CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Bazar Ramadan KL @ Jalan Raja

[Copy link]
Post time 9-5-2019 09:24 AM | Show all posts
masa zaman BN dulu ...pemimpin dan penyokong PH memang cakap bersopan ek bila komen atau kritik menteri....just pertanyaan ikhlas sahaja ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 09:39 AM | Show all posts
sendu ja bazar tahun ini...kenapa ya???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 9-5-2019 09:39 AM
sendu ja bazar tahun ini...kenapa ya???

Harga makanan naik melampau. Murtabak nipis pun jual sampai rm3.50-rm4.00. Peniaga tiada pilihan, harga telur naik mencanak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 10:01 AM | Show all posts
ohoiiiiiiii mmg taklah nak jengah bazaar2 malam camnie dengan anak kecik. pegi shopping mall pun dah rasa sesak nafas
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 11:44 AM | Show all posts
True-X replied at 9-5-2019 09:18 AM
alahai.. nak discuss2 mcm menteri sopan santun kt porem ni x payah la.... kl nak syok sendiri ra ...

Kalau nak hentam dn marah pun kenapa tak boleh gunakan bahasa yg molek, padu tapi sampai maksud.  Mesti ke nak maki2, cakap kasar mcm orang tak sekolah, bahasa anak jalanan berbau longkang. Atau merasakan luahan kata tk cukup rasa. Manusia ni mcm2 perangai.  Minta dihormati tapi tak nak menghormati. Well...maybe saya harus akui dn terima sikap manusia itu seadanya.  Mungkin "tiada kata secantik bahasa" tak dpt diunggulkan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 11:52 AM | Show all posts
nolya replied at 9-5-2019 11:44 AM
Kalau nak hentam dn marah pun kenapa tak boleh gunakan bahasa yg molek, padu tapi sampai maksud.   ...

malas nak guna bahasa molek dgn penipo dan pengencing rakyat.... yeah,, im keyboard awarrior...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2019 12:02 PM | Show all posts
True-X replied at 9-5-2019 11:52 AM
malas nak guna bahasa molek dgn penipo dan pengencing rakyat.... yeah,, im keyboard awarrior...:lo ...

Ye ke? Tak tau pula keyboard warrior harus gagah bahasanya. Tak apelah, saya harus akui kalau begitu sudah dikatakan. Selamat dn semoga belum terlambat saya sampaikan Salam Ramadhan al-Mubarak (ucapan ini ikhlas dn jujur ye since I feel nice today).
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 12:44 PM | Show all posts
nolya replied at 9-5-2019 12:02 PM
Ye ke? Tak tau pula keyboard warrior harus gagah bahasanya. Tak apelah, saya harus akui kalau begi ...

not everyone same laa and according to your understanding of the world...... hahahah tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
80% sudah buka gerai
MyMetroMutakhir


PENIAGA mula membuat persediaan membuat gerai.

Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Peniaga tapak bazar Ramadan di Jalan Raja di sini, mula menyusun peralatan dan menjalankan perniagaan sejak kelmarin selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran akan menarik balik tapak bazar dan menyenaraihitamkan nama mereka.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati lebih 80 peratus daripada 344 peniaga sudah membuka gerai dan menjalankan perniagaan mereka.

Peniaga songkok Megat Syahrizal Azam, 20, berkata, dia memulakan perniagaan di tapak bazar itu petang kelmarin selepas menerima stok songkok yang baru.

“Bukannya boikot atau sengaja lambat membuka kedai di tapak ini sebaliknya saya sedang menunggu stok songkok baru dan peralatan lain sebelum memulakan perniagaan.

“Walaupun bulan puasa jatuh pada Isnin lalu dan DBKL sudah memberikan kebenaran meletakkan barang pada Ahad lalu, tetapi disebabkan beberapa masalah saya terpaksa menjalankan perniagaan petang semalam (kelmarin).

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan keluarga bertungkus-lumus menyiapkan peralatan seperti meja dan penyangkut,” katanya.

Peniaga makanan kering Muhammad Helmi Rosle, 25, berkata, dia memulakan perniagaan sejak Isnin lalu kerana tidak mahu membuat persiapan di saat akhir.

“Saya menjual kuih raya, serunding dan kerepek. Setakat ini, pengunjung tempatan belum ramai lagi, mungkin hujung minggu dan kami bergantung kepada mereka yang bekerja di sekitar kawasan ini.

“Kebanyakan yang datang pelancong asing yang melawat Dataran Merdeka. Mereka hanya melihat saja dan kalau ada yang beli, seorang dua pelancong saja,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Hawa Majid, 45, berkata, dia kecewa kerana di tapak bazar ini tidak menjual juadah berbuka.

“Saya ingatkan nak berbuka di sini, tetapi kecewa kerana tiada gerai yang menjual juadah berbuka. Saya terpaksa berjalan kaki ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli juadah.

“Tidak mungkin saya datang semula ke sini kerana jauh berjalan. Saya harap DBKL lebih prihatin dengan menyediakan juadah berbuka di tapak ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung dan peniaga,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 7:00 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:10 PM | Show all posts
tapi pandai juga peniaga ..buka awal2 pun buat penat je..org mula berduyun cari barang bila dah dekat seminggu puasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 9-5-2019 03:04 PM
80% sudah buka gerai
MyMetroMutakhir


“Tidak mungkin saya datang semula ke sini kerana jauh berjalan.

Betul gak tu rungutan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:33 PM | Show all posts
Syd replied at 9-5-2019 03:04 PM
80% sudah buka gerai
MyMetroMutakhir

yelah..strategi ni rasanya kurang tepat sebab takde gerai makanan..kalau ada makanan kan ke ramai2 happy dpt berbuka kat dataran lepas tu terus gi shopping kat situ juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097614 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list