CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12938|Reply: 69

[Idea] [SYV 002] Anti Vaksin

  [Copy link]
Post time 24-2-2019 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 24-2-2019 12:32 PM



@KILL_NANCY


















Mengapa Golongan Anti Vaksin Menolak Imunisasi
                                


Sungguhpun tubuh mampu menghasilkan antibodi sendiri tetapi suntikan tambahan ini amat perlu terutama kepada golongan kanak-kanak kerana sistem imuniti mereka belum matang dan mudah terdedah kepada penyakit. Atas sebab itu Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan bayi dan kanak-kanak di Malaysia diberikan suntikan vaksin lima serangkai yang boleh didapati secara percuma di mana-mana klinik kesihatan.
Gambar: etsonline.com
Kes kematian kanak-kanak akibat dipteria baru-baru ini bukan sahaja membuka minda masyarakat tentang bahaya penyakit ini malah lebih daripada itu menyentuh isu pengambilan vaksin. Dipteria termasuk dalam lima vaksin serangkai yang dikenali DTaP-IPV/Hib untuk penyakit difteria, pertusis, tetanus, polio dan Haemophilus Influenza Jenis B yang diberikan pada bayi umur dua, tiga dan lima bulan sebagai dos utama dan umur 18 bulan sebagai dos tambahan. Imunisasi bukan jaminan kanak-kanak itu bebas sepenuhnya daripada jangkitan penyakit berbahaya tetapi gejala yang dialami mereka lebih ringan.
Gambar: inhabitat.com
Kes tujuh adik beradik dari Kuala Muda Kedah yang dimasukkan ke hospital, seorang daripadanya yang berusia dua tahun meninggal dunia dan enam adik beradiknya yang lain dalam lingkungan usia 10 bulan sehingga 11 tahun turut disyaki dijangkiti difteria. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail yang dipetik daripada mstar, daripada tujuh kes tersebut, empat daripada mereka iaitu yang berumur 10 bulan, dua tahun (yang telah meninggal dunia), tiga tahun dan empat tahun didapati tidak mendapat pelalian difteria.
Gambar jadual pengambilan vaksin: jknperlismoh.gov.my
Vaksin: Pemberian antigen tertentu kepada kanak-kanak melalui suntikan atau oral, bagi membentuk imuniti dalam badan.
Cara Dihasilkan: Vaksin dihasilkan dengan mengambil sebahagian kecil bakteria atau virus atau keseluruhan virus yang telah dilemah atau dimatikan untuk disuntik ke dalam badan. Tujuannya, untuk membentuk antibodi atau pertahanan dalam tubuh supaya kuman tertentu yang memasuki badan akan membina antibodi sebagai kumpulan pertahanan untuk melawan, menyerang dan memusnahkan kuman.
Penyakit Yang Boleh Dicegah Menerusi Pemberian Vaksin: Antaranya termasuklah Haemophilus Influenza Jenis B (Hib) yang menyebabkan meningitis dan pneumonia, hepatitis B yang menyerang hati, human papillomavirus (HPV) yang menyebabkan kanser serviks dan jangkitan seks, demam campak menyebabkan buta dan encefalitis, meningitis A iaitu jangkitan pada otak, beguk, pneumococcal, polio, rotavirus yang menyebabkan cirit-birit, rubella, kancing gigi dan demam kuning.

Alasan Anti Vaksin
Gambar: www.theage.com.au
1) Pengambilan vaksin boleh memberikan kesan sampingan serius sehingga menyebabkan kematian. Hakikatnya kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Namun terdapat kes gangguan usus besar di Amerika Syarikat akibat pengambilan vaksinasi rotavirus; kes ini hanya satu daripada 20,000 bayi.Sejak Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan dijalankan, Di Malaysia, kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000. Imunisasi berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
2) Vaksin mengandungi bahan berbahaya. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia sebaliknya mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Pengawet di dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal (atau thimerosal) yang mengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl merkuri. Raksa ini tiada kaitan dengan sebarang kesan methyl merkuri yang bersifat toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik menunjukkan bahaya bahan ini. Bahan penstabil berfungsi mencegah komponen vaksin dari melekat di dinding botol vaksin dan mengekalkan keselamatan serta keberkesanan vaksin di dalam keadaan dan suhu yang pelbagai. Gelatin dan lactose-sorbitol adalah contoh bahan penstabil. Adjuvan ditambah ke dalam vaksin untuk meningkatkan tindakbalas sistem ketahanan tubuh terhadap vaksin. Adjuvan yang sering digunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum). Pengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding dengan pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti antasid. Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan selalunya berkait dengan vaksin yang mengandungi aluminum berbanding vaksin yang tiada kandungan aluminium, namun kesan ini selalunya ringan. Vaksin juga mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti.
3) Vaksin mengandungi bahan haram seperti DNA khinzir. Sesetengah vaksin sememangnya mengandungi gelatin khinzir sebagai stabiliser tetapi jika muzakarah ulama telah mengeluarkanfatwa suntikan vaksin dibolehkan dan harus atas beberapa faktor, mengapa kita perlu meraguinya lagi? Menurut syarak juga, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Tambahan lagi kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan yang memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi sebagai ikhtiar dan menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
4)Beberapa ibu bapa merasakan jika anak orang lain sudak diberi suntikan maka memadai bagi anak mereka untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin. Hakikatnya mereka bakal mendedahkan anak-anak orang lain kepada bahaya jika anak mereka tidak divaksin. Ini dipanggil imuniti berkumpulan. Jika semakin ramai mempunyai mentaliti seperti anti vaksin, lama kelamaan kesan imuniti ini akan hilang.

