CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 09:07 AM | Show all posts
dan area bsp  masih banyak construction .. banyak apartment , kondo, rumah kedai tgh dalam pembinaan
masih sangat ramai pekerja asing area sini.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 18-4-2019 12:47 AM
Itu arr .. tapi sini tak panggil flat.. apartment dahlia..
Mmg kawasan melayu campur indon..
Sis ...

Kesian pulak kan.. Mungkin jiran pun sama mcm dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 18-4-2019 09:01 AM
uols.. lepas ni harap2 kurang la budak2 kecik ni berpeleseran tanpa kawalan kat bsp(bandar seri putr ...

Kalau diaorg ada persatuan penduduk, bagus disampaikan kpd persatuan penduduk ni utk ingatkan parents ttg had peleseran anak2 ni.. Jadikan kes Zahir ni sebagai tauladan. Jiran2 pun kena sama2 tengok2 anak2 jiran sebelah2. Maksudnya prihatin. Kami dlm kejiranan buat begitu. Tp biasa la.. Ada parents x boleh ditegur. Anak dia ditegur pun x boleh. Kang dia yg melenting2. Tp kena la cakap.. Kang apa2 jadi kan dah susah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 18-4-2019 09:07 AM
dan area bsp  masih banyak construction .. banyak apartment , kondo, rumah kedai tgh dalam pembinaan ...

Patutnya dgn keadaan begitu, parents kena lebih ingatkan anak2 ni. Yg abang kakak pun kena jaga adik2 tu. Tp itu la.. Kehidupan kita x sama dgn kehidupan diaorg. Kang cakap lebih2, ada pulak yg kata memandai, x faham keadaan diaorg. Pada akak, apa keadaan pun tapi bab keselamatan anak2 tetap jadi keutamaan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:48 AM | Show all posts
Remyda replied at 17-4-2019 08:56 PM
Anggota Bomba dan Penyelamat bersama Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi mencar ...

alahai dah start cari kat sungai, sayu laaaaaa...

budak ni tak sekolah sebab cuti kot. banyak sekolah buat hari sukan ahad lepas, so senin tu cuti.

semoga selamat la hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:47 PM | Show all posts
eLiaD replied at 17-4-2019 04:56 PM
ade kes budx ilang dlu mak pak sibuk cari rupanya ikot kawan balik yg family kwan tu X tahu polis tg ...

Mulai sekarang, makbapak kena peringatkan anak2 berulang2 kali, selalu sekalipun penat anak mendengarnya. Kalau terpaksa tinggal di rumah, pesan kat anak2 jangan main jauh2. Main depan rumah pastikan pintu pagar berkunci, bermangga.  Ada orang motorsikal datang, tak kenal jgn ramah sangat menjawab 'mak tak ade rumah, sape pun tak de'...Mak pun pesanlah kat jiran minta tolong tengok2kan anak. Anak2 nak pergi mane2, kalau boleh jgn pergi atau telefon mak dulu atau tinggalkan pesan, tulis nota taruh atas meja. Emak2 pastikan ada makanan untuk anak2 yg dirumah agar anak2 tak perlu ke kedai (dekat sekalipun). Juga emak2, sekali sekala telefonlah anak2, cek di mane mereka berada. Tanya dah makan, dah solat ke, dah buat homework ke, sedang buat ape?. Atau kalau ada tempat transit nursery dekat rumah (yg ada bayaran per jam) hantarlah anak ke situ atau boleh juga hantar anak ke rumah kawan2 dia yg emaknya kenal.  Tumpang sehari je pun.  Nampak cerewet dn remeh mengurus anak2 ini tapi lagi mencabar bila anak dah hilang.  Hilang semangat emak nak bekerja. Anak2 pun kalau pergi, pandai2lah balek ke rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-4-2019 12:47 PM
Mulai sekarang, makbapak kena peringatkan anak2 berulang2 kali, selalu sekalipun penat anak menden ...

