CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteribawang

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT

  [Copy link]
Post time 20-4-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 20-4-2019 12:26 AM

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

            

Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”

Riwayat Muslim (1102)

Terdapat beberapa jenis mimpi yang dialami oleh seseorang Muslim. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada ‘Auf bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:

   :                             

Maksudnya: “Mimpi itu ada  tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.”

Riwayat Ibn Majah (3907)

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

               

Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…”

Riwayat al-Bukhari (7017)

Daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:

           

Maksudnya: “Mimpi baik yang berasal dari seorang yang soleh adalah satu bahagian dari 46 juzuk kenabian.”

Riwayat al-Bukhari (6893)

Ibnu Battal berkata, mimpi ada dua jenis:

Pertama, Mimpi yang jelas-jelas menjadi nyata, seperti seseorang yang bermimpi memberi seseorang kurma, dan pada siang harinya ia memberi seseorang kurma. Mimpi seperti ini tidak memerlukan takwil.
Kedua, mimpi yang hadir dengan simbol-simbol. Untuk memahami mimpi seperti ini harus ada seseorang yang memiliki ilmu dan pengalaman mentakwil mimpi untuk memahaminya kerana kadang-kadang simbol-simbol itu sangat halus dan rumit. (Rujuk Fath al-Bari, 19/451)
  Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

            

Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”

Riwayat Muslim (1102)

Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (19/461) ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan bersama sebuah hadith Abu Ya’la daripada Anas bin Malik R.A:

              :    :      

Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti. Tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Para sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab Baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi SAW). Dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya akan apa yang akan berlaku melainkan mimpi.” (Rujuk Fath al-Bari, 19/461)

Saya ambil yg penting sahaja. Yang lain2 rujuk sini

muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/2468-irsyad-al-fatwa-siri-ke-233-mimpi-orang-soleh-sebagai-peringatan-dari-allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Makanya, apa yg dimimpikan itu, mengenai apa yg difikirkan, bukan pula mengenai syaitan.

Jika kita itu hidup dalam keadaan beriman dan bertaqwa, kita mampu utk mengenali jenis2 mimpi melalui pertolongan Allah sahaja.

Adapun bersangka buruk tanpa merujuk ahli-ahlinya, maka dikhuatiri, diri kita itu tergolongan dalam golongan yg mendustakan Allah dan Rasul-Nya.

Mempelajari sesuatu perlu kepada ilmu dari-Nya. Islam itu hakikatnya sempurna. Maka sempurnakanlah iman menerusi taqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 20-4-2019 12:24 AM

Apa itu makna mimpi itu bahagian dari kenabian?

Maksudnya begini, jika kita soroti kisah baginda Rasullullah saw, baginda sendiri kerap bertanya para sahabat mengenai mimpi2 yg mereka alami. Ianya menjelaskan, dalam bersyariat itu ada ahli yg akan bertanya mengenai mimpi itu lalu yg akan menjawab hal2 yg dimimpikan itu adalah mereka yg ditanya (yg mendengar). Ianya perkara sunnah dan wajar dilaksanakan terutamanya dalam hidup berkeluarga.

Kenapa dizaman ini, kita tidak diajarkan akan Sunnah ini? Pasalnya mudah shj, Allah hanya memberikan petunjuk-Nya kepada sesiapa yg DIA kehendaki, dan ianya secara percuma (tanpa perlu bayaran ansuran, bayaran cukai dan sebagainya).

Bila ahli2 yg ada diatas muka bumi sekarang ini JAUH dari memahami makna "kembali kepada Alquran dan Sunnah", maka tunggulah saat yg dijanjikan oleh Allah itu tiba.

Kita boleh kata mcm2 disini, akan tetapi kita pun masih belum memahami makna sebenar Alquran dan Sunnah. Apa yg kita ketahui tidak lebih dari apa yg nafsu kehendaki. Makanya, berhati2lah bila diri sekadar bertuhankan hawa nafsu, kerana, Allah tidak akan nemberikan petunjuk-Nya ke atas mereka2 yg bertuhankan hawa nafsu.

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehkah seseorg itu mendustakan Allah dan Rasul-Nya menerusi mimpi?

Jawapan : Ya. Bilamana seseorg itu mentafsir mimpi tanpa kembali kepada Alquran dan Sunnah, makanya, itu menjelaskan diri seseorg itu sombong kepada Allah dan Rasul-Nya lalu tanpa menyedari, dirinya mendustakan Allah dan Rasul-Nya.

