CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4429|Reply: 17

[Falsafah] [SYV 0011] ILLEGAL POACHERS...

[Copy link]
Post time 18-3-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 19-3-2019 04:50 AM

Penganiayaan terhadap haiwan


Issues | WWF Malaysiawww.wwf.org.my › ... › What We Do › Species › Rhino › Project: Rhino Rescue
One of the world's most sought-after species, all international trade of the animal or its part is banned. Hunting, killing or capturing of rhinos is illegal. ... Poaching remains the key threat to the species' survival in Sabah, despite it being illegal and with heavy penalties for offenders.



Malayan tigers lost to poachers? | New Straits Times | Malaysia ...https://www.nst.com.my/opinion/l ... igers-lost-poachers
Jul 11, 2018 - Yet, despite all the collaborative efforts, poaching for the illegal wildlife trade remains the most urgent and critical threat to the Malayan tigers.





Putrajaya isytihar perang terhadap pemburu haram, selamatkan harimau MalayaBernama -


March 17, 2019 9:12 PM


Daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat dimusnahkan dan 162 penceroboh ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar. (Gambar fail)


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram sebagai agenda nasional dalam komitmennya untuk memastikan spesies Harimau Malaya tidak pupus.


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, untuk itu, pasukan petugas yang akan menjalankan rondaan ditubuhkan di bawah Program Perlindungan Harimau dan Rondaan (TP3).


Penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada 2,000 kakitangan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), tentera dan polis, dianggap penting memandangkan semakin banyak perangkap digunakan untuk menjerat haiwan itu dan peningkatan kes manusia menceroboh habitat harimau.


“Masa telah tiba untuk menghentikan pembunuhan Harimau Malaya dan hidupan liar yang lain oleh pemburu haram yang tidak berhati perut!


“Hari ini, pada Hari Hidupan Liar Sedunia saya mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram!”, katanya pada acara pra-pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya sempena Hari Hidupan Liar Dunia 2019, di sini, hari ini.


Dr Xavier berkata, kempen selama 2 tahun yang bermula hari ini dengan isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Perhilitan menjadi penaung kempen.


Dr Xavier berkata, beliau dimaklumkan daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat telah dimusnahkan dan 162 penceroboh terdiri daripada 98 warga tempatan dan 64 warga asing ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar.


Beliau berkata, sempena kempen yang dilancarkan hari ini, kementerian telah menubuhkan Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti dan syarikat dan agensi lain dialu-alukan untuk menyumbang kepada dana ini untuk aktiviti penguatkuasaan, pemuliharaan dan kesedaran.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/17/putrajaya-isytihar-perang-terhadap-pemburu-haram-selamatkan-harimau-malaya/










@KILL_NANCY @hibernation @fixit @NamaKuMawar @chesfa @mdhelmi@kuihbakar @sitisenyum @chempaka.ayu @noor2 @ipes2  @MeghanK   @fahdramli  @friedfishsoup @wima @tari  @sapeka @cikkittydiva @bianglala @chesfa [url=home.php?mod=space&uid=2225621]@Rumpshaker@Beautifulliar. @shinichi @rantaikendoq @sfhzuraz @babydoll @sfhzuraz @meklalala @nerdy69 @spankee_fill  [@farlis @kerisnaga@carly_lah dan terbuka untuk sesiapa sahaja


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dihukum penjara seumur hidup bagi pemburu Haram ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapalah ada sesetengah manusia yg bergelar pemburu nk sangat memburu haiwan2 yg hampir pupus. takde rasa simpati ke dlm hati derang ni. Dah keras sangat ke hati sampai sanggup buat apa saja asalkan hajat derang tercapai. Walaupun pulangan yg mereka dapat agak lumayan tp tak setimpal sb haiwan berkenaan semakin pupus.

Macam harimau belang contohnya bilangan yg hidup dah tak banyak dan tak semua negara ada.

Patutnya hukuman pada mereka ni ditambahkan lagi. Selain denda duit hukuman penjara paling kurang sepuluh tahun  pun ok. Biar mereka ni mereput dlm penjara.
Hukuman pada pemburu dan pembeli biar berat agar jd pengajaran pd yg lain.
Selain itu penguatkuasaan dan pantauan kena selalu ada jgn bermusim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 02:59 PM | Show all posts
Poaching has been defined as the illegal hunting or capturing of wild animals, usually associated with land use rights.

