CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5136|Reply: 77

[Tempatan] Aktiviti Melombong, Pengeksportan Bauksit Boleh Diteruskan Semula

  [Copy link]
Post time 19-2-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
18 Feb 2019, 6:18 petang (Dikemaskini 18 Feb 2019, 6:18 petang)

A A
Tempoh moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini.

Berikutan dengan pengumuman itu, semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 31 Mac ini…Saya nampak industri bauksit di negeri Pahang ini memang ada permintaan yang tinggi dan dan keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan juga banyak.

“Pada 2015 sahaja kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti, kerajaan pusat kita tidak dapat apa-apa bahagian, hanya beri kelulusan untuk permit import (AP) sahaja.

“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya.

Dr Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan penyimpanan bauksit di sekitar daerah ini dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan hari ini.

Menurutnya dalam masa yang sama, sebanyak 435,000 tan metrik yang masih berada di kawasan penyimpanan di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman perlu dikosongkan segera dalam tempoh sebulan sebelum 31 Mac depan.

Ini kerana, katanya bermula dalam SOP baharu yang akan diperkenalkan nanti, hanya bauksit yang telah dicuci, dibenarkan untuk dieksport demi menjaga alam sekitar.

“Kementerian dengan kerjasama pihak yang berkenaan telah menyediakan satu SOP baharu dan saya minta kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan khususnya pelombong supaya mematuhi syarat dan peraturan yang kami tetapkan.

“Mana-mana pemain industri ini yang ingkar boleh dikenakan hukuman maksimum denda sebanyak RM500,000 dan tiga bulan penjara jika didapati melakukan pencerobohan dan perlombongan secara haram mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

“Kami akan kuatkuasakan SOP itu jadi pihak industri akan mematuhi apa yang kami tetapkan, itu adalah penting,“ katanya.

Dr Xavier berkata SOP baharu itu disediakan dengan teliti meliputi empat aspek penting iaitu pengurusan ekstrak bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, kawasan penyimpanan dan pengurusan di pelabuhan serta pengeksportan bauksit.

Menurutnya aspek yang menjadi tumpuan sebelum ini ialah berkenaan pengangkutan dan penguatkuasaan yang longgar sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar sekali gus membawa kepada pelaksanaan moratorium aktiviti itu pada 15 Jan 2016.

Beliau berkata bagi mengatasinya, setiap pelombong yang terlibat perlu mendaftar dengan Pejabat Tanah dan Galian negeri selain hanya lori daripada jenis telah ditetapkan sahaja yang akan dibenarkan untuk mengangkut bahan berkenaan dari kawasan penyimpanan ke pelabuhan.

“Jika SOP ini berjaya dilaksanakan tanpa masalah, kami akan perluaskan pelaksanaannya ke negeri lain yang juga mempunyai bauksit iaitu Terengganu dan Johor. Setakat ini Terengganu menunjukkan minat (eksport bauksit) tetapi kementerian akan berbincang dahulu dengan kerajaan negeri bagaimana untuk melaksanakan industri ini” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya kementerian telah diminta oleh jemaah menteri untuk mengkaji kawasan yang kaya dengan bahan mineral untuk diteroka berikutan permintaan yang tinggi di pasaran termasuk bijih timah.

Dr Xavier berkata berikutan itu kementerian akan mengadakan simposium dan pameran pada masa akan datang untuk melihat tentang perkara itu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Secara ringkas: BAUKSIT

Bauksit ialah sejenis mineral dlm tanah yg di perlukan untuk memproses aluminium. Caranya tanah  perlu di korek dan kemudian di hantar ke negara China untuk di proses. Kita tidak proses di sini. Tanah  yg berwarna merah yg kaya dgn bauksit itu lah yg mencemarkan udara sewaktu di angkut dari lombong hingga ke pelabuhan kuantan.
Juga bersekali dgn bauksit ini terkandung thorium yg merupakan satu jenis NORM (Naturally Occuring Radioactive Material) . Walaupun kadar radiasi thorium ini rendah ia mempunyai jangka separuh hayat yg begitu lama iaitu selama 14 billion tahun. Paling bahaya ialah apabila debu dari bauksit yg di hidu terkandung thorium kerana thorium ini ialah sejenis carcinogen (bahan penyebab kanser) . Apabila debu ini melekat di kereta dan kita marah2.. cuba bayangkan debu merah yg melekat di paru2 kita. Marah pun tak boleh nak cuci tau!! Thorium ini juga mengeluarkan radiasi dalaman apabila melekat di paru2 kita. Uranium juga ada tu walau kandungan nya kecil.

