CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akuni

Cik Ponti minta Anak

  [Copy link]
Post time 21-4-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
wih seremm nak plak iols terbaca dah nak tgh malam neh... aduhh

sambung lg yek sis..kasi panjangkan thread ni baru adventurous gitu..selalu thread mps pendek2 jah tak puas nak baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyesal baca sorang2
Tunggu anak balik skola baru sambung baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Malam tu sheols mimpi lagi...mimpi sama gak.dan dah mimpi x dpt pulak tidur. Duk melangut la sampai ke pagi. Pepagi tu mak mentua btanya sheols Ada mimpi2 ganjil x.

Sheols x ingat sgt details mimpi sheols. Yg pasti sheols didatangi seorang wanita cantik berkebaya putih dgn rambutnya ikal diikat tepi. Berhias kuntuman bunga cempaka putih. Normal jer muka ppuan tu..x nampak ganjil..
cuma baju dan dandanan sheols mcm zaman kerajaan Melayu Melaka dedulu.

Ppuan tu x bkata sepatah pun hanya skadar senyum2 tersipu2 memandang sheols sambil memain-mainkan rambutnya.

"X pa la...petang ni mak bidan mai dtg mandikan hang. Hang tau dak hang mengandung?".
Sheols menggelengkan kepala. Mmg sheols x perasan pun sbb xda alahan dan period sheols x menentu.
" Hang rehat2 dulu noo..mak nak masak..laki hang balik nnti bole g klinik desa Kat pekan nun".

Petang tu bidan datang lalu mandikan sheols air berjampi di anak tangga. Tak berani sheols nak bertanya butir cerita mak bidan ngan mak mentuanya. Tapi mak bidan ada bekalkan limau nipis dan bawang merah bercacak paku berkarat. Pesan mak bidan pantang dalam seminggu x boleh keluar rumah menjelang senja. Masa2 lain bole ja.

So dalam seminggu tu sheols dmandikan setiap petang..sebelum tidur mak bidan pesan letak bawang bercacak paku bawah bantal. Limau nipis ikat d pinggang. Alhamdulillah perempuan cantik berkebaya putih tu x lagi muncul dalam mimpi sheols. Muka sheols pun dah berseri. Somi balik kerja senanghati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Deols balik semula ke kuaters balai slps habis operasi masuk hutan somi. Somi sheols x pernah bkisah hal2 kerja ngan isteri. Secret katanya. Kebetulan somi sheols jenis berat mulut. Bercakap  hal yg perlu jer. Byk masa sheols dhabiskan dgn berkebun dan menata rumah.

Masuk kandungan sheols 4 bulan en.somi Naik pangkat rezeki anak..kandungan umur 6 bulan somi ambik kereta secondhand. Senang nak bawa anak isteri ke pekan katanya. Motorcycle dah x muat untuk 4 org. Nak nak lagi kandungan sheols Kali ni besar. So,somi beli kereta sbg psediaan utk masa2 kecemasan. Dah deols duduk jauh dari sepital terdekat. Kat kampung pada Masa tu bas Dan kereta susah nak jumpa. Koman2 pun motor kapcai jer. Nak mnggu bas Shari Dua Kali jer masuk kampung itupun kalau ada pasar rabu. Klu hari2 biasa Shari skali jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dah Ada kereta nih somi selalu bawak deols jenjalan Kat pekan. Kengkadang ronda2 keliling kampung atau g pekan rabu pekan seberang pula. Pulang kerja jer meronda...kadang lepas Maghrib depa gerak menuju bandar M yang jauhnya lebih kurg 100 Batu dari tempat tinggal depa.

Tiap mggu ada kelapangan somi sheols off duty mmg deols balik kampung samada g rumah mak atau mak mentua. Balik rumah kdg sampai tengah malam. Jiran sebelah Ada gak menegur sheols tak baik orang mengandung bjalan malam. Pantang orang tua2.. mak dan mentua pun menegur sama. Tapi kata somi...tawakkal kpd Allah insyaAllah x der mudarat siang ker malam.

Sheols pun sejak dah berubat ngan make bidan tu x der rasa seriau ker kembang bulu roma ker. Semua normal mcm dulu. Sheols dah start mengurus tanaman bunga dan bkebun Kat blakang rumah..anak dok main buai bawah pokok getah sambil sheols buat kerja..Tak da kganjilan sheols rasa dekat2 ngan pokok getah tu. Ada sesekali jg sheols mengintai pokok getah tu sblh malam tapi nothing happen. Ranting2 Dan dahan yg seolah2 menari dah xda..Anas pun x pernah lagi tertoleh2 melambai pokok getah mcam hari tu. Malam2 sheols berlaku aman tanpa mimpi2 sama berulang.

