengok anak-anak buah saya pun keluar dari pondok masing- masing. Celaka punya langsuir. Dia lompat dari bumbung ke bumbung sambil mengilai!

Tuan, disini tuan! Anak buah saya panggil saya. Cepat-cepat saya suluh arah dia tunjuk. Kami nampak langsuir sedang peluk batang pokok yg tinggi sambil pandang kami di bawah dengan muka yg garang. Saya baca kaf ha ya ain sod.. ha mim ain sin qof.. . terus saya tembak dia. Pommm! Dia hilang dari pandangan. Cepat buka generator, pasang lampu semua! Saya arahkan. Tengok jam, pukul 2 pagi. Ah, ini semua masalah ni, saya sebagai ketua, kena cari jalan. Kalau tidak, macam mana kami nak duduk sini buat operasi 2 bulan!

Esok malamnya, saya duduk bersendirian dan mula baca ayat2 Quran seperti yg guru saya ajarkan. Saya seru panggil ketua jin Islam yg saya berkenalan waktu saya operasi Gubir di hutan Empangan Ahning, Kedah (baca kisah sebelum ini).. Beliau tiba dalam pondok saya, dengan bau yg wangi, beri salam dan berbincang dengan saya.. Beliau setuju untuk hantar jin-jin Islam bantu saya kawal kawasan itu sementara saya sibuk buat kerja-kerja operasi disitu.

Sejak itu tak ada lagi gangguan dari langsuir itu. Tamat dua bulan operasi, saya pulang ke kem di Kelantan, dan jin2 islam itu juga pulang ke tempatnya. Apa jadi pada orang yg operasi selepas saya, entahlah. Pandai-pandailah mereka bawa diri. (Atas sebab peribadi, saya sudah putuskan segala hubungan dengan semua jin islam itu di Masjid Jin, Mekah sewaktu saya umrah tahun 2013)

Pengajaran=
1. Kalau kamu ajar diri dan keturunan kamu jadi penakut, maka segala makhluk lain akan jadi berani pada kamu. Orang yg berani jarang dapat hidup lama atas dunia.. Dan orang yg penakut tidak pernah rasa sebenar-benar hidup atas dunia.

2. Jika kamu belajar dan hafal 100 ilmu sekalipun, tapi hati kamu tak yakin dengan ilmu yg kamu sudah belajar .. maka ilmu itu tidak akan jadi ilmu yg ada hikmat dan tidak memberi manfaat. Jangan jadi burung kakak tua, kamu itu manusia. Jadi.. biarlah belajar sedikit tapi yakin sepenuh hati, dari belajar banyak tapi tidak berguna sampai ke mati.

3. Belajarlah ilmu moden dan ilmu tradisional untuk kelangsungan hidup. Tetapi syaratnya.. Ilmu moden dan ilmu tradisional kenalah saling melengkap, bukan saling melingkup.

Akhir kata dari saya, insan kecil dari kampung yg merantau mencari rezeki di tempat orang.. Saya bukan insan yg hebat, Allah saja yg Maha Hebat.

Begitulah kisah pengalaman saya melawan langsuir. Cukuplah 3 kisah saya mistik saya sudah cerita (setan di rumah, jin islam di hutan, langsuir di operasi). Cerita-cerita saya yg lain, biarlah saya cerita pada anak cucu saya dimasa depan. Sekian.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:17 PM | Show all posts
best citer ni.. amik dari mana ni? share please
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:11 PM | Show all posts
taji2906 replied at 7-2-2019 12:17 PM
best citer ni.. amik dari mana ni? share please

Follow fb Mohd Fitri
pegawai ATM

ada la a few cerita dia ops dulu2

sekarang dah duduk mindef tak silap

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:23 PM | Show all posts
macam-macam gak cerita dia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:27 PM | Show all posts
cerita best tp gambar kt bwh tu buat aku meremang plak...dh opis ni mmg ade hantu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:51 PM | Show all posts
jalan dlm gelap 2km semata2 nk teman tgk hindustan
ni mmg rare
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:56 PM | Show all posts
Baiklah, atas permintaan ramai, saya letak semula beberapa cerita pengalaman saya dengan binatang2 buas dan cerita mistik.

