CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6313|Reply: 97

[Tempatan] Banteras Golongan Tafsir Al-Quran Ikut Logik Akal - Agong

  [Copy link]
Post time 21-2-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

TINDAKAN segelintir individu yang mentafsir al-Quran mengikut logik akal demi kepentingan sendiri perlu dibanteras kerana ia boleh mendatangkan implikasi buruk kepada umat Islam di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, al-Quran tidak boleh ditafsir mengikut logik akal kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan tepat terhadap tafsiran isi kandungannya.

Titah baginda, Al-Quran adalah sumber rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan serta berupaya menangani pelbagai ancaman dan cabaran terhadap akhlak serta moral masyarakat kini.

“Jika golongan berkenaan dibiarkan ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga serta menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Pentafsiran tepat adalah penting kerana sahsiah atau akhlak yang dibina berpaksikan al-Quran akan melahirkan masyarakat yang bertakwa dan bahagia di dunia serta akhirat.

“Justeru, saya menyeru semua masjid untuk menjadi pemudah cara bagi menyuburkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Pahang kali ke-62 di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuantan, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, al-Quran adalah wahyu dan mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad yang juga kitab suci terakhir diturunkan ke dunia.

“Membaca dan mempelajari al-Quran adalah satu ibadah manakala mempercayainya adalah wajib kerana ia pelengkap kepada kesempurnaan Rukun Iman.

“Mudah-mudahan umat Islam di negeri ini mencapai kejayaan dalam menjadikan al-Quran panduan dan pedoman hidup,” titah baginda.

Dalam majlis itu, qari dari Raub, Mohamad Syaheed Sabri, 27 yang juga Guru Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dinobatkan sebagai johan dengan menerima markah sebanyak 95 peratus.

Johan qariah pula disandang oleh Suhaili Mohd dari Jerantut yang juga kakitangan Hospital Jerantut memperoleh markah 92.5 peratus.

Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan, serta akan mewakili Pahang ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan April ini.

Majlis Tilawah al-Quran yang bertemakan Menyantuni Umat, Membawa Rahmat itu disertai seramai 28 qari dan qariah dari 14 daerah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 10:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:15 AM | Show all posts
hallo pulis. sila tangkap suhaimi saad sebab memang dia suka terjemah alquran ikut kepala lutut dia saja. agong pun da berbunyi nih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 21-2-2019 08:15 AM
hallo pulis. sila tangkap suhaimi saad sebab memang dia suka terjemah alquran ikut kepala lutut dia  ...

Setepek kena. Kalau si SS tu nak jawab dlm FB, kte tgk la bahasa dia tu.. Mampu ke tk sindir. Agong weh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca artikel ni, terus teringat gila isim gangsa si SS
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:24 AM | Show all posts
anastasia7 replied at 21-2-2019 08:20 AM
Setepek kena. Kalau si SS tu nak jawab dlm FB, kte tgk la bahasa dia tu.. Mampu ke tk sindir. Agon ...

kan? minggu ni asyik nama dia je naik sebab isu bodoh dia tu. mana tak agong pun terpaksa bersuara dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
SS tu mewakili puak depa. Ramai  juga yang pahaman songsang. Tapi depa senyap senyap. Tak lantang macam ss. Tapi ss ni lantang tak bertempat. Mendapat lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas Agung sound ni, adalah action and reaction kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:28 AM | Show all posts
menunggu Aimy membalas kenyataan Agong dengan sabar nehhhhhhh!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:40 AM | Show all posts
pandai nasyid pandai masak laksa tak semestinya pandai tafsir alquran..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:21 AM | Show all posts
bile semua benda simple pon ko nak kupas abeh sehabeh abehnye.. dah kupas nak pertikai pulak.. memang bengang klo berborak ngan orang camni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:30 AM | Show all posts
Agong dah berbunyik...ni SS punya kerja la...


kiranya attention dia berjaya la...sampai Agong masuk campur...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-2-2019 08:25 AM
SS tu mewakili puak depa. Ramai  juga yang pahaman songsang. Tapi depa senyap senyap. Tak lantang ma ...

fahaman songsang sakai tu thp kata beramal dlm kubur.... takyah berusaha....

hrp nanti dah byk report bleh kena tangkap je
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:38 AM | Show all posts
Nanti dia jawab dlm bentuk nyanyian....:Abang pilih yg mana....Roti atau laksa..."
Sebab dlm report polis, pekerjaan dia: PENYANYI.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-2-2019 08:40 AM
pandai nasyid pandai masak laksa tak semestinya pandai tafsir alquran..

tafsir ikut selera...
menipu duit org kaya pun takpe... asas die harta org kaya ada bhgn org miskjn mcm die... org mintak hutang kena brainwash dek pahaman taik nih.....

kat fb maintain inesen
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:53 AM | Show all posts
whadda replied at 21-2-2019 09:21 AM
bile semua benda simple pon ko nak kupas abeh sehabeh abehnye.. dah kupas nak pertikai pulak.. meman ...

jgn lps ni dia kupas pasal hari kiamat udah la..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:45 AM | Show all posts
dulu ada @Maideen.   pernah bawak satu tafsir quran daripada olamak yg terkenal yg mengatakan bumi ni atas tanduk kerbau ka apa ka, tak ingat dah.......


lkick~ulamak pewaris nabi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mufti pn die menjwb..so i nk tggu mangkok ni menjwb agong pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:27 PM | Show all posts
depa yang tafsiaq ikut logik akai dan napsu ni besanya mengaku diri depa Quranist...depa tak percaya akan Hadith...saya pelik jugak awat depa tak percaya Hadith....depa mungkin lupa Quran itu disampaikan dari mulut oghang yang sama....tapi depa percaya Quran pulak....kecelaruan identiti macam penduboq lgbt kecelaruan gender mungkin depa ni....wakakakakakakka

teringat saya pada rasul junjungan liberal siti kassim pernah habaq..."I have my interpretation of Islam, why should i follow your interpretation of Islam"....hang interpret la Islam hang soghang2...tak payah nak indoctrinate oghang laen dok percaya hang punya interpretation of Islam...wakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ade sorg menteri terkenal pon gitu jugak.die hanya ikut alquran katenye.gane kire ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi Tak boleh guna akal fikiran kita? Just confused. Akal fikiran siapa kita Nak guna? Bila ayat Qur'an menyebut Qur'an Ini diturunkan kepada semua manusia, di mana pulak di katakan akal sesetengah kita terpakai, sesetengah lagi tidak? Who among us decides? Who knows what's in someone's heart?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074161 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list