Masuk kandungan bulan ke 7 mak sheols panggil balik kampung nak melenggang perut. Kata mak sekali nak kenduri doa selamat dan kesyukuran sbb kandungan dah slmat smpi 7bulan. Dah mmg adat tmpt depa melenggang perut bila usia kandungan dah genap 7bulan.

Tiga hari sblm kenduri sheols mimpi skali lagi. Kali ni perempuan cantik tu senyum2 sambil berkata " nahh x lama lagi kau nak beranak ni. Anak perempuan. Aku suka anak perempuan. Matanya melirik sheols sambil memain2kan ujung rambutnya. Perempuan tu berpusing2 seolah2 menari keliling badan sheols sambil ketawa2 kecil.
" Eh.. cemana kau tau anak aku perempuan?" Sheols kuatkan diri bertanya walau perasaan seram dah menguasai diri.
' Hihihihihi...aku tau lahhhhh...aku suka anak perempuan" katanya sambil meliuk2 badan.
Sheols dah naik pening nak memfokus mata melihat gelagat perempuan tu berpusing2 keliling badan sheols. Sheols rasa nak pitam. Pandangan sheols berpinar2.
"Pergilah!!! Pergi!! Jangan kacau aku!!"  Jeritnya pada perempuan cantik yg gila menari tuh

Tetiba sheols tdengar suara somi. "Maknye! maknye!!! Hang dah kenapa??"
Sheols buka mata.. rupa2 nya
Somi tgh memgoncang2 badan sheols membangunkan sheols dari mimpi. Badan sheols berpeluh2. Kaki sheols terasa sejuk.

" Dah..hang minum air jampi ni...insyallah xda apapa tu"..well mmg xda apapa tapi sheols x ttido memikirkan maksud mimpi sheols.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kacang^soya replied at 21-4-2019 11:32 PM
wih seremm  nak plak iols terbaca dah nak tgh malam neh... aduhh

sambung lg yek sis. ...

X dpt nak panjang la dikk...dah kisahnya pun pendek jer heee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
akuni replied at 22-4-2019 12:20 PM
X dpt nak panjang la dikk...dah kisahnya pun pendek jer heee..

Takpe sis sambung jah lagi mana yg belum abis tu..iols setia menanti just take your time to write
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Esuk malamnya perempuan tu datang lagih...adegan dan dialog sama diperdengarkan.. tapi Kali ni sheols dah nekat nak lawan perempuan tu..

" Eh..eh..aku sukala anak perempuan ..aku suka...aku suka ...Hihihihihi" katanya sambil menari2 meliuk2 mcm dayang istana mempersembahkan tarian depan raja.
" Aku pun suka juga", sheols tantang prempuan tu. Terkejut perempuan tu dgr jawapan sheols. Perempuan tu berhenti menari2 Dan mengadap muka sheols. Pandangannya tajam sambil senyum sinis sheols bkata.
"Eh ..ko kan dah ada anak lelaki tu...buat apa nak perempuan ni".
" Aku Tak dak anak perempuan lah...aku pun nak kalu ada'
"Nnti kau bunting lagi sekali adala tu anak perempuan kau ..yg ini kau bagi Kat aku ya..aku tolong jaga"..senyum simpul perempuan tu sambil melentikkan jari jemarinya.
" Tak mau!!! Ini anak aku!! Kalu ko nak ,ko beranak sendiri!!" Marah sheols pada perempuan tu
Dengan muka terkejut dgn jawapan sheols perempuan tu berdiri tegak sambil memacakkan matanya ke mata sheols.
"Aku suka anak perempuan!! Aku suka anak perempuan!!!!" Matanya terjegil."Bagi aku anak nih...esuk2 ko beranak lagih"
"Tak!!! Ini anak aku..biar spuluh aku nak jugak!!" Bentak sheols sambil mulutnya kumat-kamit membaca ayatul kursyi.Dihembuskannya ke muka perempuan tu.
Tetiba muka cantik tu berubah menggerutu. Rambutnya ikalnya mengerbang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
akuni replied at 22-4-2019 12:36 PM
Esuk malamnya perempuan tu datang lagih...adegan dan dialog sama diperdengarkan.. tapi Kali ni sheol ...

