"Amaran, ini hanyalah satu fitnah."
Penyanyi Datuk Sheila Majid kelihatan berang apabila sebuah 'portal antarabangsa' menuduhnya mempromosikan produk kecantikan.
Artikel palsu itu kononnya diterbitkan portal People yang turut mendakwa Sheila bakal meninggalkan pentas hiburan.
"Saya nak beri amaran bahawa ini satu fitnah. Saya tidak pernah mendengar mengenai produk ini, apatah lagi menggunakannya.
"Dan 'sesi temu bual' itu juga langsung tidak masuk akal!" tulisnya.
Sheila juga memberi bayangan tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak bertanggungjawab kerana mereka cerita yang bukan-bukan mengenai dirinya dan ia turut disokong penyanyi Nourul Depp.
Dalam paparan temu bual itu, artikel berkenaan mendakwa Sheila bakal meninggalkan kariernya kerana mahu memberi tumpuan dalam menjana pendapatan melalui produk Auvela.
Menerusi ruangan komen, ramai selebriti Hollywood sudah menjadi mangsa penipuan ini selain Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kredit foto: IG Sheila Majid
Apa yang mereka dapat dengan membuat penipuan seperti ini? - CARI |