CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11882|Reply: 143

[Tempatan] Dah tadah air ke uoulsss?

  [Copy link]
Post time 23-4-2019 02:19 PM | Show all posts |Read mode



PENDUDUK di Shah Alam dan Klang bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) esok.

Pelbagai persediaan dibuat oleh penduduk yang terjejas antaranya membeli bekas atau tong untuk menyimpan air dan membeli air minuman dalam kuantiti banyak.

Peniaga, Mohd Muzamir Mahyuddin, 33, yang menetap di Seksyen 8, Shah Alam, berkata dia membeli tong air 70 gelen yang berharga RM145 bagi kegunaan isteri dan anaknya.

“Walaupun hanya bertiga, saya tetap membuat persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kami pernah air tidak mencukupi sebelum ini.

“Justeru, kali ini saya membeli yang lebih besar. dan ia mudah digunakan jika berlaku lagi gangguan bekalan air pada masa akan datang,” katanya.

Bagi pembantu penyelidik universiti awam, Normi Idayu Ishak, 30, dia membuat persediaan dengan membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

“Selain menadah air dalam baldi, saya beli air banyak kerana ruangan rumah yang terhad.

“Bekalan air itu turut disimpan dalam kereta bagi kemudahan jika memerlukannya pada saat kecemasan,” katanya.

Tinjauan di Klang mendapati segelintir penduduk turut sudah membuat persiapan dengan mengisi air di dalam tong sejak malam tadi.

Bagi kakitangan swasta, Mohd Fazli Kamarudin, 38, dia membuat persiapan lebih awal supaya tidak tergesa-gesa esok.

“Mengikut jadual, kawasan saya iaitu Kampung Pendamar akan mengalami gangguan bekalan air bermula pagi esok sehingga malam Sabtu.

“Jika diikutkan, tangki di rumah agak besar. Tambahan pula, ahli keluarga saya tidak ramai dan penggunaan air selalunya tidak banyak.

“Namun, kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengisi air di dalam tong yang sedia ada. Selain itu, kami mengambil langkah berjimat cermat penggunaan air dalam kehidupan seharian,” katanya.

Selain Shah Alam dan Klang, gangguan bekalan air dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat serta Kuala Selangor.

Pelaksanaan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu segera dibuat bagi mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik sekali gus mengelak gangguan bekalan air tidak terancang kepada pengguna.

Henti tugas LRA SSP2 itu akan menyebabkan gangguan bekalan air hingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terjejas.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman memaklumkan sebanyak 106 lori tangki air akan dihantar ke kawasan terjejas.

Bagi kes kecemasan yang memerlukan bekalan air, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp 019-2816793 atau 019-2800919 yang dibuka selama 24 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 1:55 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 02:21 PM | Show all posts
bertabahlah wahai penduduk yg terlibat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:26 PM | Show all posts
larislah fast food..sbb org xmasak..tapau je
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:32 PM | Show all posts
kuantan ni pun tgh takde air sampai 3 pagi kang

bertabah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum tadah lagi sis. Tong pun tak beli lagi. Kawasan iols dah la 4hari takde air.. malam ni baru nak pergi beli tong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Planning tido sekeluarga kat hotel kat Seremban 2 hari yg terakhir nanti...Malaih nak simpan dan angkut air banyak banyak...hahahahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2019 02:47 PM | Show all posts
xkuasa aku beli tong tu...nyemak ja..pastu mahal...

aku tadah guna kolam/pool anak2.. bukan takat umah aku jaa boleh pakai..silap2  jiran2 pun boleh tapau sekali...

guna jer pool anak2 tu..usah membazir... dah ada air..lipat/simpan balik..pastikan lepas tadah..tutup ..jgn biarkan pulakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:48 PM | Show all posts
Rumah aku pun takde air dah 2 hari, management buat repairing tp tak bagi notis apa pun! menyirap je aku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hrp air tangki mampu bertahan 4 hari....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 23-4-2019 02:47 PM
xkuasa aku beli tong tu...nyemak ja..pastu mahal...

aku tadah guna kolam/pool anak2.. bukan taka ...

Rumah bertanah boleh la. Iols duduk apartment. Maka terpaksa la beli tong. Tapi hajat nak beli 1 tong je. Kang beli banyak banyak, mana nak simpan. Harapnya tangki air apartment iols ni mampu la survive untuk few days.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 02:56 PM | Show all posts
prizadane replied at 23-4-2019 02:53 PM
Rumah bertanah boleh la. Iols duduk apartment. Maka terpaksa la beli tong. Tapi hajat nak beli 1 t ...

alahai..siannya... carik yg pool baby tak boleh jugak ek??

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:02 PM | Show all posts
selain krisis air
kita juga mngkin menhadapi krisis bau ketiak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:03 PM | Show all posts
belum tadah..tp plan balik nanti nak gali telaga
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:03 PM | Show all posts
dah chuols...siap beli 3 bijik tong sampah kt giant rege 10 hengget..tong lama mertua iols dh amek thn lps

dr last week lg dh prepare..tau kalau last minit cari kompom semua habis

air mineral pun beli byk2...botol kecik botol besar apedehal...speedmart kt rumah iols habis licin semua..gigih lh cari speedmart area ofis lak...nsb baik stok masih byk...tq speedmart! tiberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:04 PM | Show all posts
pada malam ini bersedia utk berak ulung...xkluar pun paksa kluar...leh save air juga utk hari mendatang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:06 PM | Show all posts
dah tadah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 23-4-2019 02:56 PM
alahai..siannya... carik yg pool baby tak boleh jugak ek??

Hehe..pool baby tu ada. Tapi yang kecik tu la. Ni kalau takde air, iols terjun je la swimming pool. Mandi basahkan badan je la. Air minum memang dah simpan stok
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:12 PM | Show all posts
prizadane replied at 23-4-2019 03:08 PM
Hehe..pool baby tu ada. Tapi yang kecik tu la. Ni kalau takde air, iols terjun je la swimming pool ...

hahahaha... ada swimming pool ok lagi tuuu....

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:17 PM | Show all posts
iols kawasan rumah kena kawasan opis pon kena..nk berak kt mne xtau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:20 PM | Show all posts
aku berharap je;ar tangki air rumah cukup sampai jumaat pagi

petang tu terus chow balik kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097966 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list