Seorang remaja lelaki maut selepas terjun ke sungai bagi mengelak daripada dilanggar kereta api.
Kredit foto: BH Online/APM Tumpat
Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di jambatan kereta api tepi sungai Tok Selehong di Kampung Kok Pasir, Tumpat ketika mangsa bergambar bersama rakan-rakannya kira-kira jam 5.15 petang semalam.
Difahamkan, Mohd Haikal Firdaus Roslan, 15, meminta rakan merakamkan gambarnya yang berdiri di atas landasan.
“Pada masa sama, mangsa terdengar kereta api hampir melalui landasan itu menyebabkan dia panik," kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.
Kredit foto: Sinar Online
Bagaimanapun, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri ketika kereta api hampir sampai menyebabkan dia mengambil langkah drastik dengan terjun sungai supaya tidak dilanggar kereta api berkenaan.
"Rakan mangsa yang lain pula sempat berlari ke tepi landasan untuk menyelamatkan diri," katanya.
Tambahnya, sebaik kereta api melepasi kawasan itu, seorang rakan mangsa bergegas ke lokasi Mohd Haikal terjun dan cuba menyelamatkan rakannya selepas terlihat mangsa melambai-lambaikan tangan meminta tolong. Namun, usahanya gagal.
Kredit foto: Sinar Online
Dilaporkan, mayat mangsa berjaya ditarik ke tebing sungai oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian sebelum dibawa ke Hospital Kelaboran untuk bedah siasat. - CARI |