CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 4

Mayat Nenek Entah Hilang Ke Mana, Rumah Mayat Gantikan Dengan Yang Lain

  [Copy link]
Post time 18-3-2019 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Rumah Mayat Roy Mizell & Kurtz Funeral Home cuba melakukan penipuan dengan menukarkan mayat seorang nenek dengan jasad individu lain bagi menutup kesalahan mereka.

Perkara tersebut disedari oleh ahli keluarga semasa mereka mahu mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada mendiang.


Metro UK melaporkan, ahli keluarga mendiang nenek yang mendapati bahawa jasad di dalam keranda tidak mempunyai tahi lalat seperti mendiang nenek, Norma Newman telah bertanyakan tentangnya kepada pihak pengurusan.



Foto: Metro UK



Jawab mereka, "kami sudah tutupnya dengan solekan". Tidak mempercayai kerana tahi lalat Norma adalah sukar untuk ditutupi, ahli keluarga turut mendapati bahawa jari kaki Norma yang sepatutnya ada empat tiba-tiba cukup lima.


Yang paling utama, ahli keluarga merasa risau kerana tidak tahu di mana kewujudan mayat tersebut. Enggan mengebumikan jasad yang bukan ahli keluarga mereka, adik mendiang Norma memohon penjelasan daripada rumah mayat tersebut.


Mengakui mereka sendiri tidak tahu di mana mayat mendiang Norma, ada sumber mengatakan bahawa mungkin mayat mendiang sudah tertukar dengan keluarga yang turut menguruskan kematian dan upacara pengebumian dengan rumah mayat berkenaan awal bulan ini. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 02:51 PM | Show all posts
filem hollywood mn tah ada cerita psl tertukar mayat ni
oh ya
death at the funeral


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:51 PM | Show all posts
ada tak orang tertukar bini atau laki
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 04:05 PM | Show all posts
penting gak tahi lalat di muka untuk pengecaman mayat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 la diorang nih.  Suka2 ja nk tukar dgn mayat org lain.. Abis tu mana plak diorang dpt mayat ganti nih..??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.323282 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list