CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13235|Reply: 162

[Tempatan] Vaksin : Perlindungan Atau Kemudaratan

  [Copy link]
Post time 17-2-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


ANALISA TV ALHIJRAH
VAKSIN: PERLINDUNGAN ATAU KEMUDARATAN

Bagaimana saya menganalisa perbincangan semalam?

1. Sejak beberapa hari lepas, saya ada beritahu rakan-rakan doktor, apa sebenarnya yang dimahukan di akhir rancangan ini nanti. Saya bimbang bila antivaksin diberi peluang ke udara secara langsung untuk menyampaikan idea mereka.Tapi saya silap. Wakil mereka itu langsung tak ada idea!

2. Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan fungsi vaksin oleh Dr Huda. Kemudian Dr Huda menjawab soalan Finaz yang ada anaknya divaksin, ada yang tak divaksin dan macam mana Dr Huda boleh terjerumus ke arah menolak vaksin.
Dr Huda terima vaksin.
Ada anak yang divaksin.
Ada yang tak divaksin.
Apa pegangan beliau sebenarnya?

Dato Dr Musa tak perlu diperkenalkan pun. Satu dunia kenal beliau. 1-0. Mudah ke nak jadi Pakar Paedatrik?

3. Dato Dr Musa jelaskan vaksin ini bukti melindungi kita semua, dengan ambil contoh Polio. Bila dijangkiti Polio, 5% akan mati, kalau tak mati 95% anda akan lumpuh. Bila diberi vaksin, kita hampir berjaya lenyapkan Polio. Nigeria negara paling baru bebas Polio. Target 2018 untuk dunia bebas Polio belum tercapai sebab Afghanistan dan Pakistan belum bebas lagi. 2-0.

4. Isu rujukan antivaksin iaitu Wakefield. Dr Nurul kata tak bersedia dengan isu ini.
.
Dr Musa balas mudah. Eksperimen Wakefield tidak ada "reproducibility". Wakefield sorang je yang buat. Mulanya ada 12 orang author terlibat, 10 tarik diri. Sampai sekarang tak ada kajian MMR sebabkan autism. 3-0.

5. Isu aluminium dalam vaksin sebabkan autism. Dr Nurul tak kata aliminium dalam vaksin sebabkan autism. BANYAK LAGI FAKTOR katanya. Sedangkan benda inilah golongan antivaksin duk perjuangkan selama ini. Kena caras dengan geng sendiri nampaknya.
.
Dato Musa mencelah. Beliau buktikan kuantiti aluminium dalam vaksin terlalu sedikit nak dibandingkan susu ibu dan susu formula. Checkmate. 4-0.

6. Berapa kali Dr Huda jumpa kes AEFI? Sebagai freelancer, tak banyak jumpa pesakit, tak banyak jumpa kes (atau sebenarnya tak ada?). 5-0.

Lepas tu lari kepada isu keselamatan vaksin dan konsumerisme. Masa ini Dr Huda juga akui VAKSIN MENURUNKAN INSIDEN. 6.0.

7. Dato Musa jawab isu kematian dan vaksin. Ambil contoh budak perempuan mati lepas ambil vaksin HPV. Rupanya ada barah jantung. Di Mexico, beberapa orang mati lepas ambil vaksin tiga serangkai. Rupanya mati disebabkan persekitaran tak bersih. Kesimpulannya mati bukan sebab vaksin. 7-0.

8. Isu AEFI. Dato Musa jelaskan anaphylaxis cuma 1 dalam 1 juta. Lumpuh dari polio vaksin cuma  1 dalam 2.5 juta. Kalau kita tak ambil vaksin influenza A, risiko mendapat GBS ialah 17 kali ganda daripada orang yang ambil vaksin. Kita tak tolak kesan-kesan sampingan ini, tapi ia adalah terlalu kecil. 8-0.