Ada banyak kali dalam hidup saya, saya hadapi benda-benda macam ini. Saya akan kongsi disini beberapa saja pengalaman saya. Kisah2 lain, biarlah jadi kenangan saya. Saya minta 1 perkara saja dari sahabat semua, iaitu waktu baca kisah2 saya ini, TOLONG JAGA IMAN masing-masing, itu saja. Gambar sebagai ilustrasi saja.. Jadikan ia pengajaran.

Saya ceritakan semula kisah pertama

JIN / SETAN DIRUMAH =

Tahun 2007, saya berpindah dari Kedah ke 22 RAMD di Sandakan, Sabah. Oleh kerana bini saya (bekas isteri dah) taknak ikut saya, maka saya pindah seorang diri. Saya sampai dengan kapal terbang, dan barang-barang serta motosikal saya dalam kontena naik kapal laut. Jadi untuk sementara, saya duduk di bilik pegawai bujang dalam mess pegawai.

Kebetulan, hanya ada 1 saja rumah pegawai yg kosong. Sebuah rumah kayu pattern lama yg terletak dihujung kem, tepi hutan. Ramai anggota tentera bercerita jumpa macam-macam benda pelik dan jelmaan di rumah itu sewaktu mereka buat ronda keselamatan kem. waktu malam... Saya serba salah juga nak duduk situ, tapi kalau tak duduk, mana nak letak barang-barang rumah saya satu kontena? Tak kan saya nak tunjuk penakut, saya kena tunjuk contoh pada anggota tentera bawahan saya, walau saya bukan berani sangat...

Setelah 2 bulan di Kem Sandakan, baru barang-barang rumah saya sampai. Saya guna trak askar dan beberapa anak buah tentera ambil barang rumah di pelabuhan Sandakan. Ketika sampai di rumah itu, selepas turunkan semua barang, saya tunggu disitu dan check barang-barang saya. Trak askar dan anak2 buah patah balik ke pelabuhan untuk ambil lagi barang2 yg lain.

Tiba-tiba saya tengok, sofa saya terangkat sendiri. Terapung setinggi dada saya! Saya terkejut dan perhati saja sambil dalam hati baca ayat Quran. Saya hentak tumit kaki kanan ke lantai, baru sofa itu jatuh berdentum kuat kebawah. Kurang ajar punya jin setan, masih siang terang benderang pukul 3 petang, dah kacau saya!

Selepas magrib, semua barang-barang rumah saya dah sampai di rumah. Memang berteraburlah, baru pindah masuk. Saya tinggal seorang diri. Lepas mandi, elok ketika saya keluar dari bilik air, saya tengok basikal roda tiga milik anak saya, bergerak sendiri kayuh sendiri. Saya diam je perhati.

Malam itu, saya tidur dengan buka lampu di master bedroom. Saya tak baca apa-apa ayat, nak tengok apa lagi permainan jin setan ni. Terjaga entah pukul berapa, tengok dah gelap. Pandai pula setan ni main suis lampu. Saya on semua lampu dan sambung tidur...

Tiba-tiba, jari kaki saya di tekan. Saya terjaga, saya nampak dengan jelas, satu lembaga hitam badan tegap besar dengan muka gelap mata garang sedang berdiri di hujung katil saya. Saya tarik selimut, tutup mata, istigfar dan baca ayat 4. Saya tengok semula, dah hilang benda tadi. Tapi saya dengar suara seperti jin setan itu gelak kah kah kah kah dengan kuat di ruang tamu. Seperti dia gelakkan saya. Mmmm.. 🤔

Ini yg buat saya serabut. Ini baru hari pertama, macam mana saya nak duduk rumah ini bertahun-tahun ni????

(ok.. iklan. Pergi bilik air untuk kencing sekarang. Yg masih merokok, hisap rokok dulu sebatang. Saya dah berhenti merokok dah)
Sambung.....

Selepas kena bermacam ujian seperti yg saya cerita di atas tadi... Esok paginya waktu pejabat, anak-anak buah saya pandang saya dengan pelik. Ada yg bertanya, Tuan, ok ke tidur rumah tu semalam? Saya jawab, Ok je, aku tak mati lagi. Saya cari dan tanya pembantu saya, Koperal Zaidi, kenapa tak pergi kemas rumah saya pagi ni? Dia cakap dia takut nak kesitu seorang diri. Tak apa, saya faham apa dia rasa.

