"Kepada individu yang menyebarkan video itu, kita jumpa di mahkamah."
Akhirnya, penyanyi Aiman Tino melaporkan kes penyebaran video separuh bogel yang dikatakan miripnya di media sosial, baru-baru ini.
Kredit foto: IG Aiman Tino
Pemilik nama sebenar Mohamad Aiman Yusri, 21, itu nekad membersihkan namanya akibat penularan video berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang turut mencalarkan imej keluarganya.
Memetik Harian Metro, Aiman membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor jam 11.52 malam tadi.
Video: Twitter Kosmo
Menurutnya, tindakan itu diambil bagi memberi pengajaran kepada individu terbabit supaya tidak mengulanginya lagi.
"Kalau dia berniat untuk melakukan perkara sama kepada rakan-rakan artis yang lain, ingat dia sedang diburu," ujarnya memberi amaran.
Kredit foto: Harian Metro
Aiman kini lebih berhati-hati dari semua sudut dan aspek menasihati rakan artis lain supaya berwaspada dengan orang di sekeliling.
Bagaimanapun, menerusi pencarian di laman sosial video itu dipercayai sudah 'hilang dari radar'.
Foto: Twitter
Siapalah yang rajin sangat suka mengacau hidup orang lain terutama geng artis ni ya? - CARI |