Isu perkauman merupakan isu yang amat sensitif tidak kira walau di mana jua. Di Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami isu perkauman.
Ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum berlainan terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai bangsa.
Baru-baru ini, kecoh apabila sekumpulan wanita menerima resit bayaran yang tertulis 'Asian' ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Auckland, New Zealand.
Kredit foto: Nz herald
Menurut pengurus restoran berkenaan iaitu Arvind Kumar, salah seorang staf mereka mencetak perkataan Asians pada resit itu bagi memudahkan restoran itu mengenal pasti meja kumpulan wanita tersebut, lalu secara tidak sengaja memberikan resit itu kepada mereka.
Ia terjadi kerana terlalu ramai pelanggan yang berkunjung ke 'The Falls Restaurant and Cafe' pada hari tersebut dan kumpulan wanita itu duduk di meja yang tidak mempunyai nombor.
Kredit foto: Facebook page
Arvind Kumar mengakui ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan oleh pekerja baru di restoran mereka dan berjanji insiden sebegini tidak akan berulang lagi.
Sementara itu, kumpulan wanita tersebut terkilan dengan apa yang berlaku memandangkan mereka dilahirkan di negara berkenaan dan tidak menyangka isu bangsa akan dikaitkan dengan mereka.
Benarkah memberi gelaran Asian itu bersifat perkauman? Atau adakah mereka yang terlalu sensitif?
Rasanya orang Asia yang dilahirkan di negara Asia sendiri kebiasaannya bangga jika dikenali sebagai orang Asia berbanding mereka yang lahir di negara asing. Betul atau tidak? - CARI |