View: 30340|Reply: 19
|
Pencinta Kucing! Kenali 8 Jenis Kucing Paling Mahal Di Dunia
[Copy link]
|
|
Foto: mnn.com
Pasti ramai yang meminati kucing sebagai haiwan peliharaan hingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk memberi yang terbaik bagi menjamin keselesaan kucing mereka.
Ramai yang teruja ingin tahu jenis-jenis kucing yang ada di dunia ini. Bagi yang kurang mengenali jenis kucing, mari kita kenali lapan kucing paling mahal di dunia.
8. British Shorthair
Kucing ini memang sudah terkenal sejak dahulu lagi kerana memikat hati ramai pencinta kucing di Eropah. Malah, kucing jenis ini merupakan salah satu kucing tertua di dunia.
Menurut sejarah, tentera Roman membawa kucing-kucing dari negara mereka untuk menjaga pertanian mereka daripada serangan tikus. Kucing jenis ini sesuai dipelihara oleh pencinta kucing yang menyukai kucing tidak begitu hiperaktif.
Badan yang gemuk, bulu yang pendek dan hidung penyek menarik peminat kucing untuk memeliharanya. Kucing ini boleh dikatakan kucing yang tercantik di dunia.
Harga bagi kucing jenis ini sekitar ASD3,000 atau RM12,000 bergantung kepada jenis kucing dan usia kucing tersebut.
7. Russian Blue
Russian Blue berasal dari Rusia yang mempunyai sifat yang aktif, manja dan pemalu menyebabkan mereka hanya mahu bermanja dengan pemiliknya sahaja. Mereka akan bersembunyi jika menemui orang yang tidak dikenali.
Bulunya yang berwarna kelabu pekat dan mata birunya menjadikan kucing ini antara termahal di dunia. Kucing ini tidak mudah untuk didapati dan hanya dijual dalam talian pada harga lebih ASD3,000 atau RM12,000 bergantung kepada usia kucing tersebut.
6. Scottish Fold
Kucing gemuk dengan telinga kelepet dan bulu pendek yang lebat ini berasal dari Scotland. Kucing ini dikatakan sangat aktif dan cergas.
Jika anda mahu memelihara kucing jenis ini, anda harus bersedia untuk sentiasa bermain dengannya kerana mereka mudah stres dan bosan. Malah, jika dibiarkan sendirian hingga stres, kucing ini berisiko cepat mati.
Scottish Fold boleh hidup selama 15 tahun dengan penjagaan rutin yang khusus. Tempat tinggalnya haruslah menitikberatkan aspel kebersihan dan memberinya makanan yang sesuai.
Harga kucing ini juga boleh didapati sekitar ASD3,000 atau lebih.
5. Parsi
Sejak abad ke-19, baka kucing Parsi dikembangkan di Britain dan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua. Bulu Kucing ini yang panjang dan memiliki hidung yang mendatar amat diminati pencinta kucing.
Kucing yang manja dan aktif ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Parsi Hidung Datar, Parsi Medium, Parsi Hidung Penyek, Parsi Himalaya dan Parsi Eksotik.
Harga kucing ini sekitar ASD4,000 atau RM16,349.
4. Bengal
Kucing dengan tubuhnya yang panjang, berbulu pendek dan bertompok-tompok ini adalah hasil kacukan silang baka lain seperti Abyssinian, American Shorthair dengan Asian Leapard Cat. Sifat kucing ini yang sangat penyayang dan suka berkawan sesuai dijadikan haiwan peliharaan.
Mereka boleh menjadi teman setia manusia dan sangat sukakan air. Anda boleh mendapatinya pada hargasekitar ASD14,000 atau RM57,222.
3. Anggora
Kucing Anggora berasal dari Asia. Jenis kucing ini antara kucing tertua di dunia, malah sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi.
Memiliki bulu, hidung dan telinga yang panjang, kucing Anggora yang berwarna putih sangat digemari kerana matanya yang unik dan ganjil.
Harga kucing Anggora boleh mencecah ASD15,000 atau RM61,309.
2. Kucing Savannah
Kucing Savannah memegang rekod kucing terpanjang di dunia oleh Guinness World Records dengan panjangnya mencecah 17 inci dan sangat terkenal di Amerika Syarikat.
Menurut sejarah, seorang penternak kucing Bengal iaitu Judee Frank ingin mencipta jenis kucing yang baru. Jadi, dia kacukkan kucing siam dengan kucing serval, maka lahirlah baka kucing baru dinamakan Savannah.
Kucing ini memiliki wajah yang ganas dan liar, tetapi sangat ramah, tidak takut dengan air dan mudah untuk dilatih. Memiliki tubuh yang besar, tinggi, ramping dan lentur. Kakinya juga panjang.
Harganya dari ASD4,000 hingga ASD35,000 atau (RM16,349-RM143,055).
