CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2658|Reply: 33

[Tempatan] Dividen 6.15% Simpanan Konvensional 2018, 5.90% Simpanan Shariah - KWSP

  [Copy link]
Post time 16-2-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SABTU, 16 FEBRUARI 2019 @ 12:41 PM

KUALA LUMPUR 18 FEBRUARI 2018. Menara KWSP, Jalan Tun Razak. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion dan 5.90 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding 2017.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93 peratus melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68 peratus untuk Simpanan Shariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00 peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun.

“Kami amat bersyukur dan sukacita kerana berjaya memenuhi dua sasaran pelaburan strategik kami secara konsisten.

“Selain dividen nominal, adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara konsisten agar kami dapat mengekalkan dan meningkatkan nilai simpanan ahli dalam jangka panjang serta membantu mereka mencapai masa depan persaraan yang lebih baik.

“Ini masih dapat direalisasikan meskipun tahun 2018 merupakan tahun yang sukar dan didominasi oleh ketidaktentuan dan trend penurunan pasaran global yang dicetus oleh perang perdagangan Amerika Syarikat-China serta empat kitaran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dalam satu tahun yang sama.

“Bagaimanapun, kami tetap fokus kepada strategi jangka panjang dan kepelbagaian portfolio yang telah memberikan daya tahan dan pulangan yang memberangsangkan kepada ahli kami,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendapatan pelaburan kasar untuk 2018 adalah sebanyak RM50.88 bilion, di mana RM4.62 bilion dijana bagi Simpanan Shariah, berkadar dengan bahagiannya daripada keseluruhan jumlah aset Syariah manakala RM46.26 bilion dijana bagi Simpanan Konvensional.

Katanya, penurunan pendapatan portfolio Syariah KWSP pada 2018 adalah disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Samsudin berkata, pengagihan dividen untuk setiap akaun diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata untuk tahun 2018 selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, keuntungan atau kerugian tidak nyata daripada transaksi antara subsidiari/syarikat bersekutu, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

“Jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap 1.00 peratus kadar dividen 2018 adalah RM7.72 bilion, lebih tinggi berbanding RM7.02 bilion pada tahun 2017.

“Selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2018, keuntungan modal atas pelupusan ekuiti berjumlah RM18.21 bilion untuk tahun 2018 akan disalurkan kepada keuntungan terkumpul daripada Penyata Pendapatan Komprehensif Lain dan bukan kepada Penyata Untung Rugi seperti amalan MFRS 139 sebelumnya.

“Tambahan lagi, di bawah MFRS9, KWSP tidak lagi akan mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya,” katanya.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan peningkatan trend pasaran pada tahun 2017, Samsudin berkata, perbezaan ketara dapat disaksikan pada tahun kewangan 2018 di mana kesemua indeks saham mencatatkan pulangan negatif.

Katanya, Indeks FBMKLCI mencatatkan kejatuhan enam 6.00 peratus manakala indeks ekuiti pasaran sedunia jatuh sekitar 9.00 peratus sehingga 16.00 peratus

Samsudin berkata, dalam tahun yang dikaji, ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan pada 57.55 peratus sebanyak RM29.28 bilion, walaupun mengalami penurunan sebanyak 6.96 peratus berbanding RM31.47 bilion pada 2017.

“Kelas aset ini terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan pulangan keseluruhan portfolio pelaburan KWSP.

“Pelaburan KWSP dalam instrumen pendapatan tetap, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia, Bon Sama Taraf dan Bon serta Pinjaman, secara keseluruhannya menyumbang 36.13 peratus atau RM18.38 bilion, daripada RM50.88 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun yang dikaji.

“Bon dan pinjaman terus menyumbang pendapatan yang stabil melalui penerimaan bayaran kupon berjadual, walaupun keuntungan modal daripada kelas aset ini menurun akibat kenaikan kadar pulangan pasaran berikutan keadaan pasaran yang tidak menentu.

“Hartanah dan Infrastruktur menyumbang RM2.10 bilion kepada pendapatan pelaburan pada 2018, jatuh 29.29 peratus berbanding 2017, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM1.12 bilion pendapatan pelaburan dalam 2018,” katanya.

Samsudin berkata, pulangan atas pelaburan (ROI) bagi kelas aset Hartanah dan Infrastruktur dicatat lebih rendah berikutan pencapaian pada tahun 2017 yang didorong oleh transaksi yang unik kepada tahun tersebut.

Katanya, kelas aset ini menyumbang lebih 8.00 peratus setiap tahun sejak lima tahun yang lepas, iaitu premium sebanyak 3.29 peratus berbanding instrumen pendapatan tetap.

Beliau berkata, pelaburan luar negara yang merangkumi pelbagai kelas aset menyumbang 37.52 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan kejatuhan harga ekuiti sedunia dan serantau serta ketidaktentuan pertukaran matawang asing.

“Bagaimanapun, pelaburan luar negara pada tahun 2018 bertindak sebagai penambah nilai kepada keseluruhan portfolio KWSP serta mengurangkan impak akibat ketidaktentuan yang dialami oleh beberapa pasaran sepanjang tahun tersebut.

