Gambar ini diambil oleh jurugambar tentera laut AS, Joe O’Donnell sejurus selepas pengeboman Nagasaki. Beliau telah melihat dan menghidu perkara-perkara yang di luar imaginasinya hinggakan pengalaman tersebut meninggalkan kesan kemurungan sehingga bertahun-tahun dalam hidupnya.
Anak yang didukung dalam gambar ini sebenarnya sudah mati. Budak lelaki yang membawa itu adalah abangnya, dan dia hendak membawa adiknya itu ke kubur (tempat pembakaran mayat).
Ketika mayat adiknya dibakar, budak lelaki itu hanya melihat mayat adiknya terbakar sambil menahan diri dari menangis. Dia menggigit bibirnya dengan kuat sehingga berdarah.
Budak lelaki itu baru sahaja kehilangan segala-galanya akibat kekuatan yang tidak dapat dilawan dan paling dahsyat pernah diketahui oleh manusia.
Tanpa alas kaki, dia membawa badan adiknya untuk memastikan adiknya mendapat penghormatan yang sempurna. Ini adalah kisah yang amat menyayat hati, antara keberanian dan nilai sekeping gambar itu telah merangkap kedua-duanya sekali
|