9. Giliran Dr Huda pula jawab AEFI. Beliau nak para doktor dan ibu bapa lebih alert untuk tahu itu ialah AEFI. Siap salahkan silibus masa belajar medik dulu tak terang detail pasal vaksin. Ini markah percuma untuk Dato Musa. Silibus tak terang detail atau beliau yang tak tahu? 9-0.

10. Siap nak terangkan pula pasal GPFKV. GPFKV untuk kegunaan dan kemudahan perawat, samalah macam garis panduan rawatan yang lain macam darah tinggi dan kencing manis. Kenapa tak suruh semua rakyat Malaysia baca yang itu sekali? Freelance sangat kan? Lagi markah percuma untuk Dato. 10-0.

Masa Dr Huda terangkan AEFI dari GPFKV, Dr Musa mencelah, bagitahu tentang update terkini jenis vaksin yang digunakan. Yang mana, AEFI itu tak mungkin berlaku sebab vaksin kita guna sudah lain. BOOM. Setepek kena sebab Dr Huda tak update tentang itu. 11-0.

11. Isu di Filipina. Respon Dr Huda - Tak tahu apa situasi, tak berbaloi untuk discussion. BOOM. Kes baru ni. Bukan kena naik mesin masa. Tak payah tunggu respon Dato Musa. 12-0.

12. Isu coverage vaksin. Masa ini Dr Huda dah lari jauh sangat dari soalan. Dr Musa mencelah. Bonus point untuk Dato sebab telinga kami semua dah bernanah dengan explaination yang menyimpang jauh dari Dr huda. 13-0.
.
US - Tahun 2000 tak ada kes. Tapi sejak 2015, US ialah outbreak terbesar campak kerana ibu antivaksin bawa anak pergi Disneyland dan jangkit orang lain.
Malaysia - 2013 ada 190 kes campak, naik 10 kali ganda tahun 2018. Coverage drop 88%. Herd immunity makin drop.
Di Australia - polisi No Jab No Play.

Dalam 2 minit Dato cover Filipina, Malaysia, US, Australia. Well done Dato. 2 Extra points. 15-0.

13. Bila ditanya apa alternatif untuk ganti vaksin, Ini point paling SAILANG semua antivaksin. Dr Huda mengaku "saya tak kata vaksin ini tidak berkesan...". BOOM. 16-0.
.
Dr Huda cadangkan build up imuniti dalam badan dengan makan yang bagus, exercise, matahari, kurangkan stress.......... Tapi baby nak exercise, makan dan kurangkan stress benda? Menangis dah ke?  17-0.

14. Finaz tanya lagi, makanan sunnah untuk ganti vaksin, jawapan Dr Huda adalah DIGANDINGKAN vaksin dan makann sunnah. Ah sudah. Jadi vaksin ni kena ambil ke tidak? BOOM 18-0.

15. Bila ditanya nak rujuk siapa kalau WHO ditolak, fatwa muzakarah ditolak? Dr Huda tak jawab. Markah percuma. 19-0.

16. Kesimpulan Dr Huda - tak ada kesimpulan, masih nak sembang GPFKV lagi. Bila nak habis macam ni?
.
Kesimpulan Dato Dr Musa - program imunisasi di Malalysia adalah terbaik, terbukti keberkesanan dan keselamatannya. 20-0.

Setinggi-tinggi tahniah buat Dato atas kesudian Dato menjelaskan  kepentingan dan kebaikan vaksin untuk masyarakat Malaysia amnya dan dunia khususnya.

Nak argue apa lagi? Tak prepare, tak tahu soalan? Program berat sebelah?

Ada bawa buku nota? Catatan tak cukup? Nak berithau wujudnya buku GPFVK? Nak pusing macam mana lagi?

Oh lupa, kalau tak valid APC tu, tak boleh nak praktis. Apetah lagi nak "freelance".

The Dressar & Co


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
RUMUSAN RANCANGAN ANALISI TV ALHIJRAH

Semalam saya dan 2 orang ahli M3 lain (Dr Sakinah Sulong dan Encik Fahmi Hassan) hadir ke siaran langsung rancangan Analisis TV AlHijrah.