Eh kak ponti ni.....nak anaknya beranak la sendiri. ..X malu nak ambil anak orang. ..geram.akak baca....pontianak X tahu malu. ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 02:49 PM | Show all posts
wah  seram tp akk tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ponti tu tak berlaki. Kang kalau beranak takde bapak kena kecam sekampung

Tt sambung le cecepat... I ni memang jenia tak menyabar sikit thehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:02 PM | Show all posts
noor2 replied at 22-4-2019 12:53 PM
Eh kak ponti ni.....nak anaknya beranak la sendiri. ..X malu nak ambil anak orang. ..geram.akak ba ...

Sebab dia malu tu yang berebut dalam mimpi jer...kalau tak dah berebut dalam hospital....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg_Zek replied at 22-4-2019 05:02 PM
Sebab dia malu tu yang berebut dalam mimpi jer...kalau tak dah berebut dalam hospital....

Eh..betul juga tu...awat dia x culik budak2 kat hospital baru lahir tu....mengada sangat tunggu dalam perut orang. ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka cantik halus jadi menggerutu...matanya bertukar merah menyala seolah2 api sedang marak. Di Kiri kanan sudut bibirnya tumbuh taring tajam. Kuku jari jemarinya hitam ,runcing menuding ke arah sheols dan dngan lidah terjelir bercabang Ponti berkata.." Aku tetap nak anak itu..anak itu aku yg punya!! Aku punya!!

Sheols kuatkan hati Dan semangat menyerahkan diri kepda Allah sambil tidak putus2 membaca ayat2 suci yg diingatinya. Ponti sambil mengilai-ngilai berdesup menghilang seperti belon yg dibukakan ikatannya.

Sheols terbangun..dgn peluh menitik2 di dahi dan dada berdebar2 laju bagai dikejar anjing ganas.Dgn esak tangis sheols kejutkan somi Dan menceritakan kisah mimpinya. En somi ajak sheols berwudhu Dan smbhyg malam bersama. Memohon kekuatan dari Allah agar terhindar dari kejahatan makhluk yg tidak nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 06:07 PM | Show all posts
lagi tt samb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang hari tu sheols x sedap badan..nak kata demam x demam..dada berdebar2 x menentu. Tapi rasa takut tu x jugak la sheols layankan..mimpi dua malam tu myebabkan badan sheols lemas. Seolah2 tenaga sheols terkuras habis layaknya org yg bkebun di bawah sinar terik matahari dari pagi ke petang tanpa henti.

En.somi janji nak bawak g kampung mentua esuk sekiranya sheols masih diganggu dgn mimpi2 yg sama. Dan macam yg dah dijangka, malam ke tiga cik Ponti datang lagi.Tapi sheols dah bersedia. Sebelum tidur sheols berwudhu dan smbhyg hajat bersama somi agar diselamatkan dan dijauhkan dari gangguan syaitan.

Malam ke tiga mimpi sheols berbeza..Ada yg dtg menyapa tapi bukan perempuan yg sama. Airmuka perempuan Kali ini lebih lunak dari yg sebelum2nya. Bahasanya lebih halus dan sopan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
" cik tgh mengandung kan...Mari saya bawa jalan2 keliling taman.Cantik tak??"
Katanya sambil tersenyum memandang Dan tunjuk sekeliling.
"Di sini sejuk dan nyaman".
Serta-merta sheols terlihat Satu pemandangan indah yg tidak pernah sheols lihat sebelum ini. Suasananya sejuk,nyaman dann berkabus..dgn angin sepoi2 bahasa menghembus perlahan. Bebungaan wangi berwarna-warni berguguran seakan2 bunga Sakura bertaburan di kaki sheols. Terpesona dgn pandangan mata yg memukau sheols mengikut langkah c perempuan cantik.

Tanpa beliau sedari mereka telah smpai ke Satu perkampungan. Terdapat sebuah rumah panjang spt rumah panjang orang Iban di Sarawak. Sheols seakan2 terpukau bila mana perempuan cantik itu mengajaknya masuk ke sebuah bilik d rumah panjang tersebut.

"Marila masuk ke dalam..silalah berehat. Awak dah penat tu".
Serta-merta sheols rasa letihhh sgt. Sheols jengah dalam bilik. Wah..cantiknya bilik ni kata hati sheols. Dalam bilik tu semuanya serba putih. Ada katil besar tersedia.Bau bilik wangi kemboja dan bersih seakan2 memanggil sheols untuk masuk dan berbaring di atasnya.

