CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Idea] [SYV 002] Anti Vaksin

  [Copy link]
Post time 27-2-2019 10:47 AM | Show all posts
Edited by shinichi at 27-2-2019 10:50 AM

Pegawai, pakar perubatan lancar petisyen wajib ambil vaksin

Pegawai, pakar perubatan lancar petisyen wajib ambil vaksinOleh Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai dan pakar perubatan yang giat membendung mitos perubatan di laman sosial, Medical Mythbusters Malaysia (M3) semalam melancarkan kempen petisyen mewajibkan pengambilan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan.

Kempen bertujuan mengumpul sokongan umum itu diwujudkan berikutan peningkatan penularan penyakit cegahan vaksin seperti demam campak (measles) dan difteria yang dikesan semakin mengancam kesihatan rakyat Malaysia hari ini.

Pertubuhan yang terdiri daripada pegawai dan pegawai perubatan kerajaan serta swasta itu turut melancarkan kempen terbabit berikutan kewujudan golongan yang digelar antivaksin yang bukan saja menolak suntikan vaksin, malah dikesan mempengaruhi ibu-bapa di negara ini.

Timbalan Pengerusi M3, Dr Mohd Syamirulah Rahim, berkata pihaknya memandang serius terhadap peningkatan penyakit cegahan vaksin termasuk kes baharu di Johor Bharu, Johor yang mengakibatkan kematian.

“Cadangan mewajibkan vaksin bukanlah perkara yang baharu kerana ia sudah dilaksanakan di luar negara termasuk California, Amerika Syarikat sejak 2015, susulan wabak demam campak yang meletus di sana pada 2014.

“Di Australia terdapat dasar ‘No Jab No Pay’, yang mana ibu bapa yang tidak memvaksin anak tidak akan diberikan manfaat berbentuk subsidi serta tidak dibenarkan mendaftarkan anak ke tadika,” katanya.
Dr Mohd Syamirulah berkata Malaysia tidak sepatutnya menunggu sehingga terjadinya wabak besar-besaran seperti yang berlaku di Filipina dan Madagascar untuk mengambil tindakan mewajibkan vaksin.

“Langkah awal perlu diambil dan bertepatan dengan masanya supaya dapat mencegah kehilangan nyawa yang lebih besar,” katanya.

Kata beliau, inisiatif M3 itu difahamkan turut disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Public Health Malaysia, Delegation of Nurses Malaysia dan The Dressar & Co.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, 76,220 petisyen di pautan, http://chng.it/Nw4pZSdx(www.change.org) sudah ditandatangani orang ramai dan M3 menjangkakan lebih 150,000 orang bakal memberi sokongan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2019 11:54 AM | Show all posts
Amid increase of unvaccinated children in Terengganu, calls for mandatory inoculations, and school bans

Coconuts KL
26 February 2019javascript:;

At an event launching the eastern state’s Cancer Awareness Day yesterday, Terengganu’s health director, Dr. Mohd Jusoh, told the crowds that 2018 saw an increase of parents forgoing vaccines. Two-hundred and thirty-one babies went without inoculations, a increase from 191 that were recorded only the year before.

Explaining that all but three of the babies who came in to the state’s health clinics were Malay, most refused the vaccines when offered by doctors at their baby’s check-up.

When pressed further as to why they did not want to vaccinate their children, the mothers explain that they were concerned over the halal status and safety of the vaccines, despite efforts from the Ministry of Health to clarify both matters.

Yesterday, the Health Minister Dr Dzulfefly Ahmad said that his department would be putting forth a proposal that would make vaccinations compulsory, without the option for parents to refuse.

Health advocates weighed in on the issue this morning, with many calling for unvaccinated children to not be allowed to enroll in schools, as they are a danger to other children.

Malaysian Islamic Doctors Association (PERDIM) president, Dr Ahmad Shukri Ismail, said it was time for immunizations to be required in order for children to enroll in school. Students could be at risk from deadly diseases and “an epidemic might occur if not handled properly.”

Speaking to Bernama, he highlighted that diseases like diphtheria were not only serious, and life-threatening, but they were also easily passed between individuals. A recent spate of cases among young children in Johor has brought the issue once again to the forefront, with one of the children dying of the preventable disease.

