Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
991
View
6
Reply

Misteri Yang Tak Pernah Terungkai, Jambatan Berhantu Yang Buat 600 Ekor Anjing Bunuh Diri

[Copy link]

Author: alfiezuki       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-2-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Pakar penyelidik tidak dapat merungkai misteri di sebalik sebuah jambatan lama yang telah mengakibatkan lebih 600 ekor anjing mencuba untuk membunuh diri.

Saintis, pakar haiwan serta penduduk sekitar tampil dengan andaian mereka sendiri dengan mengatakan insiden itu diakibatkan oleh perangai anjing yang terlalu 'excited' ataupun dirasuk lembaga lagenda yang dikatakan telah menghuni sebuah istana usang yang terletak tidak jauh daripada jambatan terbabit.


Mirror UK menyatakan, penduduk setempat kejiranan West Durbartonshire, Scotland rata-rata mengakui bahawa insiden ini berhubung kait dengan lembaga 'Wanita Putih' yang telah menghuni sebuah istana usang itu selama lebih 100 tahun.






Paul Owens merupakan seorang guru sekolah yang sering menggunakan jambatan tersebut untuk aktiviti riadahnya pada sebelah petang. Dia mendakwa terdapat satu tenaga misteri yang seakan-akan menolaknya jatuh dari jambatan itu. Pada tahun 1994, Kevin Moy, seorang bapa tunggal secara tiba-tiba mencampak bayinya ke bawah jambatan usang itu sebelum membunuh dirinya sendiri.


Terdapat beberapa papan tanda disepanjang jambatan tersebut yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa memerhati tingkah laku anjing mereka apabila berada di sana.



Animal Planet telah menghantar pakar anjing mereka untuk membuat tinjauan serta mengenal pasti punca kejadian misteri tersebut. Ketua kumpulan tersebut iaitu Dr David Sands menjelaskan bahawa jambatan tersebut sememangnya mempunyai aura yang misteri.


Dia sendiri merasakan aura tersebut apabila menjejakkan kakinya disana buat pertama kali sehingga membuatkannya berminat untuk mengetahui apa yang terdapat pada kaki jambatan tersebut. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu bawak kucing kat situ mcm mana ye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:38 PM | Show all posts
seram la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 01:06 PM | Show all posts
wow.. menariknya.. so ada kajian tak kenapa dogs menggila kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:35 PM | Show all posts
mungkin masih mengkaji..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:52 PM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 13-2-2019 04:59 PM

I pernah baca pasal ni. Ada sorang penduduk sana komen, dia pernah bawa anjing dia jenjalan atas jambatan tu (on leash). Anjing dia macam curious pada sesuatu ke arah mansion tu. Sampai terlompat-lompat nak tengok, nasib baik tak jatuh. Dia kata kat tepi jambatan tu macam ada satu dinding lagi, so mungkin sebab ni anjing tu nak lompat padahal takde apa pun.  

Ada jugak orang sana kata sebab dulu katsitu ada ladang ternakan minks, lama-lama populasi minks katsitu besar. Jadi mungkin bau sisa buangan binatang comel tu mengalir dalam air bawah jambatan tu. And minks definitely have a smell that can drive dogs wild.

Lagi...tu bukan istana usang, tapi rumah lama. Siap ada terowong yang diguna masa WW2 lagi kat bawah rumah tu. Asalnya rumah tu hak kerajaan tempatan (diderma oleh seorang Lord) tapi kerajaan pulak pergi 'sewa' kepada seorang American minister hal ehwal agama (or pastor) untuk baikpulih dan jaga rumah + kawasan tu. Tapi apa yang dia buat, dia buat macam harta sendiri. Halang orang luar dari mendekati kawasan rumah tu. Dia buat pagar lah, lepastu takutkan orang yang nak melawat lah. Tak jauh dari rumah tu ada pantai cantik yang dulunya penduduk selalu lepak tapi sejak pastor ni amik alih, dia takutkan penduduk jadi orang pun dah tak pergi sana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk docu pasal ni kat tv dulu. It was debunked something pasal graviti ke apa ntah tapi iol still percaya ada supernatural forces sebab just dogs yang affected and animals kan boleh sense makhluk halus.. especially dogs.
And i think its on a leash? Or new phrase on a lead?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.106691s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list