Di kiri dan kanan katil besar tsbt ada 3 org wanita muda bersanggul sedang duduk dan tunduk hormat.Di sanggul terselit sekuntum bunga kemboja Dan di bahu mereka bsidai Kain batik yang dilipat kemas macam watak dayang2 raja. Di kepala katil ada seorg wanita setengah baya duduk sambil menundukkan kepala dgn hormat. Kesemua mereka berkebaya putih Dan menekupkan tgn didada tanda hormat. Terasa macam melawat negeri Thailand bisik hati sheols.

"Masuklah cik,jangan segan2. Tmpt ni mmg khas disediakan untuk cik". Pujuk perempuan tu lagi."Marilah...."
"Tapi..saya x kenal mereka2 Kat dalam tu. Macamana nak berehat kalau ada org lain. Sya x biasalah".
"Alahh cik..mereka tu pembantu cik semua.Mreka akan bantu mengurus kelengkapan cik nanti".

Dah dalam hati sheols dah start bingung. Apaker benda nak d urus Dan bantu? Seolah2 dapat membaca isi hati sheols perempuan tu bkata," cik kan sakit perut?"
Hah??dalam hati sheols bkata sakit perut?? Tetiba perut sheols memulas-mulas mcm sakit perut dek cirit-birit.
"Ha ah ..betulah..says mcm sakit perut nih".
" Itula says dah kata,cik kena rehat. Silalah masuk ke dalam"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
"Marilah cik..." Pujuknya sambil melambai lagi " Perut tu semakin sakit kan".
Sheols ragu2 namun dalam masa yg sama perut sheols semakin memulas sakitnya. Ada baiknya ku turut saja nasihat perempuan nih kata hati sheols.

Semasa sheols melangkah pintu, sheols tersadung bendul." Astagfirullahaladzim!!"
Sheols merasa seolah dlanda gempa.Rumah seakan bergoncang. sheols berpaut pada jenang pintu bertahan dari jatuh. Tak sangka perempuan tu marah Dengan perbuatan sheols.

"Cik!!! Lain Kali jangan sebut perkataan tu!! Saya x suka!!". Sheols tergamam mendgr amarah c perempuan cantik.Langkah sheols terhenti. There is something wrong here, some where..kata hati sheols.
"Cepat masuk cik!! Masa dah sampai. Cik dah nak beranak dah!!' ujar c prempuan.
Lagilah sheols terpaku. Dalam hati sheols berkira2..kandungan aku baru nak masuk 7bulan. Lama lagi kot nak bersalin. Tapi perut sheols semakin memulas dan sakit teramat.

Lagi2 c perempuan dpt mbaca isi hatinya. "Kandungan dah cukup bulan.cik kena beranak sekarang! Mari masuk!!" tegasnya.
" Tapi saya baru 7 bulan. Lama lagi nak beranak. Lagi Dua bulan".
"Tak...cik dah sakit perut. Malam ni kena bersalin".
"Tak..saya x nak masuk!! Belum masanya!"
"Jangan degil cik!!" Muka perempuan tu dah muka bengis. Muka marah Dan sakitati.
"Tidak!! Sya tahu anak sya belum jangka nak keluar! Saya nak balik!!" Sheols bertegas dan berpaling keluar.
" Cik!! Tunggu!!" C perempuan memaut bahu sheols dan berjaya ditepis olehnya.
Sambil menghadap perempuan tersebut sheols seolah mendapat Satu kekuatan berkata," Aku tahu kau siapa!! Kau ponti kan??!!!
Sepantas kilat perempuan itu menarik tangan sheols utk masuk ke dalam bilik. Dengan Tak semena-mena wajah cantiknya berubah hodoh spt Dua malam sebelumnya. C ponti menjerit kesakitan sambil mengibaskan tangannya, "Panas!!!Panas!!!

Sheols terpana dgn adegan tersebut. Kenapa dgn tangan aku. Kenapa tangan c ponti terbakar?? Serentak dgn pemikiran itu sheols melihat tapak tangannya. Aneh, d tapak tangan sheols ada senashkah alquran kecil sbesar ibujari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup dulula utk mlm ni...esuk hakak sambg ehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 06:37 AM | Show all posts
Perghh..serammm
itu baru mimpi...
kalau betul-betul berlaku di alam realiti nih, agak2 apa akan jadi..

agaknya itulah yang dikatakan tiba-tiba perut kempis
anak dalam kandungan hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068931 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list