Shukri maintains that awareness and education among parents is paramount in achieving widespread immunity.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada sorang kawan anti-vaksin. Masha Allah dia punya sembang semuanya agenda Yahudi. I sound Ida kalau semuanya agenda Yahudi, kenapa dulu masa belajar u belajar guna buku management imported its one of agenda Yahudi jugak. Terus dia blocked I kat fb. Lantaklah nak jadi zuhud tapi guna fb pulak. Sekapal dengan sohai laksa ni.

Oh ya ibu I yg lahir early 50s pun vaksin cacar. Nenek I particular walaupun hidup di kampung hanya penoreh getah sahaja, nak dibandingkan dengan orang sekarang kerja bagus2 tapi menolak vaksin. Agaknya kalau anak mereka sakit, golongan anti-vaksin ni masuk hutan cari akar kayu kot. Huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
From what I observed based on the anti-vax I came across on fb n ig, they actually don't really understand what vaccine is and how it works. Google dari sumber ntah hape2 (usually review/opinion from rakyat kebanyakan je bukan pakar bidang berkaitan pun).

Vaksin haram?
Jakim dah kata halal. Yang duk kata vaksin harom sambil rokok di mulut iols rolling eyes kan aje. I pilih untuk percaya orang yang alim di bidangnya (hal menentukan halal haram) dari pokcik mokcik ntah siapa2 n kelulusan hape kat social media tuh. Unless you can provide a sound argument along with concrete evidence eg research/analysis then I'll consider. Setakat sembang harom tapi takde bukti sorry tak layan.

Vaksin agenda yahudi?
Entiti haram Israel wajibkan vaksin untuk rakyatnya. I pernah baca ada artikel/news pasal ni. If they really wanna jeopardise the whole world with vaccine, then why would they make it compulsory for their own people? Mass suicide mission kah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak anti-vax play the holier than thou card. Cakap orang yang pro vaccine tak percaya qada' qadar Allah pastu petik perkataan tawakal.

Hello.. Sohaimi SS pun pakai screen protector kat phone dia. Untuk apa? To protect his phone's screen la kenz. Nape tak pakai konsep tawakal je kat sini? Tak perlu pakai screen protector bagai. Just tawakal je semoga screen tak pecah. Ke tak percaya qada' qadar Allah pasal ketentuan screen pecah ke tak pecah? Beli screen protector sanggup sebab nak protect phone. Tapi taknak protect anak plak dengan bagi vaksin. Lagi sayang phone dari anak ke macam mana ni?

I tak alim but from what I understand.. Dalam Islam konsepnya usaha dulu baru tawakal. Even naik kereta nak keluar simpang pun usaha dulu tengok kiri kanan baru tawakal semoga takde kenderaan lain tiba2 out of nowhere laju datang. Tak tahu la kot antivax spesies tawakal tanpa usaha all the way all the time.. Keluar simpang menonong je tawakal tak tengok kiri kanan pastu mengundang cercaan ummah pengguna jalanraya lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 03:19 PM | Show all posts
meolz sokong ja vaksin.... biarlah yg pakar buat kerja... dah jd depan mata meolz... kawan meolz pro choice, anak sakit pon semua nak natural remedy.... anak demam pon nk cure sndri... kami semua risau tgk.... sampailah kejadian anak sheolz sakit teruk, ikotkan sheolz still taknak hantar hospital.... sampai gadoh laki bini.... tp Allah masih beri kesempatan utk sheolz still jd mom utk anak dia...

kesian anak tu... ada effect cmtu la... demam panas, mcm terencat sket....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2019 06:05 PM | Show all posts
Remaja perempuan antara tiga lagi kes difteria di Johor
Ahad, 3 Mac 2019 2:39 PM

Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga lagi kes difteria di Johor setakat Sabtu.


Dalam kenyataannya pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
Katanya kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Februari lepas dan kesemua mereka yang jangkiti tinggal di rumah yang sama.

