Menjadi pekerja di bahagian servis hadapan sememangnya memenatkan. Apalagi apabila bekerja di restoran segera yang sememangnya sentiasa sibuk dengan pelanggan tanpa mengira masa.
Ditambah dengan pelbagai permintaan dan karenah pelanggan, sememangnya akan menguji tahap kesabaran pekerja. Tapi, ini tidak bermakna pekerja boleh sesuka hari memanggil pelanggan dengan bahasa kasar!
Kredit foto: Twitter
Inilah yang berlaku kepada seorang netizen yang berkongsi pengalamannya membeli makanan di sebuah restoran segera. Berkongsi di Twitter, Ridzuan Ahmad berkata, beliau dan rakannya membeli makanan di sebuah restoran cawangan mereka yang baru dibuka di Shah Alam.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, beliau terkejut apabila resit yang diberikannya mempunyai catatan menggunakan bahasa kasar; 'TKNK Kepak atau Paha, Gedik!' kata tulisan tersebut.
Ridzuan berkata, beliau dan rakannya tersinggung kerana kenyataan tersebut sudah pasti merujuk kepada mereka. \\
'Mungkin kerana kami banyak membuat perubahan pada menu sehingga digelar gedik,' tambahnya.
Kredit foto: Twitter
Netizen yang membaca perkongsian tersebut turut bersimpati walaupun ada yang cuba menerangkan bahasa nota kaki itu ditujukan kepada rakan sesama pekerja. Kenyataan itu bagaimanapun dinafikan Ridzuan kerana resit itu diberikan kepada pelanggan.
Kredit foto: Twitter / lobakmerah
Sehubungan itu, rakan kepada Ridzuan telah menulis surat aduan kepada pihak pengurusan restoran tersebut yang berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika aduan itu benar. Mereka juga memohon maaf kepada Ridzuan dan kawannya.
Kredit foto: Twitter / lobakmerah
Bagi sesiapa yang pernah bekerja separuh masa di restoran segera, memang pernah mengalami keadaan seperti ini di mana pelanggan banyak karenah ketika waktu puncak dan membuatkan kita 'lepas geram'. Tapi, janganlah sehingga sampai melepaskan kemarahan kepada pelanggan. - CARI |