Kareena Kapoor merupakan aktres yang sangat terkenal bukan sahaja dalam dunia Bollywood, tetapi serata dunia. Kareena yang berbakat besar ialah salah seorang daripada keluarga Kapoor yang tersohor di India.
Kredit foto: Instagram Kareena Kapoor
Umum mengetahui Kareena ialah adik perempuan kepada pelakon terkenal Karisma Kapoor, dan merupakan anak kepada Randhir Kapoor dan Babita. Walaupun begitu, dia mencipta namanya sendiri dengan bakat luar biasa tanpa menumpang populariti dari sesiapa.
Populariti Kareena semakin melonjak apabila dia mengikat tali perkahwinan sesama artis Bollywood iaitu pelakon Saif Ali Khan. Mereka berkahwin pada 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang cukup comel yang diberi nama Taimur Ali Khan.
Kredit foto: Instagram. Kareena Kapoor
Kehidupan Kareena, 39 bersama suaminya, 49, nampak bahagia di samping anak mereka. Namun, tak siapa menyangka rupa-rupanya Kareena rimas dengan tabiat suaminya sendiri!
Apabila ditanya apakah tabiat suaminya itu, Kareena yang ketika itu ditemubual di dalam sebuah rancangan realiti, mendedahkan dia paling tidak gemar dengan tabiat Saif yang suka mengurut kaki menggunakan mesin urut tak kira ke mana sahaja mereka pergi.
Tambahnya lagi, Saif orang pertama yang akan baring di mesin urut jika mereka berada di lapangan terbang.
Kredit foto: Instagram Kareena Kapoor
Kareena akui antara kesemua tabiat Saif, hobi mengurut dengan mesin urut itu yang paling menjengkelkan.
Biasalah, setiap pasangan suami isteri pasti ada tabiat masing-masing. Yang penting, saling bertolak-ansur atas sifat pasangan masing-masing walaupun pelik. Anda pula bagaimana? -CARI |