Sebuah kajian saiz payudara yang dimuatkan dalam sebuah jurnal berimpak tinggi, The Journal of Female Health Services meletakkan wanita Malaysia di tangga 107 daripada 108 negara yang disoal selidik.
Wanita Malaysia hanya mampu mengalahkan wanita Filipina yang menduduki tangga terakhir.
Kredit foto: Carian Google
Manurut kajian itu, wanita dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia mempunyai payudara yang lebih besar daripada saiz purata.
Di negara barat pula, wanita Amerika, Canada dan Ireland mendahului carta saiz payudara terbesar.
Kredit foto: Carian Google
Kajian tersebut dilakukan terhadap 340,000 responden berumur 28 hingga 30 tahun seluruh dunia. Di Malaysia, kajian melibatkan lebih 2,500 responden.
Salah satu dapatan penting dalam kajian itu adalah terdapat perbezaan ketara di antara saiz payudara sesebuah negara. Penyelidik mendapati wanita Afrika dan Asia terutamanya di sebelah Asia Timur cenderung mempunyai payudara yang kecil dengan purata lebih kecil dari A Cup.
Kredit foto: The Journal of Female Health Science
Sebagai perbandingan, saiz payudara wanita kulit putih Amerika adalah F, manakala wanita Kanada pula mempunyai saiz purata E dalam skala Eropah.
Wanita-wanita yang mempunyai saiz purata D pula dari negara kelahiran Ireland, Poland, Iceland, Australia, New Zealand, Britain, Iceland, Netherlands, Norway, Colombia dan Venezuela.
Kredit foto: Carian Google
Tapi, wanita Malaysia jangan bersedih kerana saiz payudara yang besar sering dikaitkan dengan penyakit tulang belakang. - CARI |