Bersekali dgn bauksit pula selalunya terdapat juga logam2 berat seperti plumbum. Apabila tanah dikawasan lombong terhakis selepas di korek maka logam berat itu mencemari pula sistem air kita sbb pencemaran ini masuk ke sungai. Sya sudah trace bahawa air tercemar dari lombong di rtp bukit goh itu mmg masuk ke Sg Kuantan. Sg Kuantan pula sumber air minuman kita. Seluruh warga Kuantan tidak boleh mengelak.
Maka rakan2 fb sekelian..

Mmg cari penyakit la kalau kita tak bantah !!!!



Harap fuziah salleh konsisten lawan. Kalau tak, naya hang nanti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuziah Salleh dulu kata dia lawan perlombongan bauksit untuk masa depan anak2. Semua agak sentimental dengan isu ini sebab ttkm turut sama berkempen  beberapa tahun lepas secara agresif untuk menghentikan aktiviti perlombongan ini yang merosakkan alam sekitar & ekosistem.

Takpa. Semua duk pakat menanti maklum balas dari pejuang anti bauksit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 10:56 AM | Show all posts
Dr Xavier ni kan memang menyesal i undi dia (kuala Langat) semua statement2 dia bodoh okay. Langsung tak menyebelahi rakyat.. kau mmg confirm out la next PRU.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
For the future of our kids
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:03 AM | Show all posts
tak sabar nak tgk reaksi YB Kuantan..kot2 sama mcm kes Lynas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 11:11 AM | Show all posts
yb kuantan tu nak kata ape lagi..
nk berguling plak ke depan sekutu dia..

okay dari ayat di nyatakan.. mcm la sblm ni SOP tak ketat..
so nak tgk ketat lagu mane plak kali ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello YB Fuziah Salleh, hello?

“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya.


Calling calling fuziah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 11:19 AM | Show all posts
pujiah ko jawab la
apa lagi ko nak spin

dari lynas sampai ke baukshit
asal bukan kena ke kepala ko
semua haram

sekarang?
apa jadi?

habis la kuantan ni merah semula
takde SOP ketat2 nya la

sebelum ni berbunuh pun sanggup
ni kan pulak sekarang

apa malang nya kuantan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
han_solo replied at 19-2-2019 11:03 AM
tak sabar nak tgk reaksi YB Kuantan..kot2 sama mcm kes Lynas

Dulu depa ni la anti Lynas, RAPID, Bauksit, TRX, minyak ikut APM, AES, PTPTN & sewaktu dengan nya

Hari ini semua depa kaut hasilnya lepas tu claim kerajaan dah buat penambahbaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kuantan lah bodoh sape suruh undi fuziah ni.


Tapi kita tgk ada blessing in disguise gak baru kita tau dia punya double standard
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 19-2-2019 11:19 AM
pujiah ko jawab la
apa lagi ko nak spin


Dulu haram. Sekarang dah mengikut maqasid syariah

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:31 AM | Show all posts
apa sudah jadi...lesen melombong bauksit dulu atas company kerabat pahang kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg dah tak bahaya ke? haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu kilang alliance stell malaysia-china kuantan macam mana pula YB. Dulu hangpa habaq najib dah jual malaysia kat cino

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:38 AM | Show all posts
Remyda replied at 19-2-2019 11:30 AM
Dulu haram. Sekarang dah mengikut maqasid syariah

aaahhh islamic terms

cant argue no more


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik...aritu punyalah marah.....skrg ok pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 12:00 PM | Show all posts
hmm...cakap kang masuk ke dalam pula..haih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kencing Lynas punca radiasi nuklear = guan eng dan kawan2. Skrg sudah HALAL
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 12:48 PM | Show all posts
masa jadi pembangkang
baring la
kecam la

dah jadi kerajaan
konar semua statement
jana pendapatan negara

pengundi kena kencing atas kepala!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.091470 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list