Seperti yang diketahui umum, pelakon Tom Cruise dan bekas isterinya Nicole Kidman mengambil dua orang anak angkat bernama Connor dan Isabella ketika perkahwinan mereka masih bahagia.
Selepas bercerai, kedua-dua anak itu berada di bawah jagaan Tom Cruise dan Nicole dikatakan jarang berjumpa dengan mereka.
Kredit foto: Carian Google
Kini kedua anak angkat mereka sudah dewasa dan Connor bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Itali bernama Sylvia mengikut upacara Scientology. Connor dikatakan teringin untuk mengundang Nicole hadir ke majlis perkahwinannya memandangkan Nicole adalah ibu yang membesarkannya sejak kecil.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun hasrat Connor itu ditentang Tom Cruise. Menurut sumber, Tom menghalang kehadiran Nicole ke gereja Scientology kerana Nicole telah meninggalkan agama itu sejak perceraian mereka dan telah diletakkan dalam senarai 'Suppressive Person' oleh agama itu. Tom telah lama putus hubungan dengan Nicole dan mengarahkan Connor supaya mengikut kehendaknya.
Kredit foto: Carian Google
Oleh kerana Connor dikatakan menghormati ayahnya, dia dengan berat hati terpaksa membatalkan undangan perkahwinan kepada ibunya. Tambahan pula, keluarga isterinya juga penganut Scientology yang taat.
Kredit foto: Carian Google
Nicole dan Tom Cruise telah lama tidak bertegur sapa. Sumber memberitahu Nicole Kidman yang menganut Katolik membenci Scientology kerana menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dan kini memisahkannya dengan Connor dan Isabella. Ini bukan kali pertama Nicole dihalang oleh Tom Cruise untuk hadir ke majlis anaknya. Semasa perkahwinan Isabella pada tahun 2015, Nicole juga tidak dijemput.
Kredit foto: Carian Google
Jika sumber ini benar, betapa kejamnya hati Tom Cruise kerana sanggup memisahkan seorang ibu dengan anak-anaknya. Semoga Connor dan Isabella berusaha sendiri untuk menghubungi ibu mereka di belakang Tom Cruise. -CARI |