Anda golongan yang mana? Gambar: quietmike.org
Jadi, atas alasan apa anda menolak vaksin? Sudahlah menolak vaksin, anak sakit yang perlu dikurantin pula dibawa keluar ke tempat awam. Mungkin ada sebahagian ibubapa akan mempertahankan pilihan mereka menolak vaksin atas faktor pernah berpengalaman menjaga anak yang sakit akibat divaksin. Mereka memperjuangkan pemberian vaksin adalah pilihan individu. Bukankah pengambilan vaksin juga satu ikhtiar bagi melindungi keluarga anak persekitaran daripada jangkitan penyakit berbahaya? Tepuk dada tanyalah selera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 01:17 PM | Show all posts
Kalau golongan anti vaksin nak tolak, takpe, asal tak nyusahkan orang.

Kalau nyusahkan orang, sila vaksin.

Simple.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pro vaksin...semua anak lengkap pengambilan vaksin

Masa yg sama usaha utk kuatkan immun badan dgn jaga pemakanan dan kesihatan..

Alhamdulillah di malaysia kalau suntik di klinik kerajaan,vaksin free..melainkan vaksin tambahan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I pro vaksin. ...orang yang anti vaksin ni adalah golongan yang tidak cerdik akal sebab mendedahkan anak2 kepada penyakit2 yg merbahaya. ..

Zaman sekarang ni...dunia makin dipenuhi dengan penyakit dan virus  dari pada banyak faktor. ..pencemaran udara, air,. .jangkitan dari pendatang asing yang banyak membawa penyakit merbahaya. ..serta jangkitan penyakit dan virus dari haiwan....

Baru2 ni anak i form 3 ada menerima suntikan vaksin untuk penyakit kancing gigi dari jabatan kesihatan yg datang di sekolahnya. ..anak sendiri yang mahu suntikan tu dan minta i tanda tangan untuk kebenaran ibu bapa. ..

Anak2 I rasanya lagi cerdik dari golongan anti vaksin ni...hehe. ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 09:14 PM | Show all posts
Berita terkini-  



Difteria: 5 Lagi Budak Positif Di Johor

AHAD, 24 FEBRUARI 2019 @ 6:42 PM

Dr Sahruddin bersama Dr Selahuddeen memasuki bilik rawatan pengasingan untuk melihat perkembangan lima kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. - NSTP/Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata semua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Katanya, seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.

“Daripada lima kanak-kanak disyaki positif, empat daripadanya didapati mengambil suntikan vaksin, manakala seorang lagi iaitu kakak kepada mangsa yang meninggal Selasa lalu, tidak mengambil suntikan vaksin.

“Semalam hasil pemantauan Jabatan Kesihatan negeri, lima kanak-kanak ini mengalami gejala dan semua positif jangkitan difteria.

“Semua kanak-kanak ini tinggal di kawasan perumahan yang sama dan terdapat juga sebuah taska yang dikunjungi kelima-lima mereka,” katanya pada sidang media di HSA di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Bagaimanapun, Dr Sahruddin berkata, tiga daripada kanak-kanak yang kini ditahan akan dibenarkan pulang esok, jika mereka tidak lagi menunjukkan gejala jangkitan.

“Kita akan berikan antibiotik khas dalam tempoh 14 hari sebelum pemantauan susulan dibuat bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada simptom.

“Tiga daripada mereka sudah mendapatkan rawatan lebih awal pada 19 Februari lalu iaitu lebih 48 jam, manakala dua lagi akan terus menerima rawatan dan pemantauan susulan, bagaimanapun kedua-duanya dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, jangkitan ini membabitkan satu komuniti kecil dan pihaknya yakin dapat mengawal ia daripada merebak ke tahap lebih buruk.

“Ini adalah jangkitan dalam kelompok kecil dan kita akan terus membuat pemantauan lanjut serta rapi bagi memastikan jangkitan ini dapat dikawal sepenuhnya,” tambahnya.

