View: 9576|Reply: 36
|
"Jangan Babitkan Ibu Saya" - Aliff Aziz Buat Video Live Di IG
[Copy link]
|
|
Malaysia sekali lagi digemparkan dengan gosip Aliff Aziz yang dikatakan mempunyai skandal dengan pelakon Octavia Manrose. Video mereka di sebuah kelab malam dirakam oleh orang awam dan dihantar kepada isterinya, Bella Astilah.
Kredit foto: Instagram
Berikutan itu, Bella memuat naik status emosional tentang Aliff dan mendedahkan Aliff sudah lama tidak pulang ke rumah. Dalam beberapa hari ini juga, terdapat banyak progres yang berlaku tentang isu ini.
Antaranya termasuklah ibu Aliff yang memuat naik status seolah-olah ditujukan kepada menantunya supaya memelihara aib suami.
BACA JUGA: "Belum Tentu Aibmu Lebih Sedikit Daripada Dia" - Ibu Aliff Aziz
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang dilihat seolah-olah menyalahkan Bella serta mempertahankan perbuatan anak sendiri walaupun salah.
Kredit foto: Instagram
Justeru, Aliff yang menyepi setelah beberapa hari telah membuat Live Video di laman instagramnya lebih kurang jam 12 tengah malam tadi secara tiba-tiba.
Berdasarkan latar belakang di dalam video tersebut, Aliff berada di dalam sebuah bilik, dan mungkin dia masih belum pulang ke rumah isteri dan anaknya.
Orang ramai ternanti-nanti apakah yang ingin diperkatakan Aliff berkenaan isu tersebut. video itu ditonton lebih tujuh ribu pengikut.
Rupa-rupanya, Aliff hanya ingin netizen supaya tidak melibatkan ibunya ke dalam isu tersebut. Menurut Aliff, ramai menghakimi ibunya yang kononnya membela Aliff sedangkan mereka tidak kenal siapa ibunya dan bagaimana dia mendidik anak-anaknya.
Aliff mempertahankan ibunya dan menyebut status itu adalah status umum dan tidak menyebut nama sesiapa pun. Dia tahu ibunya tidak mempedulikan tohmahan netizen, namun sebagai anak Aliff rasa bertanggungjawab untuk menjernihkan keadaan.
Aliff juga menceritakan bahawa ibunya ialah seorang yang tegas dan tidak membelanya seperti didakwa netizen. Bahkan, ibunya pernah memblok dia di aplikasi whatsapp disebabkan kesalahannya untuk menghukum Aliff supaya dia sedar.
Selain itu, ibu Aliff turut mengambil langkah untuk tidak bercakap dengan anaknya itu sebagai pengajaran buat Aliff agar dia berubah.
Walau bagaimanapun, Aliff tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Bella, kerana dia akui semua adalah kesilapannya dan tiada guna jika dia memberi komen mengenainya seolah-olah menegakkan benang basah.
Sebagai penutup videonya, Aliff meminta orang ramai untuk berhenti melemparkan tohmahan kerana dia manusia biasa dan melakukan kesilapan sama seperti orang lain. Dia berharap agar para netizen tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Video berdurasi selama lebih kurang 30 minit itu mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen.
Isu ini masih belum reda nampaknya. Semua orang tertanya-tanya apakah Aliff dan Bella akan berbaik semula selepas isu sama berlaku kali kedua.
Kepada Aliff, cubalah menjadi anak, suami serta ayah yang baik. Semoga ini kali terakhir kita mendengar cerita kurang enak mengenai Aliff Aziz! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aiolzs laa,aiolzs mmg xkan rujuk balik ngn belaa tu,first and second case sama,bella meroyan kt socmed,bkn nk bncg baik2 dlu..nmpk sgt sejenis y xleh bt isteri..ada salah,komfem aib ko akan dibuka sepenuhnya oleh dia..
