CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4041|Reply: 25

Cikgu Pun Kena Tipu. Percaya Janji Manis Lelaki Nak Kahwin, Habis RM 75 Ribu

[Copy link]
Post time 24-4-2019 05:32 PM | Show all posts |Read mode
RM75,000 habis sebab terpedaya dengan janji manis. itu nasib yang dialami seorang cikgu tuisyen yang menjadi mangsa 'love scam' sejak Januari lepas.


Harian Metro melaporkan, ibu tunggal berusia 54 tahun itu mendakwa dia berkenalan dengan lelaki yang mendakwa dari China di Facebook.


Katanya lelaki itu memang benar serius untuk bercinta menyebabkan dia tidak mengesyaki apa-apa.


“Selepas beberapa hari berkenalan dengan lelaki terbabit, dia menyatakan hasrat untuk meminjam duit RM25,000 kerana mahu membiayai kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang.


“Lelaki itu beberapa kali merayu kepada saya supaya memasukkan duit dengan segera kerana penyakit anaknya semakin kritikal ketika mendapatkan rawatan di hospital di Hong Kong.


“Kerana bersimpati dengan nasib lelaki itu, saya terus memasukkan duit RM25,000 pada 17 Januari lalu selepas dia berjanji akan membayar semula."




Mangsa (kiri), Foto: Harian Metro


Menurut ibu tunggal yang mempunyai anak berusia 27 tahun ini, lelaki terbabit ada menghantar mesej melalui aplikasi WeChat meminta memasukkan duit kerana anaknya perlu menjalani pembedahan di sebuah hospital di India.


“Dia merayu dan menangis meminta saya memasukkan duit sebanyak RM20,000 pada 28 Januari lalu kerana bersimpati dengan keadaan anaknya.


“Lelaki terbabit berjanji akan membayar balik wang saya apabila datang ke Malaysia. Dia turut berjanji akan berkahwin dengan saya selepas semua masalahnya selesai.


“Sebaliknya pada hari dijanjikan untuk datang ke negara ini, dia tidak muncul malah saya menunggu beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).”


Namun tiba-tiba seorang lelaki lain yang mengaku sebagai kakitangan hospital di Hong Kong yang memaklumkan teman lelakinya terbabit dalam kemalangan dan memintanya untuk membuat bayaran kos pembedahan RM30,000 telah menelefonnya.


“Dia berjanji akan menjual rumahnya di Hong Kong dan akan menetap di Malaysia. Bagaimanapun, sehingga kini dia tidak lagi berhubung dengan saya menyebabkan saya berasa diri menjadi mangsa penipuan.


“Sehubungan itu, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada 22 April lalu." -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau wechat, aku dah tau bangsa apa.. Kena hati hati la.. Tak kira bangsa, atau jantina apa pun anda, berhati-hati & jangan cepat letakkan kepercayaan pada seseorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambatnya makcik sedar diri. Bertabahlah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 06:04 PM | Show all posts
sekarang scam love dh tukar warna kulit ye?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Facepalm{:nose

Kesian laa kat anak macik tu..asal laa mudah sgt acik terpedaya dgn lelaki y tak pernah jumpa walau sekali pn..aduhaiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nyonya kt msia ni dh abes laki kolop er
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh byr buat swimming pool kat rmh... awat lah senang sgt percaya org kat internet ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
banyaknya duit cikgu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk muka. Tunjuk muka !
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka
ni mesti spesis sangap kasih sayang
entah2 anak lelaki dia dh puas advice dia,tp gedik nak berjantankan laki obersi gak..hah selayaknyalah padan muka
kowser nk simpati
umur dh 54 tp masih bodoh tak matang2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip acik main wechat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya..rm75 ribu boleh enjoy pi maldives japs...tp iols suka sejuk sejuk..enjoy ke iceland lah... besnyee
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:13 AM | Show all posts
Siannye... looking for love but scam yg dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:18 AM | Show all posts
Cikgu pun bodoh
Apalagi anak murid
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:14 AM | Show all posts
alahai.. mcm tu je kena tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik je perempuan kena scam. Tak adil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 10:30 AM | Show all posts
kesiannya
bertabah la..
pengajaran nya jgn jd org baik

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:41 AM | Show all posts
memburu cinta diusia senja
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya bg duit kt org yg xprnh jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 01:50 PM | Show all posts
kalo kenal jantan nak meminjam ni baik xpayah belum apa2 dah sengkek, iolss kalo ada org nak pinjam mmg xbg punya kecuali family yg dah betul2 kenal
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.710438 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list