CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 2

[Tempatan] Makanan Percuma Di UniMAP Sepanjang Minggu Peperiksaan

[Copy link]
Post time 18-3-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 4:23 PM

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyediakan makanan percuma untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin sepanjang minggu peperiksaan bermula 27 Mei ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata ini bagi memastikan penuntut universiti itu mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh ulang kaji dan peperiksaan.

Katanya, inisiatif terbabit akan dimulakan pada semester ini membabitkan 550 penuntut dengan masing-masing diberikan kupon makanan bernilai RM5 setiap seorang sehari.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, ada di kalangan pelajar ini sanggup berkorban dan menggunakan wang pinjaman atau zakat yang diperoleh untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung.

“Kebiasaannya, musim peperiksaan adalah pada penghujung semester dan ketika ini sebahagian besar pelajar ini sudah kekurangan wang, justeru inisiatif yang diambil ini di harap dapat membantu pelajar B40 dan asnaf kekal bertenaga menghadapi peperiksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan sebilangan pelajar di universiti awam mengikat perut dengan berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari berikutan kekangan kewangan.

Tindakan itu dilakukan berikutan pelajar daripada keluarga B40 dan terpaksa berjimat-cermat demi meneruskan kelangsungan hidup.

Zul Azhar berkata, bagi mengatasi masalah penuntut mengikat perut sepanjang semester, UniMAP turut menyediakan peluang menjana pendapatan kepada mereka menerusi bantuan keusahawanan bagi membimbing mahasiswa menjalankan perniagaan secara online.

“Kita turut menyediakan ‘Foodcart Asnaf’ dan kiosk keusahawanan khusus untuk pelajar yang ingin menjalankan perniagaan makanan dan minuman selain turut menawarkan skim dedikasi diri yang menawarkan peluang kerja separuh masa.

“Menerusi skim ini, pelajar dibenarkan melakukan kerja sampingan di mana-mana pusat atau jabatan di UniMAP untuk tempoh tidak melebihi lima jam sehari. Kebiasaannya kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat,” katanya.

Beliau berkata, mulai semester hadapan, UniMAP bakal menyediakan skim penginapan percuma kepada 10 asnaf terpilih setiap tahun.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) menyediakan makanan percuma untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin sepanjang minggu peperiksaan bermula 27 Mei ini. - Foto ihsan UniMAP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:00 AM | Show all posts
initiasif yang murni. kalo tak kesian pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, time periksa, kena makan megi je.

teruskan usaha bantu golongan yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.728504 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list