CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2872|Reply: 2

Jongkong Emas Di Pulau Nangka

[Copy link]
Post time 19-4-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Rasul Azli Samad

MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.



Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.

Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.



Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.

NSTP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuni at 19-4-2019 04:07 PM

INFO:
Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

* Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

* Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada dirampas Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

* Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

* Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, tentera yang menawan Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

* Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

* Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

* Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

* Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

www.bhplus.com.my
#lupa nak letak kredit Kat thread

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 04:00 PM | Show all posts
masih misteri sehingga sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.120027 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list