CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Tempatan] Ikan ternak diberi makanan berasaskan babi kes terpencil, kata Jabatan Perikanan

[Copy link]
Post time 23-2-2019 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Ikan ternak diberi makanan berasaskan babi kes terpencil, kata Jabatan PerikananBernama -

February 23, 2019 2:57 PM





DOF berkata, peraturan pelabelan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 secara jelas menghendaki pengeluar makanan ternakan melabelkan kandungan ramuan di dalam makanan yang dikeluarkan. (Gambar Bernama)



PUTRAJAYA: Pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa terdapat ikan ternakan diberikan makanan berasaskan babi adalah kes terpencil, kata Jabatan Perikanan (DOF).

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya melaksanakan pemantauan halal secara berkala terhadap ikan dan hasilan ikan sejak tahun 2010 bagi mengesan kehadiran asid deoksiri bonukleik (DNA) porsin (Porcine ID) ke atas produk perikanan seluruh negara, termasuk ikan, makanan ikan dan tepung ikan.


Menurutnya, sejak tahun 2016 sehingga 2018, sebanyak 846 sampel diambil dan hanya 4.9% dikesan positif mengandungi DNA porsin, iaitu daripada makanan ikan.

“Bagi menangani masalah tersebut, syarikat pembekal makanan ikan berkenaan diambil tindakan serta-merta dengan menukarkan ramuan utama (protein) kepada sumber yang halal,” katanya.


DOF berkata, peraturan pelabelan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 juga secara jelas menghendaki setiap pengeluar makanan ternakan melabelkan kandungan ramuan di dalam makanan ternakan yang mereka keluarkan.

Menurut DOF kegagalan mematuhi atau menipu kandungan ramuan di bawah peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan keras.


“Sehingga kini, sebanyak 390 penternak ikan dipersijilkan di bawah Skim Pensijilan Pertanian Akuakultur (myGAP-Akuakultur), manakala 17 kilang makanan ikan dan 12 stor penyimpanan makanan ikan turut dipersijilkan di bawah skim Pensijilan Kualiti Ikan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memutuskan isu halal hanyalah dihadkan kepada barangan makanan dan barangan kegunaan peribadi sahaja dan tidak dikembangkan ke atas haiwan kerana hukum halal dan larangan haram hanya terpakai kepada manusia.


“Penyelidikan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung mendapati ikan yang diberikan makanan tidak halal berupaya menyucikan badan 72 jam setelah melalui proses ‘istihala’ (pengasingan – tidak diberikan makan),” jelasnya.

Dalam kenyataan berasingan, DOF mencadangkan pindaan dibuat terhadap Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) di peringkat negeri supaya aktiviti pelepasan spesies ikan eksotik (asing) dapat dikawal dan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.



Mengulas mengenai kebanjiran ikan baung ekor merah di Sungai Pahang yang dilaporkan media baru-baru ini, DOF berkata, ternakan ikan itu tidak digalakkan memandangkan banyak spesies tempatan lain yang mendapat permintaan tinggi seperti baung, patin dan kelah.


Menurutnya ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya ‘hemibagrus wyckioides’ merupakan ikan pemangsa yang disenaraikan dalam 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan ke dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini.

Katanya, ikan yang berasal dari Sungai Mekong, Vietnam itu akan mengganggu ekosistem sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum.


“Ikan ini mempunyai sifat agresif memakan pelbagai hidupan dalam air, termasuk anak ikan dan udang. Saiz matangnya mencapai berat puluhan kilogram. Perbezaan ikan tersebut hanya pada ekor iaitu berwarna merah,” katanya.

Susulan itu, DOF akan memantau dan mengawasi industri ternakan ikan baung ekor merah di Pahang supaya setiap penternak mematuhi cadangan dan peraturan ditetapkan, terutama membabitkan ternakan ikan dalam sangkar.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.208987 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list