CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22659|Reply: 64

Pencinta novel! Kenali Penulis Novel yang Terkenal di Malaysia Ini

  [Copy link]
Post time 5-3-2019 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Ramai yang suka membaca terutama novel. Walau setebal mana atau sepanjang mana jalan cerita, pasti ada yang sanggup membeli dan membacanya.


Setiap cerita yang dikarang penulis sentiasa terselit mesej tersendiri dan mempunyai pengajaran dalam hidup serta boleh dijadikan panduan.


Walaupun kita suka membaca, tetapi jarang kita mahu mengenali penulis kepada novel yang kita baca itu. Ada diantara mereka tidak menggunakan nama sebenar dan hanya menggunakan nama pena. Marilah kita mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.






1. Ramlee Awang Murshid




IG Ramlee Awang Murshid




Pasti ramai mengenali penulis novel ini yang pernah mendapat gelaran jutawan novel. Malah, Ramlee Awang Murshid pernah mendapat jolokan penulis novel triller kerana kebanyakan novel dihasilkannya berbentuk seram dan mistik.


Beliau lahir pada 4 November 1967 di Papar, Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pada itu, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM selama lebih 20 Tahun.








Novel pertama dihasilkannya adalah Igauan Maut pada tahun 1995 dan berjaya menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996. Antara novel tulisan beliau adalah Tombiruo 'Penunggu Rimba', Rahsia Perindu, Pei Pan, Ranggau dan banyak lagi.








Kebanyakan novelnya diterbitkan oleh Alaf 21. Namun, ada sebuah novelnya telah pun difilemkan iaitu Tombiruo "enunggu Rimba'. Pasti peminat hasil karyanya menanti setiap naskhah novel beliau di pasaran.




2. Siti Rosmizah








Siti Rosmizah Binti Semail yang berasal dari Kuala Lumpur telah menceburi bidang penulisan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang peguam dan juga berjaya sebagai salah seorang novelis terkenal. Hasil penulisannya yang pertama adalah Andai itu Takdirnya telah diterbitkan oleh Buku Prima dicetak sebanyak enam kali.











Melalui novel Andai itu Takdirnya, beliau memenangi Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009. Jika ingin menangis, kecewa dan sakit hati, bacalah novel yang dikarya olehnya.


Banyak hasil penulisannya diadaptasikan ke drama. Antaranya adalah Andai Itu Takdirnya, Lafazlah Kalimah Cintamu dan Andai itu Takdirnya 2.




3. Syamnuriezmil







Novelis Syamnuriezmil memang terkenal dengan kata-kata manis dalam novel tulisannya. Penulis atau nama sebenarnya Nur Azyyati Abu Bakar lahir pada 4 Oktober 1980. Sebelum menceburi bidang penulisan, beliau pernah bekerja di sebuah bank selama 13 tahun.











Sejak 2010, beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Novel tulisan beliau boleh dinobatkan sebagai novel paling banyak diadaptasi ke drama. Antaranya adalah Perempuan Paling Bahagia, Awak Sangat Nakal, Tuan Anas Mikail dan Mr. Grey.


Kesemua novelnya mendapat sambutan hangat kerana cara penulisannya yang sempoi dan santai. Mudah untuk difahami dan dihayati.




4. Fauziah Ashari








Siapa tidak kenal dengan penulis Fauziah Ashari yang novelnya pernah meletup suatu ketika dahulu. Ombak Rindu adalah sebuah filem romantik yang diadaptasi dari novelnya dania pernah mengegarkan panggung wayang serta menjadi saingan untuk filem-filem romantis lain.











Fauziah Ashari lahir pada 13 Mei 1971 di Parit Sulong, Johor. Sebuah lagi novelnya yang telah diadaptasi ke drama adalah Kan Kukejar Cinta Kamu.


Selain Ombak Rindu dan Kan Kukejar Cinta Kamu, banyak lagi novel tulisannya yang lain seperti Pergilah Sepi, Setia Menanti, dan Duri.




5. Damya Hanna







Intan Suhana Ramli atau nama penanya Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Beliau Berkelulusan Ijazah Dalam bidang perakaunan dan berminat menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi.


Bermula dari minat menulisnya, maka muncul novel pertama yang bertajuk Bicara Hati dan mendapat sambutan hangat di pasaran. Impian beliau ingin terus menjadi seorang penulis novel yang disenangi walaupun beliau bekerja sebagai akauntan.







Selain novel Bicara Hati, novel lain hasil tulisannya adalah Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi dan Senafas Rindu yang telah diadaptasi ke drama. Sementara itu, novelnya yang bertajuk Langit Cinta juga telah difilemkan.




6. Aisya Sofea







Nama sebenar Aisya Sofea iaalah Hanizura Jamaludin dan berasal dari Klang Selangor. Beliau mula dikenali menerusi novelnya yang pertama, Jauh.









   
Novelnya yang sangat popular adalah Jendela Hati. Novel tulisannya yang bertajuk Adam & Hawa juga diadaptasi ke drama dan mendapat sambutan ramai.


