CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?

  [Copy link]
Post time 17-4-2019 06:10 PM | Show all posts
Doakan kesejahteraan kanak-kanak tersebut dan semoga dapat jumpa di dalam masa yang terdekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Demimu Zahir...

Oleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my


Share
BANGI: Ibu bapa Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak lapan tahun yang dilaporkan hilang sejak petang kelmarin terus menggiatkan usaha mencari anak bongsu mereka.

Bapa Muhammad Zahiruddin, Mohd Fauzi Abdul Ghafar, 45, berkata selepas menerima berita kehilangan anaknya malam kelmarin, dia masih tidak berhenti mencari di sekitar kawasan kediamannya.

“Saya masih belum tidur sejak kelmarin dan saya sudah mula rasa tidak larat kerana tidak cukup rehat namun saya kuatkan juga untuk terus mencari Zahir di sekitar kawasan kejiranan ini.

“Zahir boleh dikatakan anak kesayangan saya, untuk hari ini saya lihat polis dan bomba juga sudah memulakan pencarian.

“Selain itu, solat hajat memohon Zahir cepat ditemui turut dilakukan malam tadi di surau dan masjid, malah saya difahamkan sekolahnya turut membuat solat hajat,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Ibu Muhammad Zahiruddin, Sainih Sunding, 46, berkata dia keluar mencari anaknya kira-kira pada jam 7 pagi tadi.

“Saya menaiki bas berseorangan bagi mencari Zahir di sekitar Bandar Seri Putra.

“Saya juga pergi mencari di sekitar Bandar Bukit Mahkota, Bangi dan hingga ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah berada di Sungai Semenyih, kira-kira 300 meter dari pangsapuri kediaman Muhammad Zahiruddin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid, berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota bersama sebuah jentera bagi membantu usaha pencarian.

“Kita akan lakukan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Semenyih, buat masa ini pasukan di lokasi sedang menunggu sebuah bot yang akan digunakan untuk pencarian di sepanjang tebing sungai,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan polis memulakan pencarian Muhammad Zahiruddin yang dilaporkan hilang sejak petang kelmarin.

Pencarian turut dibantu dua anjing dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA.

Muhammad Zahiruddin dikatakan kali terakhir dilihat kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu sebelum ibunya menyedari kehilangannya kira-kira pada jam 7.15 malam selepas dia tidak pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ANGGOTA PDRM mencari Muhammad Zahiruddin Putra di sekitar kolam takungan Bandar Seri Putra di kediamannya Bandar Seri Putra, Bangi. - NSTP/Yusni Ariffin



Unit K9 PDRM digunakan untuk operasi mencari Muhammad Zahiruddin Putra di kediamannya Bandar Seri Putra, Bangi. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii.. aku tak bleh lah budak2 besaq ni hilang...harap di jumpai dgn selamat..

Skrg tak boleh ralit dah.. mmg sampai teenager kena kepung dok rumah.. predator byk kat luar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..semoga adik ni dijumpai selamat dan dapat kembali semula bersama ahli keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kecik2 dulu selamba ke main kat lombong.. main jauh2.. tapi skrg takleh dah.. budak2 mmg kena bawah pengawasan selalu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 17-4-2019 06:54 PM
Zaman kecik2 dulu selamba ke main kat lombong.. main jauh2.. tapi skrg takleh dah.. budak2 mmg kena  ...

Kannn.. dulu ok je.. laaa nii.. jgn.. hilang nangis tak berlagu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lah peginya budak ni.. baliklah nak risau mak dengan ayah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ksiannya kt mak dia..sanggup naik turun bas utk cari ank dia..harap sgt budak ni selamat walau di mana dia berada ya Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I kenot imejin leaving my 7 years old di rumah, some kids yg matang & independent at 7 pun terlalu minor kesian ibu terpaksa keluar menyara kehidupan, anak tak menentu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 08:03 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 17-4-2019 03:48 PM
Akak anak umur setahun lebih baru pandai jalan masa tu hilang dlm kedai kasut kat shopping mall pun  ...

adoi kak 30 minit? harus rasa nak pengsan, jantung mesti nak tercabut dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu minta seluruh Malaysia berdoa Zahir ditemukan

Nuraina Hanis Abd. Halim
17 April 2019 7:07 PM

KUALA LUMPUR 17 April- Ibu kepada Muhammad Zahirudin Putra Mohd. Fauzi, 8, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Putra dekat sini, kelmarin, memohon rakyat Malaysia mendoakan agar anaknya ditemukan semula.