And utk jadikn dia ni as a hasben also kenot laa..perangai boyaa tu x habis2...pasni ada lg kes..bosan ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai je lah bella tu. Dari aku simpati bini kau sampai aku naik meluat. Dgn kau pun aku meluat. Baik kau cerai, tp jgn lupa tanggungjawab pula...kau dpt job,ko kasi nafkah. Goodluck lah dpt jandha emosi cam bella tu nanti. Yg penting kalau ko duda nanti, ko nak mengotey dgn sapa2 pun perempuan tu x leh bising. |
|
|
|
|
|
|
|
Move on je la bella. Dah 2 kali alif curang. Dan akan datang mungkin akan curang lagi. Dia pun bukan hargai kau sebab dah maafkan salah dia yang lepas. Pegi pejabat agama, packing baju and chow je. Tak payah la bising2 lagi. Lantak la mak dia nak cakap ape pun. Normal la mak backup anak. Tak pelik pun mentua macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
siapanya yg babitkan ibu engkau?
Orang tua tu yg update status. Dia babitkan diri dia sendiri. Ada baiknya dia diam! |
|
|
|
|
|
|
|
sorry to say, bella , as if takder jantan lain dlm dunia. asik2 nak siasat sal laki ko. dah tau dia curang, yg ko masih terhegeh dah kenapa and stop hebohing your stupidity to the public. wat hal marah pas tu maafkan, bila wat lagi up kat scmed pastu maafkan. klu dah very secure, suh jer jantan tu duk umah. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm erti kata lain bella ni pendendam
dlm erti kata lain aliff ni lelaki buaya darat yg tersohor
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko baik dok dendiam jelah
Biar takde job
Pandai lah diam bini ko tu
Dah meroyan tak ingat dunia 3 hari 3 malam
Tiba2 maafkan bagai
WTH |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang-kurangnya ibu Alif ni tak berlepas tangan dalam bab mendidik anak. Tugasnya pun dah selesai, anak-anak dah dewasa. Apa yang terjadi semuanya atas pilihan sendiri.
Sebagai seorang ayah, dah bersediakah Alif menggalas tanggungjawab? Atau masih tak puas lagi nak mengejar kepuasan diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2 hajah zeil jugak yg kutip jd hero drama.. entah2 heshe pon dpt servis kot.. yuckkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila close up, huduh juga mamat perangai tak semenggah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul sayang & care kat mak ko, kenapa asyik berulang2 buat kesilapan
Kalau dah byk kali bkn silap lg
Tu maknanya peel ko tu yg buruk |
|
|
|
|
|
|
|
Menantu meroyan
Alif ala pun ala2
Mak metua pun begitu
Inikah yg dimaksudkan dengan sekufu? |
|
|
|
|
|
|
|
bella mcm nakberbaik semula jah. nampaknya peristiwa ini akan berulang sampai kiamah |
|
|
|
|
|
|
|
tipikal retis and celebrity bila dilanda kontroversi.. JANGAN BABIT ATAU PETIK NAMA MAK BAPAK KELUARGA BINI ANAK SAYA |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi balik singapore la bastard...semak la |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah dgn bella.insecure much.mau ngeko laki 24 jam..baik ko blah bella.manjang up kt socmed psl hal family ko.malulah weh..jahat jahat dia..semua satu msia kenang dh dua kali buat hal.aib dia yg ko bukak seluas luasnya..ko baik nau ke smpai xda aib.xdak pulak laki ko walau dia celaka sekalipun dia bukak aib ko.xkanlah xdak aib sket pun.mmg baik alif cr pompuan lain ko cr laki lain.mana tahu alif celaka dpt pompuan yg baik dn ko dpt lelaki yg lbh baik dr alif.stoplah bella..aku xsuka pompuan mcm ni.namanya bully di socmed.mmg celaka perangai laki ko..yer maklum tp ko pun sama.ptt ko muhasabah juga |
|
|
|
|
|
|
|
Video kat club kan? Tgh clubbing? Kalau clubbing why Bella ni salah kan the girl jugak. Kat club kan perempuan menari je ngan sapa2 dah tak fikir laki org ke apa ke. Lagi dia post kat socmed lg org menyampah ngan dia. Settle kan la masalah u kat rumah atau kat court bella. Tak perlu buat karangan panjang lebar kat ig.
|
|
|
|
|
|
|
|
bella lah yang ngek sebab masih setia beri peluang
tak faham aku |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya mokcik diam..jgn terlibat..klo nk nasihat, jumpa la anak menantu tu. Bkn perli nasihat di fb. |
|
|
|
|
|
|
| |
|