Rancangan ini membawakan perbincangan antara Dr Nurulhuda Zabidi dan Dato Dr Musa Nordin berkaitan keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Berikut adalah beberapa input yang saya perlu kongsikan berdasarkan kehadiran saya.

1. Kedua-dua panel tidak diberi briefing awal walaupun kedua-dua pihak sampai awal. Hanya bila kedua mereka masuk ke studio jam lebih kurang jam 9.30 malam, baru lah mereka berdua diberi sedikit penerangan tentang program dan cue.

2. Hasil perbualan saya dengan Dr Musa sebelum program, jelas beliau tidak mendapat apa-apa soalan untuk rujukan sebelum program. Maka tuduhan antivaksin mengatakan Dr Musa dah tahu soalan adalah palsu.

3. Sewaktu program berlangsung, Dr Nurulhuda telah diberi peluang untuk menjawab beberapa aspek termasuk lah keberkesanan, keselamatan dan alternatif kepada vaksin. Namun berikut adalah isi perkongsiannya.

A. Beliau mengakui keberkesanan vaksin dan teori herd immunity.
B. Beliau menyatakan beliau dan rakan-rakan (tak sampai 10 orang) tak tahu tentang GPFKV, tetapi pada masa yang sama beliau juga mengatakan beliau tak pasti bagaimana realitinya.
C. Beliau mengatakan perlunya vaksinasi disamping mengambil makanan sihat dan gaya hidup sihat.

Namun beliau juga salah faham tentang kandungan GPFKV hingga perlu dibetulkan oleh Dr Musa. Dr Musa menjelaskan bahawa vaksin whole cell pertussis tidak lagi digunakan di Malaysia dan HHE (yang ditulis dalam GPFKV) itu InsyaAllah tidak akan berlaku.

Selain itu, apa yang Dr Musa bawakan adalah.

A. Statistik kematian dan kecacatan akibat polio  satu penyakit boleh dicegah vaksin.
B. Fakta berasaskan kajian berkaitan keselamatan vaksin
C. Keharusan penggunaan vaksin dalam sudut pandang fatwa dan agama
D. Keperluan orang dewasa juga mengambil vaksin seperti Tetanus dan Pertussis booster disamping menjelaskan sesetengah vaksin seperti MMR dan Varicella memberikan imuniti seumur hidup.

Namun kebanyakan masa, Dr Musa memperbetulkan salah faham Dr Nurulhuda. Antaranya:

A. Kajian vs testimoni dan anekdot
B. Peratusan herd immunity serendah 88%
C. Kes measles di Amerika Syarikat dan Filipina

Maka saya rasa tuduhan Dr Musa dapat soalan awal adalah tidak berasas kerana beliau banyak berhujah berdasarkan hujah Dr Nurulhuda.

4. Dr Nurulhuda juga datang bersama-sama rakan sefahaman beliau, ada juga yang memperkenalkan diri kepada kami. Jelas mereka adalah antara individu yang kerap berbalas hujah dengan kami di FB.

5. Moderator, Puan Syafinaz Yunus telah menjalankan tugas beliau dengan baik. Beliau bertanyakan soalan yang berasaskan fakta semasa dan global. Pada saya itu adalah sesuatu yang adil. Contohnya isu peningkatan measles di Filipina dan kajian Andrew Wakefield yang ditarik balik. Itu semua adalah fakta.

Saya ingin ulang kembali soalan moderator pada anda semua. Jika pandangan WHO sebagai autoriti kesihatan sedunia dan juga pandangan mufti serta ulama tidak diambil kira, siapa lagi boleh disandarkan dalam isu penolakan vaksin ini?

