CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3577|Reply: 48

[Tempatan] Sikap rakyat punca kebanjiran warga asing

  [Copy link]
Post time 1-5-2019 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib
am@hmetro.com.my


SIKAP rakyat Malaysia sendiri menjadi punca kebanjiran pekerja asing ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya sendiri menyebabkan peluang pekerjaan direbut pekerja asing.

“Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sedar akan kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing di dalam negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pekerja asing yang diambil benar-benar diperlukan sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult).

“Ingin saya tekankan bahawa dasar kerajaan amat jelas bahawa keutamaan pekerjaan di Malaysia adalah kepada warganegara,” katanya.

Ketika ditemui pemberita, Dr Mahathir berkata, pengambilan ramai pekerja asing juga akan menyebabkan pengaliran keluar wang ke luar negara.

“Kalau mereka (rakyat) tidak kerja, orang lain kerja duit kita mengalir ke luar negeri, kita jadi miskin dan orang yang tidak kerja tidak dapat pendapatan.

“Kita juga tidak boleh bagi duit percuma (kepada rakyat) macam dahulu,” katanya.

Ditanya sama ada tawaran gaji rendah menyebabkan pekerja tempatan enggan bekerja di sektor 3D, Perdana Menteri berkata, perbandingan gaji tidak wajar dibuat kerana yang penting adalah mempunyai pekerjaan dan mendapat gaji.

“Gaji rendah, tapi kalau tidak kerja tidak ada gaji langsung, kalau kerja dapat gaji.

Kita tidak boleh bandingkan, tapi kita kena ingat bekerja untuk negara, untuk majukan negara, kalau kita tak nak kerja, orang lain dapat duit, kita yang rugi,” katanya.

Lebih 5,000 yang terdiri pekerja di dalam perkhidmatan awam dan swasta hadir memeriahkan sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 itu yang pertama kali disambut di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-metrotv

baca tu...Tun dah tundukkan china kuasa besaq....pendapat hangpa semua tak laku....wakakakakakakkakakakakakakakkakakakak

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2019 08:15 PM | Show all posts
xde beza dgn kenyataan famous zahid hamidi dan anaknya dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2019 08:17 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 1-5-2019 08:15 PM
xde beza dgn kenyataan famous zahid hamidi dan anaknya dulu

r u implying that the Malaysia Baharu gomen no differ to previous gomen? wakakakakakakakakkakak
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bos2 bangsa tu semua kedekut nk bagi gaji lebih, diorg lagi rela gajikan bangla n indon sebab boleh perah tenaga sesuka hati. Cuti potong gaji, so budak2 foreigner ni tak sanggup la cuti. Berbanding orang local yg banyak ambik cuti sebab urusan keluarga la.. urusan kerajaan la.
Lepas tu pula, pendidikan dah jadi bisnes. Orang local dah masuk kolej, ko rasa diorg nak ke kerja jadi buruh dan operator kononnya dh penat2 belajar ada diploma kolej swasta semua. Tak high class la nanti lepak stabak tapi kerja operator
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Upah/gaji BERJUTA pon INDON  TAK MAHU bekerja kat negara sendiri........
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 09:08 PM | Show all posts
jadi kita semua ditipu di PRU 14.

hempukkkkkkkkkkkkkkkkk beramai-ramai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok tak tahu ke... 500k pekerja malaysia.. Pi singapore setiap pagi untuk kerja..... 3d punya sektor.... Yg betulnya.. Majikan malaysia ni kedekut... Upah buruh murah.. Ambil pati... Pun tak per....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ppffttt

Stesen petrun anak presiden wakanda pn pakai bangla nepal sbb bole byr murah duduk satu rumah kongsi 30 orang makan bawang dgn nasik hari2

Kerkaan y bawak masuk ramai ramai, rakyat y salah? Y undi korg dlu tu nepal dgn bangla ke?

