CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3345|Reply: 9

"Kami Sambut Hari Lahirnya Sehari Lebih Awal Dan Itulah Kali Terakhir Kami

[Copy link]
Post time 1-3-2019 11:31 AM | Show all posts |Read mode


"Sehari sebelum dia jatuh sakit, kami sambut hari lahirnya sehari lebih awal dan itulah kali terakhir kami lihat dia ketawa, bercakap dan mahu meniup lilin kek. Dia demam panas pada sebelah malamnya dan terkena sawan pada pagi keesokannya".

Izrinda Roslin, 33 mengimbas kembali detik-detik manis yang dikecapi bersama anaknya Ammar Irfan, 6 sebelum segala-galanya berubah. Memetik laporan Bernama, Ammar Irfan mengalami radang otak. Ia menyebabkan anak kecil itu kini terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.






Kredit Foto: Bernama


Sebelum ini, Ammar Irfan dikenali sebagai seorang kanak-kanak yang petah. Malangnya, keupayaannya untuk bertutur kini terganggu. Anak kecil ini mengalami komplikasi gangguan saraf pada bahagian mulut.


"Serangan itu menyebabkan tangan kanannya mengerekot, tangan kiri dan kaki kanan tidak boleh bergerak, mulut serta mata tertutup", ujar Izrinda lagi. Gangguan saraf juga turut dikesan pada bahagian kaki dan tangan anak kecil ini.


Menguruskan Ammar Irfan di hospital kini menjadi rutin seharian Izrinda meskipun beliau sendiri menghidap kondisi tekanan darah tinggi. Ini kerana anaknya memerlukan Izrinda sepenuhnya untuk melakukan sebarang aktiviti.



Kredit Foto: Bernama / UtusanBorneo Online



Suaminya, Zakria Awang, 38 hanyalah seorang pembantu kimpalan di sebuah bengkel. Meskipun bekerja, beliau turut bersama-sama Izrinda berkongsi tanggungjawab menguruskan anaknya.


Dengan pendapatan bulanan suaminya sebanyak RM1,200, pasangan ini kini buntu untuk mencari dana bagi membiayai kos membawa anaknya bertemu dengan pakar neurologi di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.





Kesemua duit simpanan juga telah habis digunakan, dipercayai untuk menampung pelbagai perbelanjaan semenjak kejadian pahit yang menimpa satu-satunya cahayamata mereka itu. Menurut Bernama lagi, sebelum ini, Ammar Irfan pernah dirujuk ke HPP untuk menerima rawatan lanjut. Namun kembali dipindahkan ke HSAH minggu lalu.


Izrinda turut melahirkan penghargaan kepada individu-individu dan pihak tertentu yang pernah membantu meringankan beban mereka. Buat masa ini, mereka telahpun memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedang menunggu keputusan permohonan tersebut.


Bantuan boleh disampaikan melalui akaun Bank Rakyat Izrinda 223851015117 atau dengan menghubunginya di talian 017-4681055 atau Zakaria di talian 0111-6933973.


Radang otak merupakan kondisi yang terjadi akibat beberapa penyakit antaranya Encephalitis, Meningitis dan Meningoencephalitis. Menurut portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, antara simptom-simptom yang dialami adalah demam, sakit kepala, muntah-muntah, sawan dan juga koma.

Kredit Foto: Laman blog PsychPedia



Penyakit-penyakit ini menyebabkan beberapa komplikasi contohnya masalah pertuturan, gangguan saraf, gangguan pada koordinasi dan keseimbangan badan, sawan, lemah daya ingatan dan kemurungan. Justeru, pesakit perlu menjalani terapi secara berterusan meskipun setelah sembuh dari penyakit yang dihidapi. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 07:10 PM | Show all posts
semoga Allah permudahkan urusan
mereka sekeluarga..

sedihnya.. sakit dalam sekelip mata..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 1-3-2019 07:10 PM
semoga Allah permudahkan urusan
mereka sekeluarga..


Aminnn...insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:37 PM | Show all posts
dugaan yang sangat berat semoga di permudahkan segala-galanya dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa pakar kt spital rm5 je xde dana byr bil ada je jabatan khidmat masyarakat kt sepital boleh minta bantuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tabah menghadapi dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... semoga ada harapan untuk sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 09:00 AM | Show all posts
semoga adik ni sihat seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 09:04 AM | Show all posts
moga adik cepat sembuh.. moga diberikan kekuatan untuk keluarga ni dan dipermudahkan urusanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.077617 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list