Ibu Muhammad Zahirudin, Sainih Sunding, 46, berkata, ini merupakan kali pertama anak bongsu daripada lima adik beradik yang lebih dikenali sebagai Zahir tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain.

Menurutnya, dia juga ada menghubungi rakan-rakan Muhammad Zahirudin jika mempunyai maklumat namun mereka memaklumkan kali terakhir melihat kanak-kanak ketika bermain bersama berhampiran rumahnya.

“Selepas bermain, rakannya pulang ke rumah masing-masing tetapi Muhammad Zahirudin sehingga kini.. tidak pulang.

“Saya juga hari ini pergi mencarinya dengan menaiki bas di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota hingga ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Sainih, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah berada di Sungai Semenyih telah memulakan pencarian berhampiran dari pangsapurinya iaitu lokasi terakhir Muhammad Zahirudin dilihat.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemukan namun pihak bomba memaklumkan akan mula mencari di Sungai Semenyih.-UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 17-4-2019 07:34 PM
I kenot imejin leaving my 7 years old di rumah, some kids yg matang & independent at 7 pun terlalu m ...

Anak ni darjah 2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptg kelmarin mmg hujan lebat.. nengok bomba tadi sebaknya hati.
Dgr cerita akak naik turun bas takde ke jiran yg tolong?
Lahai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Operasi SAR Zahir disambung esok

Oleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my
Share


BANGI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Putra, di sini, kelmarin, ditangguhkan jam 7.30 malam tadi.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, disedari hilang oleh ibunya, Sainih Sunding, 46, ketika dia pulang ke rumah selepas balik dari kerja kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Operasi yang disertai kira-kira 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis bermula jam 5.40 petang tadi di Sungai Semenyih, kira-kira 300 meter dari kediaman kanak-kanak itu.


Ketua BBP Bangi, Rosman Majid, berkata sembilan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pencarian bermula di lokasi kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa serta di sekitar Sungai Semenyih sejauh tujuh kilometer hingga ke kawasan perangkap sampah.

“Sebelum itu, anggota bomba berdepan sedikit kesukaran untuk menurunkan bot bomba kerana saiznya yang besar dan keadaan dasar sungai yang agak cetek.

“Kami bekerjasama dengan pihak APM dengan menggunakan sebuah bot mereka dalam operasi ini, saiz bot mereka lebih sesuai untuk menyusuri sungai berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Rosman berkata, operasi akan disambung semula seawal jam 9 pagi esok.

“Esok kita akan gunakan semua elemen yang berkaitan seperti Unit K9 Bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Kekuatan logistik juga akan mula digerakkan esok,” katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggota Bomba dan Penyelamat bersama Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, di sekitar 7km Sungai Semenyih. - Foto Mohd Yusni Ariffin



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 09:17 PM | Show all posts
semoga anak ini ditemui semula dalam keadaan selamat.. kecut perut tgk gambar bomba cari kat sg semenyih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu... Sedehnya mak naik turun bas cari anak.. Mesti turun bas..kena menapak jln kaki srg2 tgh panas

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan buat mereka sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan yg last main dgn budak ni apa cer?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 17-4-2019 08:28 PM
Anak ni darjah 2

If you look closely, dob dia 10.10.2011 so dia belum lagi 8 tahun, by year yes, by dob not yet, for me umur anak2 tahap 1 ni still besar gap dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.302181 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list