1. Kucing Ashera
Kucing Ashera adalah hasil kacukan Asian Leopard Cat dengan kucing liar. Tubuh kucing ini boleh berkembang sehingga 12 kilogram, menjadikan ia kucing terbesar di dunia.
Kucing ini kelihatan garang dan buas, tetapi ia sebenarnya jinak dan diminati pencinta kucing di seluruh dunia. Selain itu, kucing ini juga aktif dan senang untuk dibawa kemana-mana oleh pemiliknya.
Kucing ini dijual pada harga biasa iaitu ASD37,000 atau RM151,230. Namun, warna bulu mempengaruhi harga semasa sehingga mencecah ASD125,000 (RM510,912) menjadikan kucing ini yang termahal di dunia.
Pencinta kucing sudah pasti berkira-kira hendak melabur wang untuk membeli seekor kucing. Bagi seseorang dengan cita rasa tinggi, harga bukan lagi menjadi masalah. Tetapi, berbaloikah membeli kucing pada harga yang terlalu mahal? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesahlah jenis mahal atau jenis murah yang penting kalau nak jaga pastikan menjaganya dengan baik jangan bila dah bosan main buang merata. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tgk kucing tapi takot kucing... haha |
|
|
|
|
|
|
|
russian blue ngan british short hair tu kalau peluk best sangat bulu dia walaupun pendek tapi gebu |
|
|
|
|
|
|
|
Bila malaysia nak larang beli designers kucing dan anjing dari kedai haiwan? Kalau nak, ambik dari pusat perlindungan haiwan atau yang terbiar tu. Kesian banyak haiwan kena buang bila tuan dia dah bosan Yang set2 mahal macam ni kalau kena buang, bukannya boleh hidup sendiri. Munchkin kaki pendek tu, berlawan pon kaki terkuit2 tak sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
file:///.file/id=6571367.23661719
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane nak insert gamber kucing aku
|
|
|
|
|
|
|
|
meollss dulu penah bela kucing mainecoon betina ade orang buang kat semak..xpham meollss nape org suka buang2 kucing ni..pastu skang kat uma meollss ade 3 ekor kucing sume tu kucing jalanan meollss amik masa kecik kalu jumpa kt tmpat parking, semak n tepi jalan..#adoptnotbuy |
|
|
|
|
|
|
|
spesis yg bela kucing mahal sajoooo ni biasanya spesis sama yg akan buang kucing bila dah tak sama mcm masa beli. takde perasaan langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
kan..beli mahai pas tu buang..meols byk kutip kuci jalanan ..beli ..tapi alhamdulillah bila dah gebu..ramai kwn2 saudaramara ..adopt..meols x kasi org yg x kenai sbb takut tidak dipelihara sebaiknya..so meols masih bole lawat dia..nak bela byk2 ..rumah kecik..tengah pekan..ada gak yg buang anjing kesian..apadaya meols x dapat bela cuma kasi makan je bila terserempak |
|
|
|
|
|
|
|
kucing mahal maintenance mahal. kucing parsi makan greens ape kes? |
|
|
|
|
|
|
|
Awww cute.. Geram nak cium2 hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok kucing tapi tak suka bela |
|
|
|
|
|
|
|
comel2 kucing nya tp sayang tak bole pelihara kucing..alergik |
|
|
|
|
|
|
|
Stray cat kat rumah pun aku bagi makan termasuk anjing jalanan. anak aku mandikan stray cat yang selalu datang tu. bila dah mandi cantik tau diorang ni. seminggu sekali anak aku mandikan dan bubuh ubat kutu. hanya adopt sekor je yang duduk dalam rumah sebab laki tak bagi byk2 dalam rumah. tapi stray cat yang lain behave sangat main kat porch je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu bela miaw..ni mereka sgt perlukan kasih syg..makan dan kesihatan perlu jaga..klu tak jgn bela... kesian...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan beli kucing mahal2, nak buang pulak, tak logik lah, barang mahal biasanya bela sampai bila2, selagi hayatnya, tulah kemanusiaan segajat namanya. Tak tahulah klu bayar hantaran mahal bini pun boleh buang camtu je. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak suka kucing, tapi kat rumah aku mmg ada 3 ekor kucing liar aku kasi makan. aku mmg tak suka kucing pasal kucing opportunist. kucing yg aku kasi makan ni, penah skali aku biarkan pintu terbuka pasal nak basuh bekas makanan dia, elok dia masuk dan cuba nak dominasi ruang tamu aku. so aku hambat dgn penyapu byk lagi incident menunjukkan diorang cuba nak upgrade diri diorang jadi kucing rumah, tapi aku mmg disiplinkan kucing2 liar tu. diorang tau forever, aku takkan suka diorang. aku tak penah belai, tak penah bercakap pun dgn kucing2 tu just kasi makan, then blah. bye. |
|
|
|
|
|
|
| |
|