Pukul 3 petang, saya naik motor balik ke rumah itu. Niat hati nak mandi, tukar baju dan rehat, sementara nak pergi aktiviti sukan petang. Tapi sampai saja di depan rumah itu, saya nampak satu perempuan rambut panjang, muka gelap, berdiri rapat dengan tingkap rumah saya di ruang tamu. Terdiam saya di depan rumah. Adoii, celaka betul jin setan ni. Semalam dah kena, ni kena lagi. Siang-siang pulak tu. Saya patah balik ke pejabat.

Lepas makan malam di mess pegawai, saya ke rumah saya. Mahu atau tidak, saya kena hadapi semua ini seorang diri. Dalam gelap saya buka suis-suis lampu. Saya pegang Quran, saya duduk bersila di tengah ruang tamu, saya bakar kemenyan arab dan gaharu. Mula berasap ruang tamu.

Saya seru panggil jin setan yg ada situ mengadap saya. Terus ada suara betina mengilai dan suara setan jantan bergelak ketawa. Bunyi serumpun pokok pisang di luar dapur pun macam dihentak-hentak. Saya pertahankan diri saya. Saya terus cakap dengan keras=

Kau ni dah melampau! Kau ingat ini rumah siapa? Ini rumah aku! Ini rumah manusia, manusia yg bina rumah ni bukannya kau jin setan. Kalau kau nak rumah kau, kau buat rumah kau sendiri! Tunjuk pada aku 1 tiang atau 1 dinding yg kau buat. Tak ada kan? Kalau kau dah menumpang tu, buat cara menumpang. Kau ingat aku sebagai umat Nabi Muhammad ini nak merayu takut pada kau, macam aku ni anak cucu kau? Sejak bila atok nenek aku kawin dengan kau? Aku yg khalifah dan ketua kat bumi ni, bukannya kau!

Sekarang aku tak mahu kau kacau aku. Rumah ini ada 4 bilik. Bilik tidur aku, ruang tamu dan dapur, ialah tempat aku nak guna. Bilik lain kau nak buat apa, kau punya pasal! Jangan kacau tempat aku. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Kau rasa kau hebat nak kacau manusia ni? Kau ingat kau boleh kacau dan takutkan aku? Apa kau rasa kami manusia tak akan buat apa-apa? Kalau kau cuba buat apa-apa, aku bunuh kau! Kalau aku tak dapat bunuh kau, manusia lain akan bunuh kau. Faham?!

Terdiam dalam rumah... Tak ada lagi suara mengilai dan ketawa. Saya terus buka quran, baca Al Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul, surah Yasin dan surah Al Jin. Saya tulis 33 kali bismillahirrahmanirrahim di pinggan putih dengan kayu berduri dan air mawar, saya renjis di setiap dinding bilik saya, ruang tamu, dan dapur.

Sejak itu tak ada dah gangguan di bilik tidur saya, ruang tamu dan dapur. Bilik-bilik lain, saya tak masuk langsung, lantaklah jin atau setan tu nak buat apa. Kalau ada pegawai-pegawai muda yg baru masuk kerja melapor ke kem saya, saya kenakan mereka, dan suruh mereka tidur bilik-bilik yg berhantu itu beberapa malam. Padan muka kena cakar, kena kacau hehehe. Saya memang nakal, tapi nak mendidik mereka jadi berani juga. 😅

(Rumah-rumah situ sudah diroboh dan dibina kem dan perumahan baru. Saya orang terakhir yg duduk rumah itu 3 tahun berseorangan)

*Pengajaran= Jin atau setan ini, perangai sama macam anjing. Tengok anjing. Kalau anjing tu ada tuannya, wah, punya samseng dan garang anjing tu. Tapi kalau anjing liar tidak bertuan, konon garang juga, tapi kalau kita tunjuk kita lagi garang, anjing liar akan takut pada kita. Sama juga pada jin dan setan. Hidup kena berani, kita khalifah di bumi ini*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 01:57 PM | Show all posts
aku curik dr fb dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah makcik Aku Kat kulim blkg umah die Ade kebun sawit n kul 3@4 pg da bangun tuk standby masak coz die Ade bukak kedai makan bekpes...n kata makcik Aku die da lali dgr bunyi acik ponti nie mengilai n kdg2 main pintu blkg umah die...memula duk dulu mmg takut la n lelama da lali n acik ponti pun x kaco die lg dah cume sekali sekala Ade la dgr die ngilai...