Poaching - Wikipediahttps://en.wikipedia.org/wiki/Poaching



Why is poaching illegal?
Some examples of illegal wildlife trade are well known, such as poaching of elephants for ivory and tigers for their skins and bones. ... Wildlife trade escalates into a crisis when an increasing proportion is illegal and unsustainable—directly threatening the survival of many species in the wild.

Illegal Wildlife Trade | Threats | WWFhttps://www.worldwildlife.org/threats/illegal-wildlife-trade


How much money do poachers make?
Poachers kill elephants for their valuable tusks — a single pound of ivory can sell for $1,500, and tusks can weigh 250 pounds.Nov 7, 2016







Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan la aniaya haiwan semata-mata untuk kesenangan dunia yg sedikit ni...

kadang rasa terlampau kasihan melihat haiwan yg telah dianiaya....

berkat ke kehidupan seorang hamba manusia kalau aniaya haiwan.... tidak kan?

bayangkan bagaimana kalau terdapat sebahagian manusia lain aniaya anda.....

begitula perasaan haiwan2 yg kasihan ini.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemburu Haram ni biasanya memburu untuk bisnes. .berbanding pemburu berlesen ni memburu untuk makanan ..buru sekor dua. ..

Tapi pemburu Haram contoh pemburu gajah, badak sumbu ni...mereka memburu tujuan tertentu. ..untuk ambil gading dan sumbu binatang ni untuk jualan. ..tapi bahagian lain mereka tinggal. ..nampak tak.disitu betapa manusia pemburu Haram ni mementingkan diri demi duit. ..membunuh binatang tersebut sampai pupus. ..

Itu sebab kalau x dihukum.mati...paling ringan pun penjara seumur hidup. ..biar mereput dlm penjara sampai mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2019 10:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 10:46 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]FV-d-WoiFzU[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 11:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:24 PM | Show all posts
Yang dekat indonesia tu lagi parah orang utan dilacurkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 04:37 PM | Show all posts
tupperwarepink replied at 20-3-2019 03:24 PM
Yang dekat indonesia tu lagi parah orang utan dilacurkan

Pony, Kisah Orangutan Dipaksa Jadi Pelacur Dan Dibayar RM 10 Untuk Setiap Pelanggannya Fazidi


Kisah seekor orangutan betina yang diselematkan oleh sebuah kumpulan hak asasi haiwan daripada aktiviti pelacuran di Indonesia akhirnya didedahkan kepada umum, menurut laporan Dailymail.
Pony, seekor orangutan daripada spesis terancam daripada Kepulauan Borneo diselamatkan pada tahun 2003 daripada sebuah rumah pelacuran yang terletak di Kareng Pangi, Kalimantan Tengah.
Haiwan malang ini dipaksa menjadi pelayan nafsu serakah kumpulan lelaki pekerja di ladang sawit berdekatan dengan bayaran sekitar RM 10 ketika itu.
Dipisahkan daripada ibunya sejak kecil lagi, Pony dilayan dengan kejam selain seluruh bulunya dicukur hampir setiap hari. Pony juga dikenakan perhiasan seperti disolek dan dipakaikan minyak wangi bagi menarik perhatian pengunjung-pengunjung di rumah pelacuran tersebut.
Malah, Pony turut dipaksa untuk mempelajari pelbagai aksi dan posisi seks hanya semata-mata untuk memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang dilayaninya.


”Apabila kami mendapat tahu bahawa Pony dipaksa menjadi pelacur, bukannya dibela, ia sangat mengejutkan. Saya sendiri, sebagai manusia tidak pernah terfikir bahawa ada orang lain yang sanggup untuk meniduri seekor binatang,” kata Lone Droscher-Nielson, wakil NGO berkenaan ketika ditemubual oleh The Sun.
Seorang lagi wakil daripada Yayasan Orangutan Borneo, Michelle Desilet pernah mendedahkan kisah yang sama kepada media pada tahun 2007.

”Mereka, pekerja ladang, berkunjung ke rumah pelacuran kerana mahu ‘bersama-sama’ dengan Pony. Mereka mempunyai pilihan untuk melanggan wanita, tetapi menganggap mengadakan seks dengan Pony adalah satu kemuliaan.

