CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
Post time 21-4-2022 03:36 PM | Show all posts
Selesai baca lagi satu buku, Life Goes On ~ Siti Nordiana



Dunia yang sekadar persinggahan, namun kita sering terlupa kepada yang namanya pinjaman, lalu kita terus lemas dalam ujian, hanyut dalam kecewa yang berpanjangan.

Sedar dan bangkit dalam kealpaan, itu yang seharusnya kita lakukan, kerana akan lemahlah jiwa jika kita berlagak lemah, akan kuat semula jika kita berlagak gagah, biarpun tidak mudah dalam mengorak langkah, namun hati yang berat ini harus dipaksa-paksa.

Walau hati yang hebat diuji, kau tak akan kembali kuat, jika tidak belajar untuk bangkit kembali, kau tak akan kembali tegar, jika nasibmu diserah bulat, kepada ujian yang melumpuhkan jiwa dan hati.

Walau hati yang dipalu hebat, kau tidak pernah terlambat, akan ada pelunag dan kesempatan, kedua, ketiga dan akan datang, asal kau terus cekal mendepani ujian demi ujian.

*******
Lama juga buku ni ada atas meja saya. Tak rasa nak baca. Sebab bukan peminat Nana pun. Tapi lepas baca kisah Nana dalam forum ni, terus amek dan baca. Buku yang banyak motivasi. Biografi Nana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 08:41 AM | Show all posts
baca ebook.. 48 laws of power

can be applied on daily life.
how to manipulate others based on your intentions.
more to trick psychology.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2022 08:11 AM | Show all posts
currently tengah baca twisted tales: princess series by Syu Arianibuku terakhir --  Cinderella ...




Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:51 AM | Show all posts
Tengah baca Sekolah Bernama Kehidupan ~ Asmar Shah



“Ram…”

Ramsa masih statik di tempat yang sama.

“Kenapa? Cepatlah datang sini. Kita cari di sini. Banyak besar-besar di kawasan ni…

“Tapi Ram, sekarang ni kau di bawah tandas orang…” Tuturku dengan nada datar.

Perlahan-lahan Ramsa mendongak ke atas dan kelihatan lubang tandas betul-betul berada di atas kepalanya. Saat itu, barulah dia nampak beberapa tompok najis yang sudah bercampur dengan lumpur di belakangnya.

...

Orang kata kalau tak nak rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi bagaimana jika pantai saja yang boleh menerima kami? Dan berumah di tepi pantai itu saja yang kami mampu?

Ini adalah cerita saya, Liu. Membesar di Kampung Karamunting Laut, jauh dari kemewahan hidup moden.

Ayuh selami bersama zaman kanak-kanak saya serta rakan-rakan, Eisah dan Ramsa. Belajar pasang surut dari sebuah sekolah bernama kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 02:15 PM | Show all posts
Baru selesai baca buku tajuk Ada Apa Dengan Buku ~ Shaharom TM SUlaiman & Suriati Shamsuddin


just us kids

Ya, ada apa dengan buku? Seperti cinta suci yang tulus, buku ada segalanya. Menjadi teman paling sabar, guru yang bijaksana dan jendela yang luas, buku menawarkan ilmu, pengalaman juga bujukan buat mengisi kalbu, memperkaya pengetahuan, mempertajam minda, menguja nuansa.

******************
Books are the souls to our life. Your books are your personal history. You are what you read. ~ Michele Oka Donner

Menarik juga info dalam buku ni. Usaha penulis untuk mengajak para pembaca untuk menghayati dunia perbukuan, dunia pembacaan dan dunia ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 19-5-2020 02:19 PM
rate boleh tahan 4.16/5 ...
cuma tahun dedulu ni
rasa otak ni agak payah ak imagine

Quo Vadis by Henryk Sienkiewicz

Dah habis baca untuk kali kedua Quo Vadis ni. Kali pertama baca tahun 2020 tak berapa lancar sebab banyak Latin term yg saya baru belajar. Nasib baik edition yg saya baca ni ada footnotes.  Dah la pengetahuan tentang sejarah Empayar Rome zaman Maharaja Nero pun kurang. Dekat 2 bulan jugak.

Kali kedua baca laju sikitlah sebab dah familiar.

Saya tak pasti pulak ada ke edisi bahasa Melayu.

BTW, untuk forumer lain yg tak pernah dengar tentang Quo Vadis ni; ia sebuah historical fiction berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Nero, seorang Maharaja Empayar Roman yg terkenal dengan kezaliman dan vanity nya. Ia sebuah kisah cinta antara seorang bangsawan Rom dengan seorang puteri yg merupakan seorang tawanan perang. Si bangsawan ni pagan. Puteri ni penganut Kristian in silence. Time ni penganut Kristian dipanggil heretic dan facing persecution oleh pemerintah.

Cerita ni best la. Saya bagi 5 bintang. Jalan cerita hidup and engaging. Ketika plots berada di Roman's court, terasa dibawa ke satu zaman klasik yg sangat vain, merapu dan kejam. Plots melibatkan Apostle Peter dan Paul pula,  it had biblical nuance to it. Babak melibatkan para gladiator di Coleseum memang terasa terrornya. Mangsa dipakaikan sut beruang lalu dilepaskan singa untuk bertarung. Ada yg dijadikan living torch. Ikut suka hati Nero.

Compared dengan historical fiction lain, story plots intertwined smoothly dengan real historical points. Tak hairanlah penulis ni memang Nobel Prize (kesusasteraan) untuk buku ni.

Kontra buku ni-
Perlu komitmen masa dan penghayatan nak baca. Edisi saya panjangnya 606 m/s. Prior knowledge of Nero's reign will greatly help.