“Kesemua kes telah menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil. Satu kes telah dibenarkan pulang ke rumah manakala dua lagi kes masih dirawat di hospital,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan difteria.

Dr Noor Hisham berkata lapan orang lagi yang tinggal serumah dengan kes kematian dan tidak bergejala juga diberi rawatan antibiotik sebagai profilaksis (pencegahan).

“Keadaan kesihatan mereka dipantau secara harian oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selama 14 hari. Tiada kes baharu dilaporkan dan kejadian adalah terkawal.

“Susulan kejadian wabak difteria di Johor ini, KKM ingin menegaskan kepentingan pemberian imunisasi bagi mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata penyakit-penyakit itu amat mudah merebak dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak membantu tubuh mereka membina antibodi yang boleh melawan kuman penyebab penyakit dan memberi perlindungan daripada jangkitan.

“Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan. Namun, seseorang yang tidak divaksinkan pula bukan sahaja mudah dijangkiti, tetapi turut berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ dan juga kematian,” katanya.

Beliau seterusnya menyeru ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM dan bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, perkhidmatan imunisasi boleh didapatkan daripada fasiliti kesihatan terdekat.- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:23 PM | Show all posts
saya tetap pilih untuk vaccine. dulu masa belajar je yg tgk betapa teruknya wabak penyakit macam campak,difteria..semua tu baca dari buku teks.tapi sekarang,banyaknya..

penah tengok baby maybe dlm 2-3bulan kat kecemasan,batuk for prolonged. buka timer kira brapa kali dia batuk, memang banyak dari normal. baca simptoms, more to pertussis. kesian nya,..hopefully she's ok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya menyokong vaksin.. Bukan apa, klu kena sakit berjangkit kat ank2 sapa yg susah. Zaman la ni, ada ka org nak pi cari akar seruntun nak buat ubat, pokok hempedu tanah, pokok bayam air, semua tu dah makin kurang. Kat kampung2 pun mcm dah pupus. Kalau berlaku kematian, atau anak2 orang sekeliling kena penyakit berjangkit, akibat daripada sikap selfish parents tu, nak ka rasa bersalah dan berdosa seluruh idop sebab kita anak2 org lain n jadi mangsa. Kalau parents bdk yg kena sakit berjangkit tu tak maafkan, larat ke nak bawak dosa2 tu pi masuk syurga sama2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kenalan kt tempat kerja.. Semua 6 orang anak dia tak ambil vaksin.  Katanya Cuma bergantung dengan makanan sunnah, habbatussauda,kurma,buah tiin.  Katanya vaksin ni haram. Tak da penyakit, pi cari penyakit dengan suntikan vaksin. Tapi Anak dia yg no 5& 6 selalu kena sakit kulit,demam,batuk. Vaksin tak percaya,tapi bila anak sakit tau plak nak bawak gi kkinik ambik ubat. Napa xbagi makan makanan sunnah je ya dak?

Taska anak aku pon dah wajib bagi rekod imunisasi. Nanti tak memasal anak kita dpt penyakit sebab golongan depa ni.

Aku suruh ja follow  prof dr imelda,dr ninie kt fb. Tapi macam biasa laaa depa. Hidup mati ditentukan Allah.
Tak paham aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:51 AM | Show all posts
aku harap kerajaan Malaysia wajibkan lah vaksin ni.
risau aku.
lagi2 dengan lambakan orang asing, diorang beranak pinak kat sini.
anak diorang vaksin tak?
now pergi mana2 mall pon diorang ada, siap bawak anak2 kecik2.
kita pulak fikir berpuluh kali nk bawak anak keluar.

tolong lah.
aku risaukan masa depan anak2 aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Akibat tak vaksin, nanti jadi mcm Suhaimi Saad atau nama manjanya Aimy Saad



Credit makcikpuaka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 12:07 PM | Show all posts
friedfishsoup replied at 12-3-2019 10:58 AM
Akibat tak vaksin, nanti jadi mcm Suhaimi Saad atau nama manjanya Aimy Saad

