Gunung Kinabalu yang dikenali dengan ketinggian 4095 meter sememangnya kebanggaan negara kita kerana menjadi salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara. Selain daripada menjadi tumpuan para pendaki, gunung itu juga terkenal kerana menjadi salah satu simbol kepercayaan dan kebudayaan suku kaum tempatan negeri Sabah.
Kredit foto: Carian Google
Menurut kepercayaan suku kaum itu, Gunung Kinabalu menjadi tempat bersemadinya roh nenek moyang mereka yang telah lama mati. Sebab itulah suku tempatan mempunyai banyak pantang larang sebelum membuat pendakian termasuk menjaga kebersihan dan kesucian gunung tersebut.
Kredit foto: Carian Google
Empat tahun dahulu, beberapa orang pelancong yang telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah dikenakan tindakan termasuk penjara dan denda kerana melanggar peraturan. Bagaimanapun, rupanya kejadian itu tidak dijadikan pengajaran oleh pelawat lain kerana baru-baru ini seorang pendaki bernama Wilson telah berkongsi beberapa gambar-gambar sampah sarap yang ditinggalkan di puncak gunung itu.
Kredit foto: Facebook
Apa yang menyedihkan perbuatan itu dikatakan kemungkinan dilakukan oleh pendaki tempatan. Kelihatan beberapa coretan dengan kata-kata 'Angel Allen Was Here', 'Tee Qayra Was Here' dan beberapa lagi nama lain.
Kredit foto: Facebook
Ramai netizen yang membaca perkongsian Wilson merasa sedih kerana pendaki-pendaki tersebut tidak mematuhi arahan untuk menjaga kebersihan di puncak Kinabalu.
Ada juga yang menyarankan supaya laporan dibuat supaya nama-nama di atas kertas itu boleh disemak di buku pendaftaran pendaki.
Kredit foto: Facebook
Yang pasti, perbuatan ini bukan sahaja melanggar adat dan pantang larang penduduk tempatan, tetapi juga mencemarkan kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia ini.
Semoga para pendaki lebih peka terhadap perkara ini di masa depan. -CARI |