”Pony dijadikan hamba seks. Orangutan ini mungkin berusia diantara enam hingga tujuh tahun ketika kami tiba menyelamatkannya,” kata Michelle yang turut mendedahkan bahawa mereka turut diugut dengan senjata oleh ‘ibu ayam’ kepada Pony dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Akhirnya, mereka terpaksa mendapatkan bantuan lebih daripada 35 orang anggota polis lengkap bersenjata hanya semata-mata mahu menyelamatkan Pony daripada kekejaman manusia. Pony kemudian dipindahkan ke bawah jagaan Yayasan Orangutan Borneo demi masa depan yang lebih baik.


”Pony perlahan-lahan menyesuaikan diri. Dia diperkenalkan kepada orangutan jantan dan dilihat mampu bergaul dengan baik. Tidak kekok. Pony kemudian dipindahkan ke salah satu pulau yang terletak di Borneo.

”Di sana, Pony tinggal bersama-sama dengan 7 orangutan yang lain,” kaya Michelle lagi.

Kini, selepas hampir 15 tahun diselamatkan, Pony berada dalam keadaan baik dan tinggal di bawah seliaan Pusat Pemulihan Nyaru Menteng bersama-sama tujuh ekor orangutan itu.

”Tinggal terlalu lama dengan manusia dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaan, bukanlah mudah untuk Pony kembali menjalani kehidupan dalam persekitaran liar kembali.

”Pony telah pun melalui satu proses pemulihan yang lama untuk membuatkannya ‘lupa’ kehidupan dengan manusia dan mendapatkan kembali naluri haiwan liar yang diperlukan untuk menjadi orangutan sejati,” kata Monterado Fridman, Koordinator Pendidikan dan Komunikasi di pusat pemulihan berkenaan.


Bagaimanpun kata Fridman lagi, Pony mungkin tidak akan dipindahkan ke dalam persekitaran liar memandangkan Pony tinggal terlalu lama dalam tahanan manusia (sejak bayi) untuk belajar asas-asas pembeuruan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dalam persekitan semula jadi.

Malangnya, disebabkan tiada undang-undang khusus membabitkan hidupan liar di Indonesia, pemilik rumah pelacuran di mana Pony pernah diambil ‘berkhidmat’ masih bebas dan tidak pernah didakwa.

Sumber : Dailymail

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape salah mereka sampai dianiaya sebegitu. Saye terlalu sayangkan kucing. Pernah satu hari tu saye terjumpa kulit kucing dah diaiat siat di tempat bakar sampah. Tinggal sisa bulunya sahaja. Jasadnya dah tiada. Mungkin diorang lapah dan makan kucing tuu.

Saye trus menangis. Saye tak boleh tengok haiwan secomel itu disakiti. Kawan kawan tolonglah jangan zalim terhadap haiwan. Mereka pon makhluk Allah juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya memang setiap bulan buat donation ke WWF.
Sebab sy dpt awareness masa pergi Phuket 5tahun lepas. Masa tu tak berapa aware sgt lah. So ikut je la pakej yg naik gajah tu.
Tapi bila naik gajah tu Ya Allah rasa meruntun hati tengok. Diorang yg bawak tu masing2 pegang macam tukul tapi depan nya tajam. Kalau gajah x ikut cakap die ketuk tempurung kepala pakai hujung tukul. Kalau mcm degil lg die letak yg tajam tu kat telinga.
Patutlaaa tengok tepi telinga tu mcm berparut2. Kesan dah lama kot tapi alaahaiii. Kesiannya dah berapa lama agaknya kene ikat n train gitu.

Lepas tu diorang ni siap offer lagi gading anak gajah. Die jual die kata mcm ongg la apa lah. Lg laaa dtg kesian yela anak gajah kecik lg dah kene cabut gading.

Balik je malaysia terus google pasal tu. And masa tu la baca yg wwf ni mmg dok protect. So start dr tu donate. Xkesah la berapa sebulan janji ada sumbangan. Mmg sumbangan kpd sesama manusia lebih baik, tp apa salahnya kan. Mereka juga makhluk tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 01:04 PM | Show all posts
saya paling tak boleh terima ialah penggemar fesyen barangan mahal yg dtg nya daripada sumber haiwan eksotik atau haiwan liar Ada pemburuan yg dibuat semata2 utk hasilkan barangan eksklusif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Norneng replied at 5-4-2019 01:04 PM
saya paling tak boleh terima ialah penggemar fesyen barangan mahal yg dtg nya daripada sumber haiwan ...

Setuju. Ni pun macam susah nak terima.
Sy kalau org cakap buat dr kulit ular ke buaya ke sy tiba2 jadi geli nak pegang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah bahaya sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah bahaya sangathm hm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.901021 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list