Arsenal fan @KILL_NANCY
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Haku kalo time g klinik n nak vaksin ank nie, haku rajin korek Rahsia ngan akak2 misi tanye Ade x jumpa Antivac? Akak misi ckp Ade je kdg2 da bg nasihat makpak AntiVaksin nie mula la berhujah ngan pnjg lebar....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 19-3-2019 05:54 PM
friedfishsoup replied at 12-3-2019 03:58 AM
Akibat tak vaksin, nanti jadi mcm Suhaimi Saad atau nama manjanya Aimy Saad




diri sendiri pun tak vaksin ke? Mesti ada parut BCG yang besar gedabak kat bahu dia. Lain laa kalau dia dok india, kawan saya tak cucuk pun masa diorang kecil, sebab mahal. Betapa bertuahnya rakyat malaysia ni, tu pun terpengaruh dengan doktrin antivac ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau boleh, parents jgn la pentingkan diri... jumpa pada org yg mahir dlm bidangnya....
masa parents kecik2 dlo pon ambil vaksin...
tp bila anak dah besar...... x nk bg anak vaksin....
cuba bayangkan kita semua ni x vaksin.... mesti segala penyakit zaman mak nenek moyang nk dtg balik...... hishhhhhhhhh.....
tolong laaaa berfikir dgn lebih waras.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau boleh, parents jgn la pentingkan diri... jumpa pada org yg mahir dlm bidangnya....
masa parents kecik2 dlo pon ambil vaksin...
tp bila anak dah besar...... x nk bg anak vaksin....
cuba bayangkan kita semua ni x vaksin.... mesti segala penyakit zaman mak nenek moyang nk dtg balik...... hishhhhhhhhh.....
tolong laaaa berfikir dgn lebih waras.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 09:30 AM | Show all posts
friedfishsoup replied at 12-3-2019 10:58 AM
Akibat tak vaksin, nanti jadi mcm Suhaimi Saad atau nama manjanya Aimy Saad

Terkujat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:12 PM | Show all posts
Pro Vaccine!!

But sukalah saya menyeru kerajaan subsidise kan vaccine pneumococcal untuk kanak-kanak ni, masukkan dalam plan vaccine negara

Yang ramai masuk hospital pun kanak2 yang tak ambik additional vaccine ni. Mencegah lagi baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2019 04:23 PM | Show all posts
Fwd-
Penyakit campak yang suatu ketika dahulu diisytiharkan sudah ditangani sepenuhnya di Amerika Syarikat kini muncul semula apabila 40 kes baru dilaporkan di seluruh negara itu bulan lalu sahaja.  US Inquirer melaporkan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak berumur bawah 10 tahun dan tidak pernah menerima sebarang vaksin.


Pihak berkuasa memberitahu 38 kes baru dikesan di Washington, dan masing-masing satu di Oregon dan Seattle.  13 kes lagi masih dalam peringkat pemeriksaan. Berikutan itu, Gabenor Washington, Jay Inslee telah mengumumkan darurat di semua unit kesihatan negeri itu.

Penyakit campak adalah penyakit yang sangat mudah merebak dan berbahaya dan boleh membawa maut bagi kanak-kanak yang tidak diimunisasi. Susulan berita itu, netizen kini meluahkan rasa marah kepada para anti vaksin yang dikatakan bertanggungjawab dalam menularkan kembali wabak tersebut.

Di sebuah kumpulan anti vaksin Facebook bernama ‘Vaccine Education Network: Natural Health Anti-Vaxx Community’ para komuniti fahaman itu kini dirundung kebimbangan.  Seorang anti vaksin telah meminta pertolongan rakan-rakannya 'bagaimana hendak melindungi anaknya yang berumur 3 tahun daripada jangkitan'.

Geram dengan komuniti itu yang kekal mengelak vaksin, netizen memberikan nasihat berupa sindiran pedas antaranya ‘berikan kepada keluarga angkat atau kamu berdoa sahaja’.



Ada juga yang memadankan muka para anti-vaksin itu kerana kebodohan mereka. Malahan ada yang mencadangkan para anti vaksin ditolak sekiranya meminta rawatan di hospital.

Semoga tragedi menakutkan seperti ini menjadi pengajaran buat para anti vaksin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.093065 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list