“KWSP kekal mengamalkan perbelanjaan yang berhemat dan ini dibuktikan oleh nisbah kewangan utamanya yang sentiasa konsisten, termasuk kos kepada aset di bawah pengurusan sebanyak 0.27 peratus kos kepada pendapatan kasar pada 4.24 peratus dan kos kepada jumlah aset pada 0.17 peratus,” katanya.

Mengulas mengenai prospek pelaburan, Samsudin berkata: “Ketidaktentuan dalam pasaran global mungkin akan berterusan berikutan perang dagang AS-China. Kami juga bersiap sedia untuk menghadapi faktor luaran yang lain seperti Brexit, kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kenaikan kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, kami kekal komited terhadap strategi diversifikasi global jangka panjang dengan berpandukan Alokasi Aset Strategik. Strategi ini terbukti berkesan terutamanya semasa pasaran yang tidak menentu, sekaligus melengkapkan kami dengan keupayaan untuk mengatasi sebarang ketidakstabilan jangka masa pendek.”

Ahli boleh menyemak penyata akaun KWSP untuk pengkreditan dividen 2018 bermula Ahad, 17 Februari 2019, melalui i-Akaun atau laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. Aplikasi mudah alih i-Akaun boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
2017
Syariah - 6.40%
Konvensional - 6.90%

2018
Syariah - 5.90%
Konvensional - 6.15%

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua drop..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 16-2-2019 01:42 PM

semua benda  pun naik dizaman  PH ni.syukurr,
ada jgk yg turun ,  dividen ASB dan KWSP. tengah tunggu dividen TH plk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 16-2-2019 01:39 PM
semua benda  pun naik dizaman  PH ni.syukurr,
ada jgk yg turun ,  dividen ASB dan KWSP. tengah tung ...

Tidak mengapa la dividen syariah makin turun sikit. Asal kan diurus dengan penuh integriti & amanah. Yang penting halal & berkat.


Alhamdulillah kata depa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Okler.. kalau 4 mau ngamuk.. tgu th pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
syariah ada konsep redha. konvesional xda..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:42 PM | Show all posts
Remyda replied at 16-2-2019 01:57 PM
Tidak mengapa la dividen syariah makin turun sikit. Asal kan diurus dengan penuh integriti & amana ...

Tapi kalau bandingkan performance tahun sebelum, convensional lagi banyak drop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 16-2-2019 02:42 PM
Tapi kalau bandingkan performance tahun sebelum, convensional lagi banyak drop.

Yup...syariah drop by 0.50 and conventional by 0.75...impact dr ketidakseimbangan ekonomi...this propose that syariah lebih stabil compared to conventional...this results support the findings of past studies when comparing the syariah and conventional performance in unstable economy...gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:53 PM | Show all posts
nasib baik tak mansoh tol..kalau mansohnye tol lagi drop le dividen kwsp kome..by the way...bile kerajaan pakatan haramjada nak mansuhkan tol..itu janji simpang renggam....telur siape yang kena genggam? wakakakakkakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 16-2-2019 01:29 PM
2017
Syariah - 6.40%
Konvensional - 6.90%

Byk betul drop.. Jahanam negara bwh menteri2 sijil degree fake nih.

2017
Syariah - 6.40%
Konvensional - 6.90%

2018
Syariah - 5.90%
Konvensional - 6.15%
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 16-2-2019 01:39 PM
semua benda  pun naik dizaman  PH ni.syukurr,
ada jgk yg turun ,  dividen ASB dan KWSP. tengah tung ...

Kita tgk dividen TH pulak. Klu drop gak mmg hancing la
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Benar spt telahan bossku...  Zaman ph semua naik kecuali dividen, rizab negara & nilai ringgit, turun byk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh check kat apps
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 03:10 PM | Show all posts
tengok pada economic indicator yang lain aku prepared for worse maybe 5.5%.

tapi 6.15% aku kira bonus lah....

Thank you Allah...

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis semua drop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-2-2019 03:10 PM
tengok pada economic indicator yang lain aku prepared for worse maybe 5.5%.

tapi 6.15% aku kira b ...

Bahana menteri kewangan sijil fake
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:08 PM | Show all posts
tobby replied at 16-2-2019 08:56 PM
Bahana menteri kewangan sijil fake

at least dia memang akauntan pun.... cuma bukan chartered ja

dulu madey pun pernah jadi menteri kewangan, anwat pun pernah, jibby pun pernah....

kalau hadi bawang jadi pm, dia pun nak jadi menteri kewangan isle percayalah...


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-2-2019 09:08 PM
at least dia memang akauntan pun.... cuma bukan chartered ja

dulu madey pun pernah jadi menteri ...

Org lain x tipu sijil.. Berpuluh tahun dia tipu dia chartered accountant. Integrity hancur
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-2-2019 09:08 PM
at least dia memang akauntan pun.... cuma bukan chartered ja

dulu madey pun pernah jadi menteri ...

mana ada dia akauntan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117087 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list