Takutlah kepada Allah swt yg menciptakan segala sesuatu, terutamanya ilham kejahatan atas pilihan hati jua. Allah swt senantiasa berbicara kepada orang2 yg beriman mengenai pendusta2 yg ada diatas muka bumi ini menerusi petunjuk-Nya. Makanya, kembalilah kepada Alquran dan Sunnah, dan carilah ahli2 yg memelihara akan hak2 agama-Nya dari didustakan oleh para pendusta.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ini, sekali mendustakan apa yg telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka akan dititikkan hitam pada hati. Bila titik2 hitam itu memenuhi hati, makanya, berdoalah kepada Allah swt agar ianya tidak terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 20-4-2019 01:08 AM

Kalau rasa salah, betulkanlah. Kalau rasa betul, ianya dari Allah swt, pencipta segala2nya.

Saya? Zero aje. Asal pun zero, DIA sahaja yg menentukan Zero yg dimaksudkan. Mana lagi nikmat yg mampu dikatakan milik saya sedangkan semuanya itu sekadar amanah dari-Nya jua.

Selagimana Allah belum masukkan ke dalam dada seseorg itu Alquran, itu tidak menjadikan seseorg itu faham akan isi kandungannya. Berusahalah mencari makna sebenar Tuhan. Tuhan yg mengajarkan akan nama Allah, Tuhan sekelian alam.

Sebenarnya, saya tak perlu ajarkan apa2 disini. Tinggal lagi, diri masing2 akan dipertanggungjawabkan atas apa yg diusahakan.

Buat baik dgn ikut cara ALLAH, dapatlah kebaikkan itu. Kalau buat baik tak ikut cara ALLAH, hakikatnya belum cukup baik yg sebenar2nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 20-4-2019 01:03 AM

Hidup ini, kita jgn jadi ibarat keldai. Sekadar berbunyi, langsung menanggung beban.

Jadilah ibarat padi, makin berisi tunduk ke bumi. Ingatlah ibarat pohon pokok yg rendang, daunnya tetap jatuh ke bumi, lalu ditiup angin, tetap jua daun itu reput masuk ke dalam bumi. Meskipun pohon itu berbuah, jika tidak diambil, tetaplah kembali ke bumi.

Adapun orang2 yg beriman itu, menikmati hidup ini sekadar seadanya. Yang akan ditanya bukan hidupnya, akan tetapi ketaatan menerusi-Nya. Ada yg pendek, ada yg panjang usianya. Masing2 dgn cara masing2 menerusi petunjuk-Nya.

Jangan sia2kan peluang yg diberi-Nya, sebelum dtg saat, tiada siapa yg akan memberikan peluang melainkan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 09:43 PM | Show all posts
setakat xde mursid  xde guru tauhid nak sembang quran dan hadis
sejak bertahun dok bangang kaldai terperasan saka bengong...

setakat sempang quran hadis versi nizam kaldai, sama saje spt yahudi zionis sembang sebut quran hadis dibibir...tapi hati tetap kotor busuk dan otak biol bertahun

sembang quran hadis tu ada GURU nak mengaji, bukan setakat sebut sebut quran hadis quran hadis
tapi perangai xde perubahan apapon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tunjuk satu aje ayat dari Alquran, hidayah itu milik guru (yg bersifat makhluk)?

Tu pun bodoh tak faham bahasa Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 20-4-2019 09:43 PM
setakat xde mursid  xde guru tauhid nak sembang quran dan hadis
sejak bertahun dok bangang kaldai t ...

108# rantaikendoqLv.7 Revolutioner
20-4-2019 09:43 PM
setakat xde mursid  xde guru tauhid nak sembang quran dan hadis
sejak bertahun dok bangang kaldai terperasan saka bengong...

setakat sempang quran hadis versi nizam kaldai, sama saje spt yahudi zionis sembang sebut quran hadis dibibir...tapi hati tetap kotor busuk dan otak biol bertahun

sembang quran hadis tu ada GURU nak mengaji, bukan setakat sebut sebut quran hadis quran hadis
tapi perangai xde perubahan apapon...

[khas kepada pencacai yg guna banyak nickname : tolong tunjuk kepada saya, seorg guru yg dikatakan mursyid, yg statusnya layak mendapat syafaat dari Allah dan juga layak masuk ke syurga. Jika awak punya mufti pun tak tahu dirinya layak masuk ke syurga ataupun tidak, boleh minta satu benda dari awak, jgn tunjukkan kebodohan awak itu, dgn pernyataan yg tergantung-gantung]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Okeylah raul a.k.a org taman seri bayu yg berpengawal, serta berkahwin dgn janda anak sorang.

