Share
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memasuki hari ke-26 selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu, ditangguhkan sementara bermula 17 April 2019.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata penangguhan sementara itu adalah bagi mengehadkan pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan berkenaan dan memberi ruang kepada penduduk setempat melaksanakan tindakan mengesan mangsa.
Katanya, penangguhan sementara itu juga disebabkan tiada petunjuk baru ditemui setakat ini sepanjang SAR dijalankan oleh pasukan penyelamat dan siasatan.
“Mangsa masih tidak ditemui walaupun SAR sudah menggunakan pelbagai kaedah terkini oleh pasukan yang berpengalaman selain perluasan kawasan pencarian dari 35 kilometer persegi kepada 48 kilometer persegi.
“Penangguhan sementara ini akan membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman kes seumpama ini yang pernah berlaku pada masa lepas,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Razarudin berkata, SAR peringkat pertama dimulakan sehari selepas mangsa didapati hilang sehingga 30 Mac lalu sebelum ia diteruskan dengan peringkat kedua sehingga semalam dengan memperluaskan kawasan operasi kepada 48 kilometer persegi.
“Dalam meneruskan usaha pencarian (peringkat kedua), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada jam 1 tengah hari, 30 Mac lalu.
“Bagaimanapun, dari tempoh berkenaan sehingga ke hari ini, tiada petunjuk baru dapat dikesan atau diperoleh oleh pasukan pencari bagi merungkai kehilangan mangsa,” katanya.
Banyak Hati Yg Perlu Dijaga.. Kita Hold Dulu Dan Beri Laluan Pada Beberapa Individu Org Kampung Kerana Mengikut Apa Yg Dikatakan Jika Org Awam Keluar Dari Sini (kampung) Baru Mereka Akan Keluarkan Acap.
Jadi Dengan Rasa Berat Hati Saya Umumkan Semua Volunteer Unit SAR (hampir 500 ahli) Diminta Utk Stand Down. Kita Hormati Dan Lihat Pogress Dari Mereka
Hari Hari Terakhir Di Gopeng.. Untuk Kamu #Acap
Author|Post time 18-4-2019 08:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Beri peluang kami cari
PENDUDUK Kampung Pintu Padang, Gopeng, akan membantu meneruskan pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, selepas polis hari ini mengumumkan penangguhan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, penduduk kampung menyambut baik penangguhan operasi itu bagi memberi ruang kepada mereka untuk mencari mangsa.
“Ada orang-orang tua di sini memberitahu perlu bagi reda dahulu, apabila sudah selesa kita akan mencarinya tanpa ada gangguan lain.
“Bagi penduduk sendiri, kita ada melakukan pencarian membabitkan empat kumpulan dengan disertai tujuh ke lapan orang bagi setiap kumpulan dan mereka mempunyai pengalaman dalam bidang agama dan hutan,” katanya.
Mohd Fairis berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan dialog Ketua Polis Daerah Kampar sempena program Polis Masuk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam kenyataannya hari ini memaklumkan SAR Mohammad Ashraf ditangguhkan sementara untuk memberi peluang kepada penduduk setempat mencari berikutan tiada petunjuk baharu diperoleh pasukan penyelamat dan siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, walaupun operasi pencarian mangsa sudah ditangguhkan, namun polis tidak boleh menghalang orang ramai untuk terus mencarinya.
Katanya, justeru itu, orang ramai yang ingin melakukan pencarian perlulah memaklumkan kepada polis bagi membolehkan pemantauan dijalankan atas faktor keselamatan mereka.
“Mereka boleh datang ke Balai Polis Gopeng dan maklumkan sekiranya mahu mencari dan perkara ini sudah diberitahu sejak awal lagi, namun tiada siapa yang datang untuk berbuat demikian.
“Apa yang penting adalah salurkan maklumat kepada pihak berwajib kerana segala maklumat baharu akan membantu perkembangan siasatan kes ini,” katanya.
Post time 18-4-2019 08:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Thumbs up remyda...semoga acap ditemukan esok sempena jumaat yg barokah...tapi org kg betul2 nak pastikan kosong tempat tu smpai dany pun dah balik..ritual apo yg org kg ni nk buat erk..bace komen2 kat fb sab wahid sane la bgaduh pulak demer...conpius gak sab wahid ni fakta ka auta.tapi org kg mmg awai2 lg dah pelik sb jaga sgt batu putih smpai tutup x bg cari situ..
nak tunggu perkongsian mungkin makan masa bertahun baru ade orang share.. ye lah.. kalau abang acap pon tak boleh ade kat situ dah tentu2 orang luar sorang pon tak boleh ade.. hanya orang kampung yg berpengalaman yg mana semuanye jenis senyap tak cerita banyak