CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17262|Reply: 136

"Food Truck Malaysia Ni Dahlah Hidang Menu Cheese Campur Air, Harga Lak Mah

[Copy link]
Post time 10-4-2019 01:17 PM | Show all posts |Read mode





Kemunculan 'food truck' sejak beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya memberi impak positif dalam industri makanan negara. Memudahkan pengguna membuat pilihan makanan di tempat yang lebih dekat membuatkan pengusaha 'food truck' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Bagaimanapun, ada satu isu yang dipersoalkan iaitu harga makanan tersebut didakwa mahal dan tidak berbaloi berbanding perkhidmatan 'food truck' itu sendiri.


Makanan tidak sedap, semua menu mahu dibubuh keju yang dibeli dengan harga pukal tetapi menjual kembali dengan harga mahal antara masalah yang dibentangkan. Bukan itu sahaja, ada pengusaha 'food truck' yang mencampurkan air dalam serbuk 'cheese', serbuk 'salted egg' dan serbuk 'butter chicken' yang menyebabkan makanan tampak murah tetapi dijual dengan harga Yahudi.




Kredit foto: Twitter





Mendengar banyak komplen daripada warga Malaysia membuatkan ada pengusaha 'food truck' terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar. Lalu mendedahkan bahawa modal permulaan yang dikeluarkan oleh pengusaha sangat banyak seperti komitmen bulanan sendiri hingga RM8,000. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menjual makanan dengan harga mahal kepada para pelanggan.







Kredit foto: carian Internet





Bagaimanapun menurut netizen yang pernah bertanya sendiri kepada pihak tertentu lalu terbongkar cerita sebenar bahawa kos berniaga menerusi 'food truck' tidaklah semahal yang disangka. Ini kerana ramai pihak yang menawarkan pinjaman untuk memulakan perniagaan ini seperti Fama, Mara atau Agensi tertentu. Lagi pula ia mengambil konsep 'Food Truck' di negara barat yang menawarkan makanan berharga murah sesuai dengan kualiti yang ditawarkan.



Kredit foto: twitter







Kredit foto: carian internet




Jadi, setelah mengetahui perbezaan kedua-dua pengalaman ini, apa pendapat anda? Adakah wajar makanan yang dijual oleh 'food truck' ini mahal atau perlu diturunkan? Tepuk dada, tanya selera. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 01:55 PM | Show all posts
aku mmg tak gemor foodtruck kat mesia ni.. elok la aku beli mkanan betul2 kt restoran atau pasar malam.. aku tgk foodtruck ni lebih kpd trend dan nk bg meriah sesuatu kawasan tu, end up kualiti makanan yilekk.

mostly yg manage foodtruck ni bukan reti msak pon, rasa pon ntah pape bagi dorang asalkan presentation cun dah kira boleh jual la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 01:57 PM | Show all posts
inilah masalahnya bila meniaga nak cepat untung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 01:59 PM | Show all posts
Persoalannya sekarang ni, yang korang pegi beli dah kenapa?

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:14 PM | Show all posts
ruffboyz replied at 10-4-2019 01:55 PM
aku mmg tak gemor foodtruck kat mesia ni.. elok la aku beli mkanan betul2 kt restoran atau pasar mal ...

stuju...aku pernah la nak try beli food truck..tengok rega, tgk benda makan dia...hmm.. sudahnya aku gi secret recipe je.. harga tak jauh beza

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg cheese ni jadi trend makanan ke apa sekarang ni? Lagi2 kfc, menu baru2 semua ada letak Sos cheese tpi rasa hambar. Haram!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Loan lori 2100
Tapak 1500

Brader ni beli lori 2 tingkat ke camne
Food truck made in china tu harga dlm 50k ++ je kot

Klu kos dia tsruk gitu baik dia meniaga kt pusat psnjaja atau fudcot je
Jauh lagi murah kos sewa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:31 PM | Show all posts
sorry to say la
orang kita ni gini la perangai
orang bisnes ko nak bisnes
lepas tu susahkan orang lain
semua suka bisnes ikut trend
awal2 beli foodtruck mahal2
pastu salahkan loan bulan2 mahal dan letak harga makanan mahal untuk cover duit truck ko tu
sama kes la macam graduan gaji 2.5k tapi keta vios la honda la
pastu gaduh gaji kecik duit takda nak makan
kalau hampa pandai manage duit
gaji sikit pun ckup.
sekarang aku ni kurangkan komitment hanya ada komitmen keta saja.
baki gaji aku semua simpan bank
jangan lupa hulur duit kat mak ayah untuk berkat sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 02:34 PM | Show all posts
foodtruck ni kalau bnda yg memang rare atau diyakini sedap je yg berbaloi beli... kalau setakat benda boleh jumpa pasar malam atau kedai makan biasa takpun rasa kelaut xperlu la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:35 PM | Show all posts
Mak aih... mahal gila lori dia amek. Awal2 meniaga dah loan sana sini, salah sendiri lah. Start small, prove your worth, naik slow-slow lagi baik dari terus nak cepat kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:37 PM | Show all posts
nak meniaga sgt baik ko mohon gerai majlis..tp mmg payah la
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:38 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 10-4-2019 02:20 PM
Mmg cheese ni jadi trend makanan ke apa sekarang ni? Lagi2 kfc, menu baru2 semua ada letak Sos chees ...

cheese so yesterday. skg org makan salted egg plk. tp kegilaan cheese tu masih ada hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:38 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 10-4-2019 05:59 AM
Persoalannya sekarang ni, yang korang pegi beli dah kenapa?

sebab trend
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:40 PM | Show all posts
ak penah try sekali. lps tu rse mcm mahalnya. so ak pun dh x pegi. lbh baik makan di fastfood lain yg jauh lbh bkualiti dan kita tahu kesedapannya, kualitinya setanding ngn ape yg kita bayar.


ak pegi mkn hari tu sb yelahhhh trend tgh in skg, lagi satu harga x pamer, ak order je lah... kalau ak tgk list harga awal2, ak blah je, mahal nak mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang malaysia ni tak faham ke konsep kuasa pengguna. Tu sebab sesetengah peniaga2 ni naik kepala. Sikit2 ayat "tolong melayu kita".
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:51 PM | Show all posts
iols pernah tanya dulu, FAMA ada geran RM20k untuk upgrade food truck.

Interior dengan exterior.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah dua kali beli makanan kat foodtruck. Tak ada pilihan lain sebab tu je yg ada. Harga memang mahal la..portion sikit, takpe lagi.. Masuk je mulut lahaaaiiiii tak sedap langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:53 PM | Show all posts

Itulah. Komplen2, tapi gigih jugak pergi makan.
Memang hidup la food truck dengan harga yahudi.
Ce buat macam Ganja, dah tak mampu tu, tak yah makan.
Lama2 melingkup la bila takde orang beli kan.
Tak gitu. Hahah


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:56 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 10-4-2019 06:53 AM
Itulah. Komplen2, tapi gigih jugak pergi makan.
Memang hidup la food truck dengan harga yahudi.
...

Harga yahudi, dah tu tak sedap pulak sebab bukan pandai masak pun. Lebih baik gi fast food yg memang ada QC. Atau gugle resipi buat sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:02 PM | Show all posts
kalau nak berbisnes..jgn loan..

sepatutnya kumpul duit utk modal dulu.. kalau nak kembangkan bisnes baru loan..

nie awal2 dah loan..bila nak ROI nya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.085049 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list