CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 3

"Relaks" Titah Berseloroh Seri Paduka Baginda Di Sidang Pembukaan Parl

[Copy link]
Post time 12-3-2019 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Berita Kini.



Hanya dengan perkataan "relaks" yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al - Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mampu membuatkan seluruh isi Dewan Rakyat riuh rendah buat seketika.



Suasana dewan yang agak panas dan tegang pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 semalam bertukar menjadi ceria dengan seloroh daripada Seri Paduka Baginda.



Selaku ketua Negara, Baginda bukan sahaja bijak dalam pemerintahan bahkan pandai mengawal emosi Dewan Rakyat dengan memberikan aksi-aksi spontan yang dapat menggamatkan seluruh suasana dewan.



Tidak cukup dengan titah yang berbaur lucu, Seri Paduka juga turut berseloroh menyamakan umurnya dengan sambutan ulang tahun Parlimen yang ke - 60 tahun.



Aksi spontan daripada Seri Paduka mendapat reaksi meriah daripada ahli-ahli Yang Berhormat yang kelihatan memberikan tepukan dan ada yang turut bersorak menepuk meja untuk menambah lagi keriuhan.






Jika sebelum ini, kita dihangatkan dengan titah "sila duduk, dan jangan lari" oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kini titah "relaks" daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pula bakal digunapakai oleh para netizen.



Begitulah ibaratnya perkataan biasa tetapi diucapkan oleh insan yang istimewa pasti menjadi luar biasa.



Semoga suasana harmoni yang dapat dilihat pada majlis pembukaan Parlimen ini berterusan serta rakyat Malaysia hidup aman damai di bawah naungan kasih Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah. Daulat Tuanku! - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat yg sebelum...
"Sila duduk jangan lari"

Tup2 heols yg lari ke moscouuu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 05:53 PM | Show all posts
malu ape buskur haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 06:07 PM | Show all posts
sultan ni pun nak buat tag line dalam parlimen juga ke....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065703 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list