Ramai penulis hebat di luar negara yang menjadi idola kita. Namun, tidak kurang juga penulis novel di negara kita sendiri. Hasil tulisan mereka dengan gaya penulisan berbeza memang dinantikan oleh peminat.


Seperti satu petikan ayat dalam sebuah novel tulisan Syamnuriezmil, A Writer is good story-teller. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Hlovate kekal misteri. Norhayati Berahim, Pitteriah Abdullah tak masuk list? Sekarang dah tak banyak baca novel, storyline parat tu je lah takleh nak hadam tajuk2 novel zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahadiat akashah pun takde. Sepatutnya ahadiat akashah tu yg first {:handsome
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramli awang murshid tetap legit!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:39 AM | Show all posts
a.akashah

legenda bdk setan


sila masuk dlm list
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:46 AM | Show all posts
ahadiat akashah org dah kenal kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 11:51 AM | Show all posts
miszclassique replied at 5-3-2019 11:29 AM
Hlovate kekal misteri. Norhayati Berahim, Pitteriah Abdullah tak masuk list? Sekarang dah tak banyak ...

iols suka novel pitteriah abdullah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ini lah penulis novel2 anak tan sri syok kat cleaner pejabat.. ceo billionair kahwin senyap2 dgn pompuan kampung jual kuih karipap tepi jalan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 5-3-2019 11:51 AM
iols suka novel pitteriah abdullah

Dulu baca novel dia sampai terbawa bawa ye..sweet je rasa mungkin sebab zaman tu zaman merenyam sikit haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:06 PM | Show all posts
miszclassique replied at 5-3-2019 11:30 AM
Ahadiat akashah pun takde. Sepatutnya ahadiat akashah tu yg first {:handsome

minat giler ngan penulisan ahadiat akashah..plis buat novel lagi bro..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 5-3-2019 12:14 PM
Oh ini lah penulis novel2 anak tan sri syok kat cleaner pejabat.. ceo billionair kahwin senyap2 dgn  ...

X sume writer suka tulis cite gitu,antaranya ram n hlovete...novel dyorg antara yg aq leh terima lgi,kalo novel jenis cite CEO company besar kaya projek juta2 fall in love ngan gadis kmpung biasa2 mak hero datin/puan sri vogue lakinya pulak xde function plus x gf hero yg bitchy dok tgila2 kt hero mmg haram la aq nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:12 PM | Show all posts
Rasanya RAM la novelis paling berjaya kat Malaysia ni. Laku keras hokey novel2 beliau. Beliau dah ada pengikut tersendiri yg ramai.

Novelis perempuan yg kat atas ni ada la kut aku baca sebuah buku dorang tapi tak ada yg melekat sangat di hati. Aku lagi suka tulisan Noor Suraya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikot list kt atas, novel yg ditulis RAM jr bolrh hadam. Yg lain2 tu crita meleweh, meleleh. Penat nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 5-3-2019 02:12 PM
Rasanya RAM la novelis paling berjaya kat Malaysia ni. Laku keras hokey novel2 beliau. Beliau dah ad ...

Yesss terlupa pulak Noor Suraya. Cerita pasal novel2 ni memang mengimbau kenangan tul.. Dah berlalu dah zaman novel iols. Sekarang berporemm sajorkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:30 PM | Show all posts
miszclassique replied at 5-3-2019 03:29 AM
Hlovate kekal misteri. Norhayati Berahim, Pitteriah Abdullah tak masuk list? Sekarang dah tak banyak ...

aku suka novel norhayati berahim..
rasa mcm join dlm novel tu sekali bila baca
like novel - Aku Bukan Billy Milligan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:49 PM | Show all posts
zuuu replied at 5-3-2019 01:26 PM
X sume writer suka tulis cite gitu,antaranya ram n hlovete...novel dyorg antara yg aq leh terima l ...

sama la ngan aku pon, novel sampah mmg aku minat nk beli...baik baca karya ram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharifah abu salem tak masok list kah? Karya dia pun byk best2 jua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah hlovate?? Curious gile. Tp if die nk kekal anynomous.. I support sajek.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 10:06 PM | Show all posts



Novel RAM sekarang ke-thriller-an dia dah kurang


dulu 3 suku baca, kadang-kadang dah abis buku baru paham cerita


sekarang first 10 chapters dah bole agak cerita


romance pulak banyak menguasai plotline


macam baca buku romance, bukan buku thriller pun ada



apa-apa pun novel Melayu yang boleh RAM je la


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:51 PM | Show all posts
Weller replied at 5-3-2019 10:06 PM
Novel RAM sekarang ke-thriller-an dia dah kurang

Ahahaha sama dgn aku. Aku dah kurang thrill dgn novel2 dia skrg. Aku ikut novel dia drpd zaman Tombiruo dan memang each time beli esp dia terbit satu novel setaun. Skrg aku rasa mcm ayat2 sgt complicated tp tak engaging nak baca. Last sekali aku suka pun cerita yg ada cover harimau tu. Latest dia kuarkan Anding Ayangan series, novel ke2 malas plk nak baca. Cuma beli novel terbaru terbitan online, Kasyaf Ain je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082898 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list