CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 17

[Tempatan] Mufti tolak debat PUBG

[Copy link]
Post time 26-3-2019 03:36 PM | Show all posts |Read mode
MUFTI Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menolak permintaan pengguna laman sosial yang mengajaknya berdebat berhubung permainan video ‘PlayerUnknown’s Battleground’ (PUBG).

Beliau berkata, ajakan itu tidak membawa sebarang manfaat, tambah pula individu yang berdebat kebiasaannya mahu menang.

“Orang berdebat nak menang tetapi orang yang berbincang mahukan kebenaran. Kenyataan saya baru-baru ini supaya kerajaan mengharamkan PUBG sekadar perbincangan yang perlu difikirkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurut Mohd Yusof, saranan yang dicadangnya pada 17 Mac lalu adalah untuk kebaikan ummah.

Menerusi blog dan Facebook, seorang lelaki pada 20 Mac lalu mengajak Mufti Negeri Sembilan itu berdebat berhubung isu permainan video yang rancak diperkatakan masyarakat.

Lelaki itu yang berkecimpung enam tahun dalam e-sukan bersedia berdebat menerusi dalam talian atau secara berdepan bagi membantunya menangani kebimbangan mengenai permainan video.

Dia turut mendakwa tidak adil satu permainan mendapat kutukan susulan tembakan yang mengorbankan 50 orang Islam dan mencederakan puluhan yang lain di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Harian Metro pada 17 Mac lalu melaporkan Mohd Yusof menyarankan kerajaan mengharamkan permainan PUBG kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Katanya, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana ia jelas memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja.

Berita berkaitan:

Mufti gesa PUBG diharamkan
Jangan salahkan 'games'- Syed Saddiq
Haramkan PUBG!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 1:45 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:08 PM | Show all posts
undian di berita Harian
52% sokong pubg diharamkan
48% menentang

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika PUBG diharamkan, sila haramkan juga semua game berbentuk FPS termasuklah Duck Hunt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:15 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-3-2019 04:08 PM
undian di berita Harian
52% sokong pubg diharamkan
48% menentang

inilah masalahnya bila pompan lebih ramai dari laki
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:19 PM | Show all posts
bangcak replied at 26-3-2019 04:15 PM
inilah masalahnya bila pompan lebih ramai dari laki

rasanya kat malaysia ni lelaki lagi ramai dari pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:26 PM | Show all posts
senang cita kat malaysia ni
suma apa mufti cakap
memang akan disokong n dikatakan betul
kan mufti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 04:13 PM
Jika PUBG diharamkan, sila haramkan juga semua game berbentuk FPS termasuklah Duck Hunt.

Org tak main suda Duck Hunt. Itu zaman game console pakai katrij la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:07 PM | Show all posts
kalau cmtu bek haramkan sekali candy crush bagai smua tu...haramkan segala mak nenek game lah...takat pkaji2 tu...banyak lagi kut game meruntuhkan la "sangat" akhlak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Candy crush menajamkan minda okehhhh..... mengelakkan dementia / alzheimer sbb otak bekerja keras pk nak menang & dpt hadiah candy
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak kaitkan dgn kes tembak di new zealand tu mmg xtepatla. Si penembak tu pandai guna senjata api sejak kanak2 & kes ni dikatakan sudah dirancang bertahun sedangkan pubg baru setahun lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:21 PM | Show all posts
info terbaru game pibg

kotak menyerupai kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MelayuBarua replied at 26-3-2019 05:00 PM
Org tak main suda Duck Hunt. Itu zaman game console pakai katrij la.

Tahu la. Saje berlawok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 04:13 PM
Jika PUBG diharamkan, sila haramkan juga semua game berbentuk FPS termasuklah Duck Hunt.

Game zaman bila tu sister? Sekarang game menembak yang femes PUBG, fortnite, apex legends, siri call of duty, tom clancy's the division 2.. Game FPS akak tak suka pening kepala, game TPS tetap lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 26-3-2019 05:36 PM
Game zaman bila tu sister? Sekarang game menembak yang femes PUBG, fortnite, apex legends, siri ca ...

Game zaman 80an sister. Ka 70an. Itulah game FPS first aiol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 05:39 PM
Game zaman 80an sister. Ka 70an.  Itulah game FPS first aiol.

70an org main game Pong. Fenomena dulu2. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 26-3-2019 05:36 PM
Game zaman bila tu sister? Sekarang game menembak yang femes PUBG, fortnite, apex legends, siri ca ...

Sedey sgt tgk list game2 popular sekarang. Oh btw Resident Evil 2 Remake dah keluar termasuklah Devil May Cry 5.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 10:12 PM | Show all posts
Aku haramkan syed saddiq kahwin dnegan Sajat muahahhahahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha mufti..dlm agama pun ade musyawarah..ikut pandangan, fakta dan hujah

Apsal xde fakta ke nk berhukah pakcik? Ataupun asik kene snipe dgn kar89 kt pochinki ke smpai rage nk banned tnpa usul periksa?

Menarik jgk kalau rename character sbg muftyN9

muftyN9 knock you down with UZI
Win siakk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list