Kelmarin, BH melaporkan lebih 50 individu yang pernah berhubung atau bertemu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria Selasa lalu, sudah disaring dan dipantau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku dulu dukung aku jalan kaki je pegi klinik nak vaksinkan aku  kebetulan klinik kesihatan 750 meter je dr rumah.... pastu adik2 lain lahir pun mcm tu gak.. mak aku x lupa tarikh..siap catat kt kalendar.. kitorg membesar era 80an dan 90an dan adik yg bongsu lahir 1997... Mak aku lahir pun nenek aku x lupa vaksinkan sebab aku nmpk kt lengan mak aku ada tanda bcg.. nmpk tak orang2 dulu lg bijak dpd anti vaksin ni.. mak aku sekolah x tinggi.. apetah lg nenek aku tu.. dah la rumah jauh dr klinik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls vaksin..nanti anak nak skolah zaman skang cikgu minta buku vaksin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak pendatang asing ka tak vaksin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 09:38 AM | Show all posts
Vaksin ni kerajaan bagi percuma je.Pergi jelah ambik.Anak-anak saya semua vaksin percuma kerajaan.Kalau ada dana lebih, saya bawak g swasta ambik vaksin tambahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi lah vaksin kt anak2. Jgn gadaikan kesihatan anak sendiri dan anak org sekeliling. Vaksin sampai umur 3 thn free, tak yah bayaq. La ni tak pa, tak jadi apa, kemudian hari kita bukan tau.. Vaksin kt malaysia ni disahkan boleh digunakan oleh majlis fatwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:45 AM | Show all posts
soalan yang sama dengan geng dolah...why? ada kawan aku yang husbandnya dah terikut dgn anti vac ni. tak bagi anak kena vaksin ms djh 1. rasanya mc baby drg vac, tapi baru2 sejak anti vac dikenali, hb dia pun terikut sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:20 PM | Show all posts
I pun pro vaksin,tak penah terfikir utk tak vaksin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 04:54 PM | Show all posts
golongan anti vac nih selfishh
tolong la polish sikit pemikiran org macam ni
menyusahkan orang lain ada lahh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pro vaksin..mencegah itu lebih baik dari mengubati..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tak paham dgn golongan anti vaksin nie. padahal vaksin diberikan secara percuma di klinik2 dan hospital. jgn pentingkan diri sendiri akhirnya anak2 yg menjadi mangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 02:41 PM | Show all posts
untuk golongan yang anti vaksin ni, aku tertanya2,
kan dulu masa time korang  sekolah darjah 1 - 3 kan ada injection kat sekolah,
+ injection masa darjah 6 (yg sekolah rendah tahun 1992 - 1998)
korang mesti amik kan injection tu?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 10:53 PM | Show all posts
Kesedaran psl vaccination bermula pd abad ke 18, apabila Lady Mary Wortley Montagu ketika berada di Turkey/Ottoman mempelajari "variolation" yakni mengambil virus hidup dari nanah pesakit smallpox dan disapukan pd kulit org sihat yg diguris utk menghasilkan immunity.
Kemudian muncul Edward Jenner.
ummah Eropah waktu itu perasan paras rupa wanita2 pemerah susu lembu dan keluarga penternak lembu takda parut small pox. Bila dikaji oleh Jenner, rupa2nya dia org terlebih dahulu dah terdedah pd cowpox. Maka dia memulakan eksperimen dgn mengambil virus cowpox drpd seorg milkmaid bernama Sarah Nelmes dan menjangkitkannya pd anak pekebunnya, James Phipps. James mengalami demam2 cowpox tp tak serius. Kemudian Jenner innoculate James dgn virus smallpox. Hasilnya, James berjaya diimunisasi dari penyakit tersebut


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:54 PM | Show all posts
Vaccination history




Source

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 12:27 AM | Show all posts
I lagi heran sbb golongan antivaks yg i kenal bkn golongan marhaein...
semua golongan educated belajar tarap phd..
i dgn hb ckp xpelah kita belajar tak tinggi, kurang2 nasib anak terbela

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 08:41 AM | Show all posts
kenapa nak jadi anti vaksin
tak kesian ke kt anak-anak
si ibu dah bersusah payah mengandung 9 bulan 10 hari
pastu macam nak tercabut nyawa masa bersalin
lepas tu tak nak bg anak imunisasi
imunisasi penting untuk ketahanan badan anak melawan penyakit

patutnya kalo sayangkan anak bglah vaksin
percuma jer kt klinik kerajaan
kalo takmo pegi klinik kerajaan atas alasan ramai orang
pegilah kt kinik swasta
mcm saya anak kedua dulu sekitar tahun 2005 pegi klinik swasta
sb majikan suami cover utk ini semua
kos dlm rm80 ke atas

lagipun nanti anak dah masuk sekolah kena  isi borang
pasal imunisasi ni semua
kat sekolah tadika ada
masa dah darjah satu pun ada
saya sampai sekarang masih simpan rekod imunisasi ketiga-tiga anak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.078104 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list