Sudah2lah ye. Tak perlu jadi pencacai lagi bagus ye. Kononnya nak testing, bila ler nak sedar diri itu layak kekal dalam neraka jahannam? Lagi mau testing? Tak rasa mcm akan bertambah rugi ke? Atau sebenarnya, bodoh tak bertempat?

Bila ler nak berubah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ya, sebelum terlupa, saya ada jumpa ramai geng2 awak keluar dalam tv. So, ulang lagi, saya dedahkan semuanya diinternet tanpa prasangka.

Muka awak pun ada, lagipun, senarai member saya diseluruh dunia bukan sedikit. So, tak perlu rasa mcm saya ni tak mampu gugat hidup awak, kerana, saya ni memang famous pun. Saja, buat2 mcm tak famous... Hehehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan lagi satu, memang le saya pun tahu, dah dikeluarkan arahan di semua sektor kerajaan, terdapat slot gambar kosong ditengah2, dan gambar agong dan permaisuri di kiri dan kanannya. Semua itu dalam pengetahuan saya. Tinggal lagi, bila le awak nak habiskan permainan testing yg tak bertempat itu ye?

Apa awak rasa, setakat itu sahaja yg saya tahu? So, kalau rasa awak pun tak tahu hal itu, maka ketahuilah, saya lebih tahu hal ehwal yg awak tak tahu.

Siapa2 yg rasa rajin, gi le tengok gambar di dinding semua jabatan kerajaan, dah dijarakkan slot utk satu pic seseorg (bahagian teratas). Agak2nyalah kan, gambar siapa yg akan diletakkan diatas itu ye? Hehehehehe.

Okeylah ye. Hidup ni, siapa yg tak sedar, maka akhirnya tak akan sedar2. Tiap permainan, ada harganya. Jika rasa nak cuba2 menduga2, lebih baik fikirkan, nasib diri sendiri ketika diakhirat kelak.

Saya? Nak tahu ke nasib saya? Mudah aje... Jubah hijau aje, dilengan bertakhtakan emas dan perak, memijak lantai kristal seakan2 air, dihadapan hanyalah barisan manusia jua... Semuanya berjubah putih... Lalu berkatalah "Apa yg kamu mahu katakan?", jawablah saya "saya mengaku semua kesalahan saya".

Cukup tak? Kalau gamak nak tahu sgt, mcm itu ajelah. Cerita apa pun, last sekali tayang jugak le gaya lancau itu ye. Hehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah Allah?
DIA adalah sebenar2 Tuhan yg menciptakan segala sesuatu malah mengajarkan kepada manusia mengenai DIA menerusi perantaraan makhluk yg diciptakan-Nya. DIA menamakan akan nama-Nya Allah yg merujuk kepada makna nama kepunyaan-Nya.

Adakah Allah itu makhluk?
Tidak! DIA bukanlah makhluk, malah utk memahami akan-Nya, hanya menerusi perantaraan-Nya sahaja. Semua yg kita ketahui mengenai-Nya itu sekadar bersifat makhluk yg disyariatkan atas kepunyaan-Nya (Ilah), "tiada kepunyaan-Nya selain Allah".

Adakah Alquran itu makhluk?
Ya, Alquran itu tetaplah makhluk kerana ianya diambil menerusi kitab induk yg dinamakan Luh Mahfus. Malah, Allah swt menamakan "Ini kitab..." yg merujuk kepada Alquran.

Adakah Allah itu berbicara?
Ya, Allah berbicara TANPA perlu bergantung kepada mana2 makhluk. Dan kerana itulah, kalam Allah itu (Alquran) yg diwahyukan-Nya itu diambil di luh mahfus oleh malaikat Jibril a.s (atas perintah Allah) lalu disampaikan terus kepada baginda Rasullullah saw. Hakikatnya, bicara Allah kepada malaikat Jibril a.s. sekalipun, menerusi perantaraan makhluk, kerana Allah itu bukannya makhluk, akan tetapi Pencipta makhluk.

Apakah yang dimaksudkan akan zat2 Allah?
Sekiranya terdapatnya di dalam Alquran mengenai itu, maka bolehlah dijelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 22-4-2019 11:30 PM

Soalan : Macam mana caranya kita mengenali Allah, menerusi Asma Ul-Husna yg DIA tetapkan?
Jawapan : Sebenarnya senang aje. Soalnya kini, kenapa perlu saya nyatakan disini, sedangkan masih ramai lagi yg memakhlukkan Allah selain Petunjuk-Nya utk mengenali akan-Nya? Bukankah, orang yg beriman itu"mendengar dan mentaati" Allah (menerusi petunjuk-Nya)?

Apa itu akal?
Akal itu dicipta oleh Allah utk menanggapi sesuatu yg bersifat makhluk. Allah swt menciptakan akal sedemikian rupa agar ianya menjadi suatu kemudahan penyaluran ilham dari-Nya jua.