Yadek manesh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba stop import  pekerja asing. Biar rakyat suffer kejap semua servis merudum pembinaan tergendala, kot lama2 terseksa sedar la kot yg rakyat tu sendiri  yg kena kerja if nak gerakkan balik yg tu

Tapi kot nak mujur tersedar la,  kalau tak sedar mundur terus la jawapnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nenolen at 1-5-2019 10:34 PM

Rakyat selalu dipaksa gunapakai konsep redha...baik keje gaji sikit dr tak ada keje

Please la...kerajaan tak pernah prihatin dgn nasib rakyat...ada undang2 buruh but penguatkuasaan lemah...tokeh2 yg senang

Kalau benda2 yg morally wrong...terjerit2 minta hak asasi manusia

Pekerja2 yg ditindas hak mereka dr segi gaji dan benefits mcmana

#selamathariburuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 1-5-2019 09:26 PM
Ppffttt

Stesen petrun anak presiden wakanda pn pakai bangla nepal sbb bole byr murah duduk satu r ...

Bangla... stesen minyak.tesco.mydin.eco.kedai buku
Byk.lagi ler...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot la stesen minyak kedai mall supermarket yg pakai warga asing kerja ringan spt perempuan Dan org tua punya kerja. Mereka sepatutnya kerja kilang ladang pembinaan 3d
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
LGE: Extension levy fees for foreign workers lowered from March
NATION
Saturday, 23 Feb 2019

1:38 PM MYT
image: https://www.thestar.com.my/~/media/online/2018/04/02/10/11/foreign-workers9-construction.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=B67068CEF165F0E94D5633123ABA5C74133E6C7D


PETALING JAYA: The government will lower the extension levy fees for foreign workers who have worked in the country for more than 10 years starting from March.

Finance Minister Lim Guan Eng said the Cabinet made this decision during a meeting on Feb 20 to lessen the burden of employers.


The lowering of levies will apply to five sectors from March 1, 2019 to Feb 29, 2020.

For the manufacturing, services and construction sectors, the levy will be lowered from RM10,000 to RM6,000, while for the agriculture and plantation sectors, the levy will be lowered from RM3,500 to RM2,000.

“The government is concerned about the challenges faced by businesses and industries in a global situation that is facing uncertainties,” said Lim in a statement on Saturday (Feb 23).

There is no change in the levy fees for domestic workers.

In the 2019 Budget, the government allowed employers to extend the services of workers who have worked for more than 10 years for another three years, although employers have to pay the fees.


Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/23/lge-extension-levy-fees-for-foreign-workers-lowered-from-march/#3XLBA7WuVQAweewJ.99
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sekarang buat bisnes part time, bawak grab part-time sbb kdar gaji yg Tak cukup dgn harga barangan keperluan.

Jgn nak tuding jari kata rakyat pemalas bila engkau yg buat dasar menekan wage earners Demi kepentingan apekputra2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Majikan Malaysia tak cukup patriotik. Pentingkan poket masing2. Sanggup ambil pekerja asing yg tak vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yb wakil tokey. Lain kali pilihlah yb wakil rakyat. Bukan berdasarkan populariti aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa atok salahkan rakyat. Beza benar ucapan atok before & after menang pru.  Mungkin betul saka atok yg bercakap dulu2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts

Local kerja 3D boleh aje,  bukan takde cuma tak ramai...
Tapi majikan lagi suka pekerja asing,  tak payah fikir carum socso,  epf,  bagi medical bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 07:55 AM | Show all posts
ada betulnya sikap penduduk tempatan yg memilih kerja menyebabkan rakyat asing jd pilihan majikan...ni aku tgk sendiri ye, kwn aku tak bg anak dia keje mcd atau memana supermarket sbb alasan keje penat &  shift...bodoh piang la kwn aku tu, anak dia lelaki kot & mcm la anak dia tu grad universiti padahal diploma je pon itu pon sijil tak diiktiraf mqa, lg mau bising nk pilih kerja...alkisah sampai skrg dok menganggur kt rumah pastu tiap hr plak kwn aku tu kene bg duit kt anak sbb budak muda mana nk duduk rumah, mesti nk kluar lepak dgn kwn2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 10:13 AM | Show all posts
ape yg terjadi dah jadik budaya

melayu pemalas & keje bersantai2 berpisah tiada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.401213 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list