CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 11

Kes Atlet Taekwondo Tendang OKU Hanya Cerita Sebelah Pihak, Siapa Yang Betul?

[Copy link]
Post time 17-4-2019 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: MSNT




Susulan keputusan mahkamah mengarahkan atlet Taekwondo negara, Nur Dhia Liyana Shaharuddin membuat permohonan maaf secara terbuka, seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan perkara sebenar.


Menurut rakan kepada kakak atlet terbabit, Zack Ulfah menceritakan semula situasi sebenar dihadapi Dhia.








Katanya, ada sebab kenapa Dhia menendang warga emas kurang upaya (OKU), Placid P Rodriguez, 71, ketika kejadian dua tahun lalu.


Dalam kejadian, punggung Dhia diramas Rodriguez ketika berada di platform LRT menuju ke eskalator menyebabkan atlet berkenaan mempertahankan dirinya.








Dhia terpaksa menutup sebelah mata dan menarik semula laporan kerana mahu menumpukan fokus dalam Sukan Sea.








Walaupun kes jenayah digugurkan, kes sivil masih diteruskan. Malangnya, Dhia terpaksa akur dengan kehendak plaintif dan keputusan mahkamah mengarahkannya membuat permohonan maaf serta membayar pampasan.











Ulfah menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan menggesa netizen yang melemparkan tohmahan terhadap Dhia memohon kemaafan daripada atlet itu.








Ramai netizen sudah menjangkakan 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan berita disampaikan media. Dalam masa sama, mereka sempat mengeji tindakan tidak tahu malu OKU terbabit membuat onar dan memutar-belit cerita.








Walaupun pihak media menerima pelbagai kritikan negatif, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa wartawan mengolah berita berdasarkan fakta daripada mahkamah.








Ramai netizen kesal dan terkilan dengan sistem perundangan di negara ini yang cenderung berpihak kepada pesalah sebenar.




Kredit foto: Twitter




Anda nak percaya pihak yang mana? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca news tu pun memang fishy gila,  wartawan level2 reputz hiburan ke apa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 01:26 PM | Show all posts
aku berpihak kepada atlet ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 02:41 PM | Show all posts
kesian jgk if btol dia tak slh. so triggered
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakta mahkamah tu dah betul,cctv tu tak menipu

Athlet ni tendang OKU

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 04:37 PM | Show all posts
org OKU ade je ambik kesempatan nk meraba meramas org lain.. tp dgn keadaan deols, ... kita plk yg nmpak salah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut la kena tendang, takkanlah x pasal2 je buat gitu kan..elok ramai2 pompuan g belajar..taram je yg x reti bahasa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 04:24 PM | Show all posts
eeeii setannya, x sedar diri betul. dah ada label oku, nak tambah label pervert plak. x jadi org nak kesian2 dgn kau. sian dhia ni. i hope she will counter balik and hopefully menang. biar oku tu yg kena ganti rugi kat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 04:31 PM | Show all posts
sebab tu la kalau apa2 hal... jangan sesekali tarik balik police report atas alasan tanak panjangkan, tanak susahkan, tanak itu tanak ini. report dan just simpan report tu. sebab akan jadi benda cenggini la. at least you got yourself covered in the eyes of the law.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ala sygnye knp tarik report polis seolah die bersalah..pervert mmg ptt kene ajar gini..dh tarik ni lg sng la dorg nk putar belit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa baca berita ni keluar hari tu pun, ramai yang persoalkan wartawan kenapa tulis macam tak habis. Ada kepala dan ekor jer, badan takde. Adakah orang yang normal tiba-tiba serang orang lain? OKU pula tu. So, memang ramai yang syak that old guy memang ada buat something to this girl tu pasal she retaliated.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:47 PM | Show all posts
kesian juga sheols...just because the other party ada kekurangan...susah juga

this remind me kes budak autism pegi raba pompuan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.073636 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list