Apakah hukum akal?
Hukum akal terbahagi kepada dua :
1) Hakikat kebenaran
2) Hakikat kebatilan

Semua yg Allah nyatakan menerusi petunjuk-Nya Alquran, hanya menjelaskan 2 perkara induk agar akal memikirkannya dgn menggunakan neraca akal. Kita sendiri sedia maklum, setiap yg Allah ciptakan itu berpasang-pasangan. MUSTAHIL secara trinity (bertiga) termasuklah dalam isu hukum akal. Utk akal menanggapi sesuatu, ia memerlukan kebenaran dari Allah ke atas hakikat kebenaran dan hakikat kebatilan.

Contoh, kita nak kenal nama-Nya Ar-Rahman, maka, bila kita membaca Alquran, Allah jelaskan dalam dua bentuk mengenainya. Yang pertama mengenai apa yg DIA lakukan, samaada dalam bentuk kebenaran mahupun kebatilan (saya belum sentuh hal ehwal pilihan hati).

Katakanlah, kita nak kenali Allah menerusi hukum akal, adakah diperbolehkan? Boleh, akan tetapi ilham dari-Nya itu dijelaskan-Nya menerusi hati, samaada hati itu memilih Allah atau keduniaan.

Adakah dibolehkan kita mengajar hukum Wajib, Mustahil, Harus, Jaiz dan sebagainya mengenai Allah utk memahamkan akal?
Jawapan : Tidak dibolehkan. Kerana Allah hanya mengajar 2 cara sahaja, kebenaran menerusi kebenaran dan kebatilan.

Macam mana utk akal faham Allah itu siapa?
Jawapan :
1) Allah bukanlah makhluk, malah semua yg dimakhlukkan itu kepunyaan-Nya.
2) Bila adanya kepunyaan-Nya, maka ianya berserta syariat dari-Nya (Sunnahtullah)
3) Sesuatu yg bukan makhluk sudah pasti tidak akan berbicara seperti makhluk yg diciptakan-Nya melainkan yang bukan makhluk itu menggunakan perantara utk menjelaskan "bicara-Nya"
4) Sesuatu yg bukan makhluk itu boleh menempati mana-mana makhluk yg DIA kehendaki sesuai dgn kehendak-Nya, dan menempati itu BUKAN bermaksud pilihan manusia utk memikirkannya, akan tetapi DIA yang tetapkan menerusi petunjuk-Nya. Sedangkan yg bukan makhluk itu berhak ke atas sekelian makhluk yg DIA ciptakan.
5) DIA menamakan Allah agar semua ciptaan mengenali keberadaan-Nya, bersesuaian dgn ketetapan-Nya jua.

Perlukah ada perkataan utk akal memikirkan "Mustahil bagi Allah....?"
Jawapan : Tak perlu.

Apa buktinya, Allah itu bukan makhluk?
Jawapan: Bila mana Allah menciptakan segala2nya, maka, pastilah hanya yg bukan makhluk sahaja yg mampu melakukannya. Surah Al-Ikhlas induk utk kita mengenali keberadaan-Nya. DIA perintahkan kita berkata "Allah itu tunggal", "tempat segala kebergantungan", "tidak beranak dan diperanakkan", "tiada suatu pun punyai seperti tunggal-Nya". Maksudnya, yang bukan makhluk hanyalah DIA yang mengajar manusia akan nama-Nya "Allah". Dan tak perlu mengadakan selain dari itu utk memahamkan akan-Nya kpd manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita hanya mampu ibaratkan sesuatu (yg bersifat makhluk) utk mengenal wujud-Nya Allah. Tidak lebih dari itu.

Bagaimana nak kenal Allah jika kita tak kenal-Nya?
Jika angin pun kita tak pernah nampak, adakah kita kenal itu angin? Betul ke kita kenal? Atau kita akan berkata "tak ada angin, pasanglah kipas?" Atau kita lebih mengenali kipas berbanding angin? Itu hanyalah ibarat semata. Tidak lebih dari itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau saya post yg ini, ramai yg akan kritik, akan tetapi ramai yg suka....

[youtube]Tet6_BlStEM[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg ni mcm mana pula?

[youtube]TvGW01gqvI4[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lepas dah ada, cuma ini utk tahun ini. Agak2nya leh top tak? Hehehehe

[youtube]0N8eE7g_0-g[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
https://chordify.net/chords/lagi-syantik-versi-sholawat-full-arab-siti-badriah-cover-plus-lirik-gus-aldi

Yang ni merdu sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071667 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list