CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 8

[Tempatan] 10 Minit Kutip Cebisan Otak

[Copy link]
Post time 12-2-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nurul Hidayah Bahaudin

Anggota APM membantu mengutip cebisan otak mangsa selepas kepalanya pecah akibat digilis lori tangki. FOTO Ihsan APM
LELAKI maut selepas digilis sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa, Abd Rahman Ismail berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Mejar (APM) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 4.57 petang tadi.

“Seramai empat anggota APM Kuala Selangor yang bertugas di Plaza Tol Rawang bagi Op Selamat 14 (Operasi Selamat 14) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mayat mangsa di antara lorong kiri dan tengah laluan terbabit dalam keadaan kepalanya pecah akibat digilis lori tangki berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Muaz berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengutip cebisan otak mangsa di atas laluan berkenaan.

“Difahamkan kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa bergesel dengan lori tangki terbabit sebelum dia diseret kenderaan itu sejauh kira-kira 200 meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 7:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggota APM membantu mengutip cebisan otak mangsa selepas kepalanya pecah akibat digilis lori tangki. FOTO Ihsan APM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga. Ngerinya kena seret dan gilis lori tangki
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:07 PM | Show all posts
takziah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu Innalillahiwainnalillahiroji'un. Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kene langgar Lori mmg kecederaan cmni..x paham Aku nape kecederaan arwah adib dikaitkn  dgn trak Bomba nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah.. Salam takziah buat keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069098 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list