Dr Amirul Amzar
Medical Mythbusters Malaysia, M3
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Dr musa dan moderator syafinaz.. jawapan dr musa yg bernas utk kumpulan2 anti vaksin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dr Huda byk guna hujah peribadi, pandangan peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Topik yg best..tp panjang na..malas nk tgk...so tq for the summary...harap golongan antivax terbuka mata sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Moderator: “Bagaimanakah dengan pendapat Dr Nurul, sesetengah (orang) di media sosial,... bukan sesetengah, bila saya buat kajian, banyak juga yang mengatakan makanan sunnah seperti habatussauda, madu ini sebenarnya mampu menggantikan... Adakah ia mampu menggantikan peranan vaksin, doktor?

Dr Nurul: Bagi saya elok mengganding daripada menggantikan.

Moderator: Maksudnya ambil vaksin dan mengamalkan pemakanan (sunnah)?

Dr Nurul: Aah. Ya, ya. (angguk)

Moderator: Maksudnya vaksin itu juga perlu diambil?

Dr Nurul: Emm (angguk)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia doctor memang berkelulusan. Tapi sejak bila jadi biul tidak lah dapat di pastikan. Mungkin semenjak berkawan dengan doctor palsu yang mendakwa bakteria berlari lari di dalam plasma

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit maklumat doctor huda

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya she is severely lacking of facts. Sangat ketara apabila di ajukan soalan secara spontan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.facebook.com/nurulhuda.mohammedzabidi

Ia penuh dengan dakyah anti-vaccine bertujuan untuk menakut-nakutkan ibubapa. Dia gemar meletakkan  article di mana tajuknya boleh mewujudkan fear factor mengenai vaccine.

Tapi bila berdepan dengan ahli yang bercakap atas ilmu, pengetahuan dan pengalaman ternyata dia tak pula berani mengaku dia anti vaccine.

Malah dia mengaku akan kebaikan vaccine.




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 08:22 AM | Show all posts
lepas ni ada kan forum anti bumi bulat, anti bumi sosej, anti bumi bahenol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-2-2019 08:22 AM
lepas ni ada kan forum anti bumi bulat, anti bumi sosej, anti bumi bahenol

Biasanya depa ni puak yang sama. Malang nasib depa kalau nak di londehkan bertubi- tubi

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Metana replied at 17-2-2019 07:31 AM
dr Huda byk guna hujah peribadi, pandangan peribadi

Hujah dia pon x layak dijadikan hujah. Kalah terok. Buat malu je. Mcm mana leh jd doctor let alone nk praktis
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:24 AM | Show all posts
tak tahu tapi berlagak tahu.. buang masa orang
anak sendiri diperjudi ikut suka dia ada hati nak ajak orang jadi antivaksin wakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah Dr freelancer jawab merapu, xjawab soalan, saya dengar cerita kawa saya cerita itu ini. Tu je lah mampu Dr merapu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-2-2019 07:42 AM
Moderator: “Bagaimanakah dengan pendapat Dr Nurul, sesetengah (orang) di media sosial,... bukan ses ...

Kahkahkah mmg tergelak dgar dia terkelu sebegitu. Ujong2 mengaku vaksin bagus dan sokong program vaksin sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-2-2019 08:26 AM
Biasanya depa ni puak yang sama. Malang nasib depa kalau nak di londehkan bertubi- tubi

Stupidity comes in a package.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:39 AM | Show all posts
puak antivac ckp dr kesayangan diorg tak diberi masa yg cukup utk beri penerangan...aku hrp puak antivac ni cepat la mampos....menyusahkan org btoi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:43 AM | Show all posts
lee_sakura replied at 17-2-2019 10:39 AM
puak antivac ckp dr kesayangan diorg tak diberi masa yg cukup utk beri penerangan...aku hrp puak ant ...

apa facebook huda ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda fakta pon. Semua pandangan pribadi dan apa yang dia tengok2. Kajian takda. Boring. Eiii geram.la.ngn puak2 ni.ko taknak vaksin so berila hujah yang kuat supaya orang pon macam rqsa reasonable rasa klu taknak vaksin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.460519 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list