CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 5

Kerana Masalah Kesihatan Ayah, Britney Tangguh Album Dan Persembahan Vegas

[Copy link]
Post time 26-3-2019 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Britney Spears menyampaikan sebuah perkhabaran sedih untuk peminatnya baru-baru ini apabila mengumumkan di Instagram bahawa pertunjukannya di Vegas 'Britneyomination' tidak akan berlangsung seperti yang dirancangkan susulan masalah kesihatan ayahnya.





Kredit foto: US Weekly






'Amat penting untuk saya mendahulukan keluarga, dan inilah keputusan yang saya terpaksa lakukan' katanya menulis dalam status yang turut memuatnaik sekeping gambar lamanya ketika kecil dengan ibu bapanya.







Kredit foto: Instagram







'Beberapa bulan lalu, ayah saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan, dia hampir meninggal tetapi kami bersyukur dia berjaya diselamatkan, kini saya mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan harap peminat akan memahami keputusan sukar ini,' ulasnya panjang lebar.







Kredit foto: The Art Shelf







Sebuah kenyataan rasmi turut memetik bahawa perancangan album baru Britney turut ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Bagi sesiapa yang sudah membeli tiket, peminat boleh menuntut wang mereka kembali.







Kredit foto: W Magazine







Ayah Britney, Jamie dikejarkan ke Hospital Sunrise, Las Vegas dua bulan lepas apabila mengadu masalah usus. Beliau menjalani pembedahan dan rawatan selama 28 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang. Britney kini mendedikasikan masa untuk menjaga ayahnya.







Kredit foto: Vanity Fair







'Saya sudah menjalankan latihan berbulan-bulan untuk persembahan Vegas ini dan merasa sangat kecewa kerana terpaksa menangguhkannya, saya berharap peminat memahami dan mendoakan kesihatan ayah saya' kata Britney lagi.


Pastinya peminat akan memahami keputusan Britney kerana selama ini ayahnya berperanan penting dalam memulihkan kestabilan hidup Britney sehingga namanya kembali naik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 12:16 PM | Show all posts
Good for you Britney
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:30 PM | Show all posts
Dah ayahnya banyak membantu dia berjaya dalam kerjaya pasti bila jadi sebegitu dia akan bagi perhatian utama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Britney ni ikut acuan muka mak dia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:56 PM | Show all posts
Bagus Britney ni. Walaupon kelihatan liar, famili tetap utama. Masa hanyut, dia mampu lagi denga cakap ayah dia. Masa liar, dia mampu kawin dgn Kevin dan dapat anak2 sah taraf. Sanggup bayar ex laki demi anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus britney.. iolss dr dlu mmg minat dgn lagu2 sheolss..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list