Quo Vadis asalnya di tulis dalam bahasa Polish.

Advice saya kalau nak baca buku ni, elakkan translation English oleh Jeremiah Curtin. Ia translation English tertua tahun 1893/4 kalau tak silap. Melainkan suka baca archaic English dan ianya sangat berbunga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 15-8-2021 06:23 PM
NOVEL AIR MATA HAMKA — “TERUSIR”
terbitan JEJAK TARBIAH“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala ...

Best juga synopsis  Terusir by Hamka  ni. Nanti kalau jumpa physical copy saya beli. Dulu saya pernah baca karya Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2022 10:06 AM | Show all posts
currently tengah baca buku

Pada tahun 2099, dunia sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus-ratus juta mayat yang bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya?

Ketika inilah wujudnya penjejak kubur. Mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban dan membawa mayat itu pulang. Mercka perlu pergi ke medan perang demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung.

Azrahel, seorang penduduk bandar Kersani, merupakan penjejak kubur yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Dia diupah olch seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel mengejutkannya. Sejak itu, segala-galanya berubah.

Apakah yang ditemui oleh Azrahel? Apakah nasib bandar Kersani selepas itu?


lagi 92% nak dekat habis ...
menarik jalan cerita nya ..
cuma nak tahu Julianan ni jahat ke baik .. and dia kerja dengan siapa sebenarnya ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2022 10:07 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 22-5-2022 11:29 PM
Best juga synopsis  Terusir by Hamka  ni. Nanti kalau jumpa physical copy saya beli. Dulu saya per ...

kat bookcafe.com.my
ada jual buku Hamka
tempat lain maybe boleh beli kat The Bibliophile
macam ada jual ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 12:23 PM | Show all posts
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.

Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas oranv ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama

Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujing jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.

Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?

Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih?

Siapakah sebenarnya Nirnama?
baru mula baca hari ini
malam tadi habis baca Azrahel
kira ending nya ... macam dah expected apa akan terjadi pada Juliana
and punca semua ini berlaku adalah bermula dari Juliana ..

spoiler alert? yilek ... baca lah
buku ni lain dari yang lain
tapi serius lah ada persamaan dengan filem hollywood ...
cuma tak ingat filem apa ...
sikit jer .. tak banyak pun ...

tapikan apa korang akan buat jika korang tak boleh mati? apa akan korang buat?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:07 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 24-5-2022 12:23 PM
baru mula baca hari ini
malam tadi habis baca Azrahel
kira ending nya ... macam dah expected apa ak ...

tapikan apa korang akan buat jika korang tak boleh mati? apa akan korang buat?

Ayat fly yang ni refer buku mana? Juliana tu ke atau nirnama?






Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:20 AM | Show all posts
Saya tengah baca buku ni.



Baru page 26/240. Cerita sebenar yang dah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Tentang seorang gadis beragama Yahudi yang menjadi mangsa kekejaman askar German.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 09:52 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 26-5-2022 09:07 AM
tapikan apa korang akan buat jika korang tak boleh mati? apa akan korang buat?

Ayat fly yang ni r ...

Azrahel : Penjejak Kubur
Julianan tu salah satu watak dalam buku Azrahel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 09:55 AM | Show all posts

hmm not bad
saya dah baca tapi versi english
sedih juga lah sebab dia budak terperangkap dalam perang
and ada spekulasi Anne Frank ni LGBT
baca dulu .. hayati ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 10:32 PM | Show all posts

buku ni pasal ape, boleh bagi sinopsis dan spoiler... please
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 23-5-2022 10:07 AM
kat bookcafe.com.my
ada jual buku Hamka
tempat lain maybe boleh beli kat The Bibliophile

Saya tengok website Bibliophile beberapa hari lepas, sikit sgt bukunya. Tak jumpa karya Hamka. Tapi kat shopper Bibliophile ada shop.

Tengok kat FB, diorang participate dalam pesta buku KL start next jumaat. Cari kat situ je lah. Boleh cuci mata tengah booth lain jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2022 06:30 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 28-5-2022 11:53 PM
Saya tengok website Bibliophile beberapa hari lepas, sikit sgt bukunya. Tak jumpa karya Hamka. Tap ...

ada kawan beritahu
cari booth yang tak ramai orang singgah
selalu ada buku-buku yang rare dan murah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 29-5-2022 06:30 PM
ada kawan beritahu
cari booth yang tak ramai orang singgah
selalu ada buku-buku yang rare dan mura ...

Ok. Terima kasih utk tips. Mmg nak cari juga buku2 rare ni. Selain dari niche subjects. TT pergi tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2022 03:03 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 29-5-2022 06:33 PM
Ok. Terima kasih utk tips. Mmg nak cari juga buku2 rare ni. Selain dari niche subjects. TT pergi t ...

tak pergi
sebab tak suka pergi tempat sesak
dan tengah kurangkan beli buku fizikal ...
TBR buku fizikal ada dalam 20 lebih ke apa entah berapa

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:57 AM | Show all posts
aina_shaira replied at 28-5-2022 10:32 PM
buku ni pasal ape, boleh bagi sinopsis dan spoiler... please

Buku ni diari budak perempuan nama Anne Frank. Dia orang Yahudi. Masa zaman dia tu, orang Yahudi macam tak dibenarkan di German. Rasa kes Hitler tu kot. Sebab saya baru baca sampai dia dan keluarga dia hidup tersorok dalam salah satu ruang pejabat. Tak boleh keluar ke mana2. Baru page 70/240 Lambat sikit habis sebab baca bila free. Tapi cerita dia menarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.830400 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list