Time ank pompuan die kahwin abg si pengantin pompuan a.k.a sepupu Aku n adik badik ngan sepupu yg lain kul 12 tgh mlm ke 1 tgh lepak bwh pokok Kat tepi umah die n acik ponti pun ngilai la ape lg sepupu sepapat nie g amik torch light amik Kayu g terjah Cari acik ponti tu sampai die ilang ke sawit situ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan ni kalau kita berani,dia pun takut dengan kita..Aku pun ada kisah sergah jin setan ni,sekali  kat opis, sekali kat silverpark resort Bukit Fraser.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:26 PM | Show all posts
tricomonas replied at 7-2-2019 03:48 PM
Setan ni kalau kita berani,dia pun takut dengan kita..Aku pun ada kisah sergah jin setan ni,sekali   ...

apa lagi.. share la sket story nyer
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:26 PM | Show all posts
Saya pandang ke atas lihat keadaan pokok dikeliling situ sambil dengar suasana yg sunyi... oh, rupanya aku dah salah tempat buat tempat empangan ni. Patutlah, aku terlupa. Kelam kabut waktu cari punca air, sampai lupa nak ikut petua. Aduhhhh.. dah nasib. Hadap sajalah

-----------------------

sape tau apa petua nya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:02 PM | Show all posts
tricomonas replied at 7-2-2019 04:58 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1141319&extra=page%3D1

dah boss..

dah baca. menarik kisah nya.
banyak pulak kisah angker kat bukit fraser nih.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:09 PM | Show all posts
brego replied at 7-2-2019 05:02 PM
dah baca. menarik kisah nya.
banyak pulak kisah angker kat bukit fraser nih.

aku terbayang sampai sekarang muka pocong tu walaupun nampak sat je..hitam dan sedih paras nya..mungkin dia sejuk kot kena duty time tu..hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:12 PM | Show all posts
tricomonas replied at 7-2-2019 05:09 PM
aku terbayang sampai sekarang muka pocong tu walaupun nampak sat je..hitam dan sedih paras nya..mu ...

berani betoi.
masa sergah hantu dalam bilik air tu, anak bini tak terjaga ker?


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 7-2-2019 05:12 PM
berani betoi.
masa sergah hantu dalam bilik air tu, anak bini tak terjaga ker?

Diorang langsung tak sedar..malah masa aku tanya dengar tak suara aku menjerit ,wife aku boleh kata dia tak tahu apa langsung
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 08:07 AM | Show all posts
lee_sakura replied at 7-2-2019 01:27 PM
cerita best tp gambar kt bwh tu buat aku meremang plak...dh opis ni mmg ade hantu

cite la pasal ofis ko plak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 02:12 PM | Show all posts

TQ ...boleh lah tolong tepek lagik
iols xder fb

btw dia ni masih dalam perkhidmatan lagi ke dah bersara?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:54 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 8-2-2019 02:12 PM
TQ ...boleh lah tolong tepek lagik
iols xder fb

nanti saya coba...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Best betul ceritanya. Tt, tepek lagi. Kalau ada tentera kita dalam forum ni, kongsi2 juga kisah paranormal anda  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku follow fb tn ni lama dh. Mcm2 cite tn ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia up status psal copy paste.. Rmai yg copy kot cite ni.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 12:04 PM | Show all posts
somi aku komando...dia ckp nk masuk utan nih kena ade pndinding gak jgn tau nk redah je...dia pening ngn askar2 muda skrg nih xnk dh nk blajar petua2 org2 lama, somi aku cakap surah yassin dia leh baca xprlu nk tngok ayat n ade bberapa surah leh hafal, Iman kna kuat ingat Allah sllau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raihaneem at 10-2-2019 12:29 PM

Bestnya kisah dia..pengajaran tu pun mmg bagus. Kata2 org berilmu dan penuh pengalaman. Org gini kalau ajak dok sembang share ilmu..mau berjam tak abis..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054553s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list