Itu lah..terpikir yg mak takkan tak telefon tanya kabar anak2 kat umah tu. Entah la, lain org lain cara lah kot. Anak kot..dpt lak budak seusia mcmni, lelaki lak tu. Takleh komen byk2, nnti dikatanya tak kena batang hidung sendiri.
Anak i tadika cuti, stay ngn nenek separuh hari tu pun i duk pesan macam2. Jgn bukak pintu, jgn main kt bilik air, jgn tu jgn ni. Telefon kt umah tnya updates. Dengan neneknya pun i pesan air coway tu make sure pusing kt warm sentiasa sbb takut anak i p buat air sendiri. Mcm2 ok. Padahal neneknya sehat walafiat elok kat umah. Pastu pesan gak jiran sebelah inform jiran yg anak i tak sekolah n stay n umah ngn neneknya hrni. Haaa smpai mcmtu. Nmpak mcm fussy tp bab keselamatan anak/family mmg i fussy sgt. Anak nk main dlm compaund umah pun i xkan lepaskan kalau i or husband xde.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelibat didakwa Zahir dalam CCTV tidak jelas
Oleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my

Khamis, 18 April 2019 | 1:53pm


BANGI: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa menunjukkan kelibat Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu tidak jelas bagi membolehkan pengecaman dilakukan.

Ibu kanak-kanak berusia lapan tahun itu, Sainih Sunding, 46, berkata beliau pergi ke sebuah pusat perubatan Islam di sini, bagi melihat sendiri rakaman CCTV terbabit.

Bagaimanapun, katanya, rakaman itu tidak jelas dan sukar bagi dirinya mengesahkan seorang kanak-kanak yang dirakam di dalam video itu adalah anak bongsunya.


“Berdasarkan rakaman itu, kanak-kanak itu nampak macam berisi sedikit jika dibandingkan dengan Zahir. Warna baju dipakai juga tidak sama.

“Sukar untuk saya mengatakan kanak-kanak yang dirakam itu adalah Zahir, saya terus berharap supaya Zahir segera pulang semula ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Muhammad Zahiruddin Putra atau dipanggil Zahir di kalangan keluarga dilihat dalam rakaman CCTV sebuah pusat perubatan Islam di Bandar Baru Bangi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sainih ketika dihubungi media pagi tadi.

Sainih dilaporkan berkata polis memaklumkan perkara itu ketika memberikan perkembangan terkini pencarian Zahir kepadanya awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan di sekitar Sungai Semenyih, pagi ini, dihentikan.

“Buat masa ini, operasi itu dihentikan berdasarkan petunjuk baharu yang diperoleh polis mengenai lokasi mangsa.

“Bagaimanapun, kami bersedia pada bila-bila masa untuk memberi bantuan sekiranya khidmat bomba diperlukan oleh polis dalam usaha mengesan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Zahir dikatakan kali terakhir dilihat kira-kira pada jam 6.30 petang Isnin lalu sebelum ibunya menyedari kehilangannya kira-kira pada jam 7.15 malam selepas dia tidak pulang ke rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa teruskan pencarian Zahiruddin

18 Apr 2019

Asyraf Muhammad

KAJANG - Bapa kepada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya pada Isnin lalu menggiatkan usaha untuk mencari anaknya itu di sekitar kawasan kediaman mereka.

Menurut Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 51, buat masa ini, dia masih meneruskan pencarian anaknya, Muhammad Zahiruddin Putra di kawasan laluan berhampiran sungai dan longkang yang terletak di sekitar kawasan berkenaan.

Mohd Fauzi berkata, sehingga kini, tiada sebarang perkembangan positif diterima hasil daripada pencarian itu.

"Saya juga ada bertanyakan kepada rakan-rakan sekelas Zahiruddin namun mereka semua tidak tahu mengenai anak saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata, mereka sekeluarga positif dengan usaha yang dilakukan oleh pihak polis yang dilihat bertindak pantas untuk melakukan pencarian anaknya itu.

Ujar Mohd Fauzi, buat masa ini, pihaknya juga sedang menunggu sebarang perkembangan lanjut daripada polis berhubung usaha pencarian tersebut.

"Harapan saya, Insya-ALLAH dia akan ditemui sebab usaha yang dilakukan oleh pihak polis nampaknya agak pantas bagi membantu mengesan lokasi Zahiruddin," katanya.

Isnin lalu, Zahiruddin dikatakan hilang selepas dia keluar dari rumahnya untuk bermain di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra di sini.

Ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, memaklumkan anak bongsu daripada lima beradik itu tidak ke sekolah pada hari kejadian dan keluar untuk bermain dengan rakan-rakannya.

Susulan itu, polis memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat mengesan kanak-kanak terbabit selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff memaklumkan lokasi pencarian mangsa turut diluaskan sehingga kawasan Kajang bagi mengesan mangsa terlibat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis siasat dakwaan Zahir berada di Bandar Baru Bangi

18 April 2019 3:18 PM

6

KUALA LUMPUR 18 April - Polis akan menyiasat secara menyeluruh termasuk dakwaan mengatakan Muhammad Zahirudin Putra Mohd. Fauzi, 8, yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu berada dalam rakaman CCTV sebuah pusat perubatan Islam di Bandar Baru Bangi.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, usaha mencari kanak-kanak terbabit masih berjalan termasuk mengambil keterangan pihak keluarga.


“Kita masih jalankan siasatan mengenai kehilangan kanak-kanak ini jadi segala dakwaan yang keluar pasti kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak semalam terdapat dakwaan mengatakan Muhammad Zahiruddin atau dipanggil Zahir dilihat berada di sekitar Bandar Baru Bangi.

Sebelum itu, satu laporan polis dibuat bapa kepada Muhammad Zahiruddin Putra kira-kira pukul 12.45 malam Isnin lalu.

Zahir dipercayai keluar dari rumahnya melalui pintu hadapan dengan membuka kunci sendiri sebelum mencampakkannya semula ke dalam rumah.

Kali terakhir bapa mangsa melihatnya adalah sekitar pukul 6 petang ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain di taman permainan dalam keadaan hujan.-UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 04:59 PM | Show all posts
Kali terakhir bapa mangsa melihatnya adalah sekitar pukul 6 petang ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain di taman permainan dalam keadaan hujan.-UTUSAN ONLINE

Bapa tu nampak anak main pukul 6 petang tgh-tgh hujan tak panggil anaknya balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 18-4-2019 04:59 PM
Kali terakhir bapa mangsa melihatnya adalah sekitar pukul 6 petang ketika kanak-kanak tersebut sedan ...

Itulah..dh nak masuk remang senja, tambah ngn hujan lg tu..blh dibiar je ank tu main lg kt luar..sepatutnya dh diheret balik dh ank tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-4-2019 08:07 PM
Ibu minta seluruh Malaysia berdoa Zahir ditemukan

Nuraina Hanis Abd. Halim

Laaa br perasan, anak bongsu drpd 5 beradik.. based on berita sblm ni, ingtkn ada sorang abg je, yg Xkesah pon zahir ni Xblk smpai lewat ptg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 18-4-2019 04:59 PM
Kali terakhir bapa mangsa melihatnya adalah sekitar pukul 6 petang ketika kanak-kanak tersebut sedan ...

Kannnnn... Bapak dh nmpk, dok sengih je kot.. Hadoiiiiii ni yg hangen ni... agaknya sbb anaknya 5org, jd kurang protective.. i ada jiran yg anak ramai camni,  Xkesah anak main sorang2 kat tgh jln dpn umah.. bila kita tegur, bapaknya ckp "Xpe, biarla, budak lagi kan.."
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Mana la kau nak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jatuh sungai aku ok lagi.....buat nye dah sampai sempadan Thailand ke Indon ker naik boat pancung. Isk isk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 18-4-2019 09:01 AM
uols.. lepas ni harap2 kurang la budak2 kecik ni berpeleseran tanpa kawalan kat bsp(bandar seri putr ...

Duk area mana, aritu p kenduri kazen kat blok F seksyen 4 tu.
Dekat ke ye ngn umah budak hilang ni?
Sbb umah pak sedara tu pun umah flat gak.
I
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa ke idak? Risau la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Xjumpe2 lg..ke mana la ko menghilang dik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:43 AM | Show all posts
sedihnya......

sebaya anak ku

semoga cepat dijumpai nak...huwaaaaaaaaaaaaa..sebakkk

sedih sgt

tak tau apa jadi kat budak ni.....moga Allah permudahkan usaha mencari..dan dijumpai selamat
amiiin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.099160 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list